KES 3

Drama Completed 5036

Empat bulan selepas mandi-manda di sungai. Tiba-tiba hal berlaku.

"Gendut kau kena tolong aku. Aku ada emergency kes ni." Rizkal menyuarakan hasratnya.

"Apa yang emergency kes sangat ni?" Aku bertanya bosan.

"Aku nak kau menyamar jadi awek aku. Supaya sepupu aku tu pergi jauh dari aku." Idea yang kurang bernas dilemparkan.

"Kau gila ke? Aku tak nak bersunahat." Mampos aku kalau bersubahat. Bukannya aku tak kenal Puan Sri Zara. Kalau dah cari pasal dengan dia, tiada maaf bagimu.

"Alah bukannya kau tak kenal sepupu aku tu perangai dia macam mana. Darlina tu playgirl. Aku tak nak tanggung dosa dia bila dah kahwin nanti." Alasan yang juga kurang bernas.

"Kon'nichiwa Encik Rizkal Hanafi bin Dato' Wira Iskandar, awak tu bakal imam, sudah memang tanggungjawab awak untuk mendidik dia ke jalan yang benar." Amik kau setepek tazkirah aku bagi.

"Jannah Amani, watashi wa, anata o aishiteimasu." Tergamam aku dengan ayat sebentar tadi. Gila ke?

"Kau ni tersalah makan ubat ke ada masalah otak?" Yes! Soalan terbaik aku berikan.

"Aku serius aku memang dah lama cintakan kau. Waktu pertama kali kita gaduh, aku dapat rasakan sesuatu yang lain dari kau." Luah Rizkal lagi.

"Rizkal Hanafi. Kau tahu tak ini boleh melibatkan soalan hati dan perasaan. Kalau mama kau tahu macam mana tak naya aku kena dengan mama kau?" Memang Puan Sri Zara ni baik orangnya. Tapi kalau dah melibatkan hal rampas merampas dari kawan boleh jadi lawan.

"Kau jangan risaulah ni bukan pilihan mama aku. Darlina tu je yang gedik nak kan aku." Oh. Ingatkan pilihan Puan Sri Zara.

Aku kenal Darlina masa belajar. Time tu aku tengah belajar baru sem dua, dia datang dekat aku yang mengaku dia girlfriend Rizkal. Padahal aku kawan Rizkal.

"Nantilah bagi aku fikir masak-masak dulu." Aku main buka tutup telefon.

"Fikir masak-masak untuk apa? Aku cintakan kau. Aku nak kahwin dengan kau." Rizkal cuba memberikan kepercayaan kepada aku.

"Bagi aku peluang untuk beristikarah Riz. Kalau betul kau jodoh aku dalam tiga kali istikarah aku akan terima kau." Aku bangun meninggalkan Rizkal yang masih duduk dengan pengharapan dari aku.

"Aku akan tunggu Jannah Amani." Aku hanya mengangguk mendengar ayat terakhir dari Rizkal.
*****

"Ani. Kenapa ni? Kenapa Ani menangis?" Mak datang kepada aku dan memeluk aku.

"Mak kenapa kawan mesti tikam belakang kawan?" Aku menyoal mak sambil menangis. Aku tak tahu kenapa selepas mendengar pengakuan dari Rizkal. Aku rasa macam sesak nafas bila ingatkan semula kata-katanya.

"Siapa yang tikam belakang anak mak ni?" Aku merasakan ada air yang menitik pada tangan aku. Mak juga menangis bersama-sama aku.

"Rizkal. Dia cakap yang dia cintakan Ani." Aku mengadukan hal sebenar kepada mak.

"Kamu ni dah kenapa Ani? Ni namanya cinta bukan tikam belakang. Sayang setiap orang mesti perlu mencintai dan dicintai. Bukan manusia saja, haiwan juga ada perasaan cinta." Mak menepuk belakang badan aku. Aku hanya mendengar.

"Tapi dia kawan baik Ani mak." Aku menyeka air mata, tapi masih dalam pelukan mak.

"Sayang, mak dengan arwah ayah dulu pun kawan baik. Mak dulu ramai kawan lelaki, tapi cuma arwah ayah kamu je yang melamar mak." Mak menceritakan kisah lamanya sebelum sah menjadi isteri kepada Khairul Zafir aka ayah aku.

"Zarif, bawakan nasi dengan lauk dekat atas meja tu. Mak nak suap baby debab ni makan." Mak memanggil abang aku yang dari tadi melihat drama air mata dari muka pintu dapur. Aku dah lama nampak dia berdiri dekat situ.

Tidak lama selepas itu abang Zarif datang membawa makanan yang di minta mak.

"Tak apalah dik kau buat solat istikarah. Biar Allah tunjukkan siapa jodoh kau yang boleh bimbing kau sampai ke syurga." Abang Zarif membelai kepala aku.

Aku menyeka air mata yang berlebihan. Pinggan nasi ditangan mak aku ambil dan makan sampai habis. Sedih-sedih juga, tapi perut kena isi.

"Biasa orang sedih tak lalu makan, tak gitu mak?" Abang Zarif niii.

"Mak sokong dengan abang." Puan Juma Amani pun nak sokong Zarif Hakimi ni buat apa?

"Sampai hati mak bela abang dari adik?" Aku biat-buat merajuk.

"Alah dik. Tak macho lah kalau menangis, merajuk. Nanti abang bagi tahu Meyling malu adik." Abang Zarif memujuk dengan gurauannya.

"Okay adik tak nangis dah. Abang orang menangis ni selalu lapar. Jadi tapi adik dah penat menangis. So perut dah lapar, apa lagi adik bedal je lah masak lemak cili api ayam mak ni." Aku membela diri sendiri. Hanya bergurau.

"Ye lah tu." Abang Zarif meninggalkan aku dan mak di ruang tamu. Sejak kebelakangan ni abang Zarif selalu sibuk dengan kerjanya.

"Mak abang tu memanjang sibuknya." Aku memandang mak.

"Abang kamu tu dah ada awek. Jadi dia tengah kumpul duit nak bertunang. Kalau boleh nikah nanti dia nak buat sama-sama dengan kamu." Beritahu mak. Patutlah hari tu dia tanya aku bila nak kahwin. Rupa-rupanya ada rancangan.

"Adik naik dulu lah mak, nak rehat. Esok dah nak kerja." Aku meminta diri untuk berehat.

"Apalah aku nak buat ni? Mesti lepas ni aku akan jumpa dia lagi. Hmmm." Aku mengomel sambil berjalan.
*****

"Am. Am. Am. Am!" Bunyi tamparan meja dan jeritan kuat membuatkan aku tersedar dari lamunan.

"Ye bos. Bos nak apa? Ada apa-apa yang saya perlu buat?" Kalut aku bila melihat di depan aku adalah Amri. Jauh sangat aku termenung ni semua Rizkal punya pasal.

"Tak ada apa, saya cuma nak ajak awak lunch." Alamak dia ni lagi sorang. Dah lah minah sepet ni ada kat sebelah, kepoh la dia karang.

"Ah? Tak... tak boleh. Saya dah janji dengan Mey nak lunch sama-sama." Yes. Alasan yang pasti boleh di terima.

"Tak apalah Am. Aku lunch dengan Liaw. Kejap lagi dia ambil aku." Aduih. Mey aku nak lari dari dia. Kalau dengan dia mesti aku akan jumpa dengan Rizkal.

"Okay. Saya akan pergi. Tapi Rizkal ada sekali tak?" Benda yang wajib.

"Tak. Saya tak cakap apa-apa pun. Tapi kalau terserempak mungkin?" Andaian yang dia bagi. Betul juga, KL ni bukan besar mana pun.

"Jomlah." Aku mengambil beg sebelum keluar.

Ya Allah mintalah aku tak bertembung dengan Rizkal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience