KES 9

Drama Completed 5036

"Abang, cuba teka hari ni hari apa?" Aku melentokkan kepala ke bahu Rizkal.

Rizkal yang tengah makan terus terhenti. Jari telunjuk di ketuk-ketuk ke dagunya.

"Hari ni hari Rabu, kenapa?" Rizkal menyoal aku semula. Serta-merta aku menegakkan semula badan.

"Ouh, Rabu. Tak apalah." Aku menyuap nasi ke mulut. Muka aku masih buat-buat ceria, tapi senyuman masih tetap aku berikan. Senyum pada suami padat pahala. Hehe.

"Dia merajuk pula. Mestilah abang ingat. Hari ni kan ulang tahun perkahwinan kita. Abang tak akan lupalah hari bahagia kita." Rizkal memeluk pinggang aku.

"Saja je buat orang sedih tau. Hari ni balik awal. Sayang nak buat spesial surprise untuk abang." Aku menyuap nasi ke mulut Rizkal.

"Tak abang dah ambil cuti hari ni. Khalish mana, sayang?" Ouh lupa. Anak lelaki sulung kami bernama Khalish Reykal. Nama itu pilihan mama dan mak. Berebut-rebut nak bagi nama dekat cucu sulung mereka ni.

"Khalish awal-awal pagi lagi dah kena culik dengan mama." Aku menyambung suapan.

"Ouh ye lah. Kak Farah kan dah nak meletup. Mak kenalah jaga dia kan?" Rizkal bangun untuk membasuh pinggan. Seronoklah dapat suami rajin.

Mak sekarang dah duduk dekat KL juga selepas abang Zarif dapat transfer kerja dekat sini. Kak Farah pun dah tukar kerja dekat KL. Seronok sekarang keluarga aku dah senang, walaupun tak ada ayah di sisi.

"Ye lah. Kalau tak asyik berkepit je dua besan tu. Mak pun tak kekok dengan mama, alhamdulillah. Mama rendah diri orangnya." Sempat aku memuji mama depan Rizkal. Hehe.

"Kejap-kejap. Abang ambil cuti? Tak jadilah spesial surprise saya." Aku merengek setelah Rizkal duduk semula di sebelah aku.

"Kejap lagi abang nak keluar. Balik malam. So sayang sempatlah nak buat spesial surprise tu." Rizkal bangun semula. Kini beralih ke ruang tamu pula.

"Abang nak pergi mana?" Aku cepat-cepat basuh pinggan lalu berlari mendapatkan Rizkal di ruang tamu.

"Apa? Ingat sayang sorang je ada spesial surprise? Abang pun nak buat untuk isteri tercinta abang." Rizkal mengenakan jam tangan.

"Nak keluar sekarang ke?" Aku menongkat dagu di bahu Rizkal dari belakang sofa.

"Kena sekaranglah sebab banyak benda yang nak kena buat." Rizkal bangkit mengambil kunci kereta lalu segera keluar dari rumah.

"Sayang tunggu abang balik tau, bye. Assalamualalikum." Rizkal membenamkan badan ke dalam kereta. Laju saja keretanya keluar dari tempat parkir kereta.

"Waalaikumsalam." Tiba-tiba terasa jantung aku berdegup kencang.

"Ya Allah kenapa ni?" Aku masuk semula ke dalam rumah selepas mengunci pintu.
*****

"Mama tolong jagakan Khalish." Aku mencapai handbag.

"Tak... cuma Jannah nak mama jagakan Khalif untuk beberapa hari." Laju kaki aku melangkah ke kereta selepas mengunci pintu rumah.

"Nanti Jannah ceritakan pada mama. Sekarang Jannah nak pergi dulu. Assalamualaikum." Aku menamatkan panggilan.

"Ya Allah selamatkanlah suamiku." Kereta aku pandu laju supaya cepat sampai ke hospital.
*****

"Ni yang abang kata kejutan? Ini yang abang kata kejutan?" Aku menepuk-nepuk katil Rizkal.

"Ya. Memang saya terkejut sangat. Tapi kenapa..." Aku menangis di sisi Rizkal yang masih terbaring tak sedarkan diri.

"Tapi kenapa dalam keadaan abang yang macam ni? Kenapa mesti dalam hospital?" Aku bangun dari bangku untuk membuat panggilan.

"Assalamualaikum mama. Jannah nak bagitahu." Aku menghembuskan nafas.

"Rizkal kemalangan." Walaupun sudah lama, tapi tangan aku masih menggeletar bila menyebut perkataan kemalangan.

"Mama, kalau boleh jangan bagitahu mak ya?" Aku berpesan kepada mama. Bukan sengaja aku tidak mahu beritahu kepada mak, tapi mak juga sedang kak Farah. Takut juga jika apa-apa terjadi kepada kak Farah jika dia keseorangan di rumah.

"Kalau boleh bawa Khalish sekali mama. Jannah tak kuat sekarang." Aku menamatkan panggilan selepas memberi salam kepada mama.

Aku kembali duduk menatap suami tercinta. Air mata masih lagi menemani aku. Aku tidak tahu mahu berbuat apa lagi jika Rizkal tiada di sisi, dialah pembakar semangat aku.

p/s: mesti korang ingat dah tamatkan? belum lagi masih ada surprise lagi. Rizkal dengan Amri yang bru minta tolong. Jannah belum lagi minta pertolongan. hana sekrng tengh slow update sebab mood masih belum stabil. so harap jgn marah k. bye. arigato kepada readers sekalian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience