KES 8

Drama Completed 5036

Setelah setahun berumah tangga, pasti ada rintangannya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

"Rizkal, awak cakap yang awak tak ada apa-apa hubungan dengan Bellina, tapi apa yang saya nampak adalah lebih dari ada hubungan. Awak nak menduakan saya?" Bergema seluruh rumah dengan suara aku menengkin Rizkal.

"Tak sayang. Saya memang tak ada apa-apa hubungan. Mungkin dulu memang ada, tapi hati saya lebih kepada awak Jannah Amani." Rizkal cuba menenangkan aku.

"Saya tak kira. Saya tak nak awak berjumpa atau bercakap dengan dia lagi. Kalau awak buat juga hantar saya ke kampung dan ceraikan saya." Aku menghempas handbag ke sofa.

"Sayang jangan macam ni. Tak baik dekat anak kita. Awak marah-marah nanti effect dekat anak kita." Rizkal mendudukkan aku.

"Tolong bawakan saya air. Kepala saya sakit sangat." Aku memicit-micit kepala yang sakit.

"Kejap abang ambilkan." Rizkal meninggalkan aku di ruang tamu sementara dia ke dapur mengambil air.

Usia kandungan aku kini masuk enam bulan. Dalam kebahagiaan rumah tangga kami berdua datang pula orang ketiga untuk meruntuhkannya. Ya Allah ujianMu amat berat bagiku. Lindungilah hubungan kami, aku tak mahu jauh dari dia.

"Sayang rehat dulu. Abang janji yang abang tak akan sapa Bellina lagi. Lagipun sayang, kan abang dah jadi hak milik sepenuhnya Jannah Amani? Kenapa masih tak percayakan abang?" Rizkal memujuk aku. Dia ni tak tahu ke buat-buat tak tahu?

"Awak ni memang tak tahu ke buat-buat tak tahu? Lelaki ada empat peluang, bila peluang pertama tertunai mencari pula peluang kedua." Aku menyindir dia.

"Apa-apa jelah sayang. Sekarang abang nak sayang temankan abang dekat bilik." Rizkal tersenyum nakal.

"Ouh. Tak nak. Saya masih merajuk dengan awak. Malam ni awak tak dibenarkan masuk ke bilik saya. Muktamad." Aku menyucuk-nyucuk jari telunjuk ke sofa sebagai tanda muktamad.

"Baiklah permaisuri patik menurut perintah." Rizkal bangun lalu membongkokkan badannya.

"Arigato aishi no kimiyo(thank you my love)." Aku mencium pipi kanan Rizkal.

"Watashi no ai o kangei shimasu (you're welcome my love)." Rizkal mencium pipi kanan aku pula.

Berdamai sudah. Suami isteri tak baik gaduh lama-lama tau.
*****

"Jannah. Saya tahu awak tak bahagia dengan dia, terimalah saya." Terbantut suapan nasi ke mulut aku.

"Apa yang awak cakap ni Amri? Awak ni dah gila ke? Kalau saya tak bahagia, ni pasti tak wujud." Aku menunjukkan perut yang memboyot. Wahai anakku, okasan (ibu) minta maaf sebab dalam bulan ni asyik marah je. Ni semua Bellina punya pasal. Apalagi yang dia nak?

"Jannah. Saya mengaku yang saya dah lama sukakan awak, masa dekat Japan lagi. Tapi saya tak berkesempatan untuk berjumpa dengan awak. Saya cari awak dekat Malaysia. Sampailah satu hari, saya masuk ke bangunan ni, saya ternampak awak tersenyum membukakan pintu untuk saya. Waktu saya masih tak cam. Setelah beberapa hari baru saya teringat, awaklah orang yang saya cari selama ni." Berjela pengakuan Amri terhadap aku. Setelah sekian lama dia memendam rasa?

"Tapi saya tak dapat nak buat apa-apa. Cinta saya bukan untuk awak. InsyaAllah, saya doakan awak akan jumpa dengan pasangan yang ikhlas mencintakan awak." Aku menarik kerusi dan berlalu pergi.

"Jannah." Panggil Amri lagi.

"Apa lagi?" Aku mengetapkan gigi.

"Arigato. Saya pun akan doakan kebahagiaan awak dengan Rizkal."

"Domo arigatogozaimashita." Aku tersenyum kepada Amri dan berlalu pergi.
*****

"Jannah Amani?" Aku memandang dari atas ke bawah orang yang ada di depan mata aku sekarang ni.

"Ya saya. Awak? Bellina?" Aku pula menyoal dia.

"Saya Bellina, untuk apa awak nak jumpa saya?" Bellina tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Saya nak minta pertolongan awak supaya tolong jangan ganggu rumah tangga saya dengan Rizkal. Untuk pemgetahuan awak, kami bergaduh di sebabkan awak." Aku menghirup air yang dah lama sampai sementara menunggu ketibaan Bellina.

"Lah. Awak dah salah faham ni. Saya dengan Rizkal memang dah lama tak ada apa-apa hubungan." Bellina ketawa. Apa yang kelakarnya?

"Kenapa awak masih behubungan dengan Rizkal?" Aku memandang Bellina yang masih tak berhenti ketawa.

"Saya jumpa dengan Rizkal sebab nak jemput dia ke majlis perkahwinan saya." Bellina mencapai tangan aku.

"Disebabkan nasihat dia lah, saya akhirnya dapat berjumpa dengan orang yang dapat menerima kekurangan saya." Aku lihat mata Bellina berkaca.

"Tahniah." Hanya itu yang dapat aku ungkapkan sekarang ni.

"Tahniah juga kepada awak. Boboi or gegirl?" Bellina menyeka air mata yang dah tumpah ke pipi.

"Tak tahu." Aku membuat muka ketakutan.

"Kenapa tak check?" Bellina menggosok tangan aku.

"Nak surprise." Muka teruja pula aku pamerkan.

"Hish awak ni. Buat saya terkejut je." Bellina menepuk tangan aku.

"Thank you." Ucap aku kepada Bellina.

Hanya senyuman yang dapat membalas kata-katanya.

p/s: bab kali ni bosan sangat. hana still tak ada mood. dah nk dekt berbuka bru nk menaip. mak pulk protes dengan ayah. haih penat2. sori ye kalau bosan. hana akan cuba yang terbaik. sayonara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience