KES 11

Drama Completed 5036

"Baby Maira." Khalish berlari ke arah kak Farah dan anaknya Sumayyah Umairah di dukungannya. Umairah dilepaskan dari dukungan.

Terkedek-kedek dia berjalan. Beza Umairah dan Khalisha hanya beberapa bulan. Tapi Khalisha lebih awal berjalan berbanding Umairah. Kata kak Farah. Umairah malas. Kalau korang tengok badan dia, masyaAllah. Nak gomoi jer budak tu macam gomoi bantal.

"Kita nak picnic dekat mana ni? Jauh ke?" Abang Zarif datang dari belakang kak Farah sambil membawa bakul di kiri dan kanan tangannya.

"Tak jauh pun. Mana boleh bagitahu, nanti tak surprise lah." Aku membukakan pintu kereta untuk kak Farah.

"Adik jalan dulu. Nanti abang ikut dari belakang." Arah abang Zarif.

Aku hanya membuat simbol jari 'o'.

Siap semua sudah masuk ke dalam kereta. Kami mulakan perjalanan.
*****

"Wah! Nyamannya." Kak Farah mendepakan tangan menikmati keindahan tumbuhan hijau.

"Macam mana Jannah tahu tempat ni? Sunyi dan nyaman. Tempat kanak-kanak pun ada. Tak payahlah kita susah-susah nak jaga." Kak Farah mula membentang tikar.

"Semalam Jannah tengok dekat fac, ada sorang rakan ni dia share tempat rekreasi. Tempat ni yang paling dekat, so malas nak pergi jauh-jauh." Semua sudah berkumpul keliling tikar, tunggu masa untuk duduk.

"Hari ni Jannah tak melawat Riz ke sayang?" Mama mengingatkan aku tentang Rizkal.

"Jannah ingat petang sikit baru lawat Riz." Aku mula mengeluarkan buah-buahan dan sandwich.

"Tak apalah. Jangan pula dia tengah sakit kamu tak nak ambil tahu tentang dia." Mak pula memberi nasihat.

"Tak lah mak. Setiap hari Jannah lawat lepas kerja pun Jannah pergi." Aku membela diri. Bukan aku tersinggung dengan nasihat mak. Tapi ada benarnya. Waktu dia sihat kita layan dia baik, tapi masa sakit kita biarkan je.

"Mak pesan je." Aku memberikan senyuman kepada mak.

"Ibu... ibu... ibu" Suara Khalish kuat memanggil aku.

"Kenapa ni Alish? Isha mana?" Aku bangun dari duduk setelah melihat Khalisha sudah tidak bersama dengan Khalish.

"Ibu... Isha hilang." Terus aku merentap tangan Khalish.

"Khalish jangan main-main dengan ibu. Khalisha mana Khalish?" Tegas aku menyoal Khalish. Pandangan mama dan mak sudah aku tidak hiraukan.

"Tadi kami main sorok-sorok. Lepas tu Alish cari dekat semua tempat tapi tak jumpa." Terang Khalish kepada aku.

"Mak Isha hilang mak. Mama macam mana nak buat ni?" Aku mengadu kepada mak dan mama.

Abang Zarif dan kak Farah yang baru tiba dari kereta terus menyoal apa yang terjadi.

"Isha hilang abang, kak." Adu aku kepada abang Zarif dan kak Farah.

"Adik, jangan gelabah. Kita cari dulu dekat sini. Dah jom." Aku, kak Farah dan abang Zarif berpecah mencari Khalisha. Manakala mak, mama, Khalish dan Umairah kami biarkan di tempat tadi.

"Ya Allah, mana aku nak cari anak aku ni." Aku meraup muka yang masih gelisah.

Aku terus mencari di setiap sudut pokok-pokok.

"Buuu." Terus aku berpaling ke belakang setelah mendengar suara kecil memanggil.

"Isha." Aku berlari setelah melihat Khalisha memanggil-manggil aku.

Laju saja kaki aku melangkah sudah sampai ke tubuh anak kecil itu.

"Buuu. Aki Eca akit." Khalisha menunjukkan kakinya yang sakit.

"Macam mana boleh jadi macam ni sayang? Ibu risau tau." Aku memeluk tubuh kecil Khalisha.

"Corry buuu. Asib baik ada uncle Eykal olong Eca." Aku memandang orang yang Khalisha maksudkan.

"Hai, nama saya Raeykal Hanafi." Dia memberikan senyuman kepada aku.

"Terima kasih encik sebab dah selamatkan anak saya." Aku balas semula senyuman dia.

"Tak payah berencik-encik dengan saya. Jom saya bawakan Eca balik tempat berkelah awak." Dia menawarkan diri untuk kendong Khalisha sampai ke tempat berkelah kami.

Setelah memulakan langkah, aku menghubungi abang Zarif yang aku dah jumpa Khalisha.

Apabila sampai saja di tempat berkelah cepat-cepat kak Farah dan abang Zarif memberikan ruang untuk Khalisha duduk.

"Mama dengan mak mana?" Aku melihat keliling, kelibat mak dan mama tiada.

"Mak dengan mama pergi toilet kejap." Abang Zarif merenung lelaki yang meletakkan Khalisha ke atas tikar.

"Assalamualaikum, nama saya Raeykal Hanafi. Panggil Afi atau Hanafi saja." Hanafi memperkenalkan diri.

"Raeykal Hanafi? Rizkal Hanafi?" Kak Farah menyoal.

"Siapa Raeykal Hanafi?" Suara mama pula menyoal.

"Saya, Raeykal Hanafi." Hanafi memusingkan badan menghadap Puan Sri Zara yang berada di belakangnya.

p/s: dh nk smpai penghujung. lgi bape bab je. sori sush nk updte. arigato kepade readers. sayonara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience