KES 2

Drama Completed 5036

"Hello gendut." Melerek saja suara pemanggil di sana.

"Hello. Siapa ni?" Siapa pula pagi-pagi buta kacau aku tidur ni?

"Kau tak save no aku ke? Ni aku lah Rizkal kacak." Macam menyesal je angkat call mamat ni, dahlah masuk bakul angkat sendiri.

"Kau nak apa call aku tengah tidur ni?" Aku soal tak puas hati.

"Oit. Kau tidur lagi? Aku dah balik dari jogging dah." Ada aku kesah?

"Aku nak ajak kau hangout hari ni. Aku bosanlah. Dah lah single, kalau ada awek macam kau kan best." Aku buat dengar tak dengan saja.

"Okay. Kat mana?" Aku menyoal lagi. Malas nahu lama-lama.

"Batu ampar?" Soalnya semula.

"Okay cun." Aku bingkas bangun. Kalau mandi sungai memang aku sukalah.

"Aku ambil kau." Lagi okay. Jimat minyak kereta aku.

"Orait." Aku mencapai beg baju dan segera mandi.

Selesai bersiap aku turun sarapan dengan keluarga tercinta aku.

"Mak hari ni Ani nak pergi mandi batu ampar dengan Rizkal." Aku memberitahu kepada mak, tangan ligat menceduk nasi lemak buatan mak.

"Kamu berdua je ke?" Haah lah lupa aku.

"Dia ajak sekali kawan-kawan U kami kot?" Adalah kot.

"Tak nak ajak abang kamu?" Soal mak lagi.

"Alah mak orang nak lepak dengan kawan-kawanlah." Aku memujuk mak.

"Okay. Tapi jaga diri kamu tau." Pesan mak kepada aku.

"Okay terima kasih." Aku mencium mak.
*****

"Weh kau tak cakap pon yang kau nak bawa Amri." Aku mengeluarkan beg baju dari kereta Rizkal.

"Biarlah. Pertama kali masuk kampung. Bukan shelalu." Alasan tak bernas diberikan.

"Suka hatilah." Aku berjalan meninggalkan Rizkal di kereta mencari tempat meletakkan beg baju.

"Amani, ibu awak tak kesah ke ikut kami lelaki ni?" Muka kegusaran terpancar dari mukanya.

"Encik Amri berapa kali saya nak cakap Am, bukan Amani. Mak saya tak kesah sebab mak saya dah kenal dengan Rizkal." Aku marahkan Amri. Sikit punya macho nama Am, dia panggil aku Amani.

"Okay sorry. Awak pun jangan panggil saya encik. Kita kat luar office panggil Amri sudah la." Eh... eh dia pun nak juga. Apa-apa jelah. Asalkan kau bahagia.

"Okay. Jomlah man di best kat sini. Kami dulu kalau bosan-bosan duk kat sini lepak ramai-ramai." Teruja aku ceritakan kisah zaman universiti.

"Haah. Kampung ni dah macam kampung aku. Kami pernah jadi anak angkat kepada orang kampung sini untuk projek U." Rizkal menyambung penerangan.

"Eh dah lah, asyik bercerita bila nak mandi? Bakar-bakar pun tak siap lagi." Aku menamatkan al-kisah zaman U.

"Kau bakar, aku dengan Amri mandi." Rizkal senyum menunjukkan gigi.

"Hmmm, ye la." Aku mengalah.

Segala peralatan membakar telah disediakan, aku cuma bakar arang bakar ayam. Ayam pun dah siap diperap.

30 minit membakar ayam, aku pun terjun sekali ke dalam sungai. Hujung minggu semestinya ramai orang, jadi tak perlulah nak risau kalau aku datang dengan dorang.

Pukul lima kami pulang semula ke ibu kota. Seronok dapat luangkan masa dengan dorang ni.
*****

"Am. Kau pergi mandi sungai tak ajak aku? Sampainya hati kau." Meyling memulakan mukadimmah ketidak puasan hatinya.

"Kau pergi pula dengan bos muda kita?" Aku agak dah mesti soalan ni yang akan keluar.

"Ke kau ada apa-apa dengan bos? Kau dah jatih cinta dengan bos ke?" Apa ni? Aku cuma kawan pon tak boleh ke?

"Jadi. Kau pilih yang mana satu? Bos kita atau mamat Korea tu?" Ada-ada aje soalan Meyling ni.

"Okay dah habis dah? Cik Meyling aku ni cuma kawan kepada Encik Rizkal, manakala bos muda kita adalah pemegang saham Syarikat Wira Holdings. Jadi aku hanya berkawan denga dorang. Aku pun tak tahu yang Encik Amri dipelawa sekali." Habis sudah penerangan aku kepada minah sepet ni.

"Okay. Aku faham. Tapi lain kali kalau nak pergi sungai ajak aku sekali." Meyling membuat muncung. Ingat lawa sangat ke?

"Okay aku janji lain kali kalau aku pergi lagi aku ajak kau." Aku memujuk Meyling. Kalau tak pujuk jawabnya aku tak ada kawanlah dekat sini.

"Belanja aku lunch?" Kata Meyling.

"Untuk kawan kesayangan apa-apa pon boleh." Balas aku sambil menyambung kerja aku.

p/s: Sorry Hana busy sngt family nk buat kenduri. Hari tu sambil menaip duduk dalm air sungai batu ampar padng rengs tu yang dpt idea. Nanti Hana try update cepat2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience