KES 1

Drama Completed 5036

"Weh Am. Bos panggil masuk bilik. Kau pergilah. Dia cakap urgent." Kata Meyling kepada aku.

"Okay, thank you." Aku menyumbat lebihan biskut Hup Seng ke dalam mulut.

"Weh nanti lunch sama eh?" Aku hanya mengangguk pertanyaan Meyling.

Laju kaki aku melangkah ke bilik bos. Tertera di muka pintu nama dia. Mr. Haikal Amri. Selepas ketuk pintu aku masuk ke dalam bilik.

"Ye bos? Kenapa bos cari saya?" Aku berdiri di depan meja bos muda garang aku ni.

"Hmm. Jannah. Duduk." Satu persatu dia cakap. Apa susah sangat ke nak cakap sekali? Aku duduk di kerusi depan meja dia.

"Saya panggil awak sebab saya nak minta tolong dari awak. Boleh?" Tak boleh. Tapi kalau gaji double boleh?

"Boleh. Apa dia bos?" Hati kata lain, mulut kata lain.

"Kawan saya ada masalah dengan sistem komputer dia. Sampaikan satu syarikat problem. Saya nak awak tolong kawan saya tu. Boleh?" Soalnya lagi.

"Boleh je. Tapi..." Aku gosok-gosok tapak tangan. Harap-harap dia faham.

"Itu mestilah dorang bagi. Siap ada advance kalau awak boleh selesaikan masalah tu." Katanya faham dengan isyarat yang aku bagi.

"Bila saya nak ke tempat kawan bos tu?" Soal aku teruja.

"Nanti saya tanya dia semula. Apa-apa saya whatsapp awak je lah." Kata putus telah diberikan. Syoknya gaji aku bulan ni berganda-ganda.

"Okay. Kalau dah tak ada apa-apa, saya keluar dululah bos." Kata aku sambil bangun dari kerusi.

"Hmm. Awak boleh balik ke meja awak. One more thing. Tak payahlah panggil saya bos. Panggil Amri sudahlah." Gulp. Dia ni nak try aku ke apa?

Well, mungkin dia tak selesa aku panggil dengan panggilan tu kot. Bos barulah katakan. Tapi kenapa elok je dia cakap? Tak garang pon.

"Okay bos. Eh Encik Amri." Aku mengangguk lalu keluar dari bilik dia.

Aku jenis yang friendly tu sebab dengan bos baru aku tak kekok sangat.
*****

"Bos! Seriuslah saya nak kena buat kerja dekat sini?" Aku memandang Amin disebelah. Amin menawarkan diri untuk menghantar aku ke tempat rakannya, takut aku tak jumpalah konon.

"Yes. One more thing, panggil saya Amri." Amri memberi arahan.

"Encik Amri pun jangan panggil saya Jannah. Kawan-kawan lain semua panggil saya Am." Kata aku sambil berlalu pergi.

Sementara menunggu di depan lif Amri ditergur seseorang. Aku hanya curi-curi mendengar.

"Jannah Amani? Macam pernah dengar." Suara itu membuatkan aku menoleh kearahnya.

"Ye saya Jannah Amani. Boleh panggil saya Am." Jawab aku.

Muka lelaki itu seperti terkejut. Apahal dia ni? Muka terkejut macam nampak beruk. Hehe. Gurau.

"Ohhh, Am. Kau tak kenal aku ke?" Soal lelaki tadi.

Aku menggelengkan kepala. Terasa kepala aku di luku.

"Sakitlah." Aku marah kepada lelaki tadi.

"Hah! Sekarang dah ingat?" Aku cuba mengingatkan kembali. Siapa agaknya yang selalu luku kepala aku? Think. Think. Think, Am.

"Lah kau ke? Rizkal Hanafi?" Aku menyebut nama panjangnya.

"Amboi nama panjang terus kau bagi. Nama bapak aku tak nak sebut?" Soalnya bergurau.

Aku terus masuk ke dalam lif setelah menunggu lama.

"Kau baru berhenti kerja kat sini dua bulan dah lupakan aku kan?" Soal Rizkal.

"Kau tu yang dah banyak berubah. Dulu dekat U bukan main baik. Sekarang rambut dah karat acah-acah Korea." Aku menjelir lidah.

"Jannah kenal dengan Afi sejak U?" Aduh bos aku ni.

"Am lah bos." Aku menjeling Amri.

"Oh sori lupa." Amri menggaru belakang tengkuk dia. Hehe, padan muka.

"Hah. Kami satu U, lepas grad dia ajak saya kerja sini. Rupa-rupanya ni syarikat bapak dia." Aku terangkan kepada Amri hal sebenar.

"Gendut. Sweetlah korang ni. Amri dan Amani. Dah macam pasangan kekasih." Aku menunjuk penumbuk kepada Rizkal.

"Riz dekat mana Am boleh buat komputer kau?" Amri mulakan tujuan sebenar kami datang ke sini. Dari tadi sembang kosong je. Aku sendiri naik bosan.

"Dekat bilik aku. Aku ingat dia datang sendiri. Apasal kau datang sekali?" Soal Rizkal curiga.

"Saja nak tengok cara dia buat kerja." Aku hanya mengangguk.

Ceh! Ingat aku ni tak cekap ke? Pointer aku lagi tinggi berbanding Rizkal tau.

Sampai saja di bilik Rizkal aku memulakan kerja.

30 minit berlalu, akhirnya kerja aku siap. Banyak sungguh virus pada komputer Rizkal. Setahu aku lelaki ni lagi cekap hal-hal komputer.

"Banyaknya virus dekat komputer kau? Kau tak jaga ke?" Aku meneguk air mineral yang disediakan.

"Sejak aku jadi CEO aku dah tak baut kerja-kerja tu. Aku lebih kepada perniagaan. Takut aku nanti benda lain pula jadi. Kalau tak dibetulkan, rugi besar syarikat ni." Terang Rizkal.

Aku dengan Amri hanya mengangguk.

"Kau tak nak kerja dengan aku balik ke Am?" Soal Rizkal setelah lama kami semua berdiam.

"Tak naklah aku. Encik Amri bagi aku lagi tinggi dari kau." Sengaja aku tekankan hal gaji.

"Ye lah. Syarikat aku kecil je, nak dibandingkan syarikat Amri memang besarlah." Jawabnya seperti orang yang merajuk. Ada aku kesah kalau kau nak merajuk?

"Dah lah. Kerja aku dah settle. Aku chau dulu." Aku bangun terus ke muka pintu. Belum sempat aku pulas tombol pintu, Amri memanggil.

"Yes bos?" Aku menjawab bersahaja.

"Nih aku nak bagi upah kau." Aik, orang lain yang panggil, orang lain yang cakap.

"Okay." Aku mengambil sampul yang dihulurkan oleh Rizkal.

"Jom Encik Amri. Sayonara Rizkal." Aku melambai kepada Rizkal sambil keluar dari biliknya.

"Weh Am kau pakai lagi no lama?" Laungan Rizkal membuatkan langkah aku terhenti.

"Yap." Ringkas saja jawapan aku.

Laju saja kaki kami melangkah sehingga keluar dari bangunan itu.

"Kita singgah mana-mana lunch dulu?" Kata Amri sebelum masuk ke dalam keretanya.

"Okay." Malas aku nak berdalih sebab aku pun dah lapar sebenarnya.

Aku lihat ada senyuman pada muka Amri. Dah kenapa dia ni senyum sorang-sorang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience