KES 12

Drama Completed 5036

Disebabkan kepenatan. Aku tertidur di tepi katil Rizkal.

"Puan. Puan. Puan. Boleh puan keluar sekejap? Kami nak periksa suami puan."

"Kenapa? Kenapa dengan suami saya?" Walaupun masih cemas tapi aku tak nak gelabah nanti lain pula yang jadi.

Aku duduk di kerusi ruangan menunggu sementara doktor dan misi masih memeriksa keadaan Rizkal.

Sepuluh minit berlalu, doktor keluar dari bilik Rizkal.

"Doktor."

"Puan. Sila ikut saya." Doktor tadi terus berjalan menuju ke biliknya. Aku hanya mengikut dari belakang.

"Silakan duduk, puan." Aku duduk menghadap dia. Apa ni? Buat aku cemas je lah.

"Suami saya kenapa tadi doktor?" Aku memulakan bicara setelah lama doktor yang bernama Haikal ini mendiamkan diri.

"Puan mesti sudah sedia maklumkan? Kalau orang yang mengalami koma ni, bila dia bangun ada dua kemungkinan. Hilang ingatan atau normal." Aku hanya mengangguk sambil menutup mulut.

"Maksud doktor... suami saya hilang ingatan?" Doktor Haikal hanya mengangguk.

"Ya Allah." Itu saja yang mampu keluar dari mulut aku.

"Tapi puan jangan risau. Ingatannya akan pulih kalau puan berusaha untuk mengingatkan dia semula." Terang doktor Haikal.

"Baiklah doktor saya akan cuba. Sekarang boleh saya tengok suami saya?" Segala bicara tidak diperlukan lagi. Sekarang aku cuma nak jumpa suami aku yang sudah lama aku tak dengar suaranya memanggil nama aku.

Dapat anggukan dari doktor Haikal terus aku keluar dari bilik itu. Laju kaki melangkah supaya cepat sampai ke bilik Rizkal.
*****

"Awak nak makan bubur?" Aku menuang bubur yang aku bawa dari rumah.

"Tak nak lah. Aku tak nak makan makanan dari kau. Entah-entah kau letak racun tikus dalam makanan aku tu." Begitulah Rizkal setelah bangun dari koma dua tahun setengah. Disebabkan dia hilang ingatan aku bertabah saja.

"Astaghfirullahalazim. Kalau saya nak awak mati dah lama saya cabut je semua wayar tu sebelum awak bangun lagi." Aku tuangkan juga bubur ke dalam mangkuk dan bawakan ke katil Rizkal.

"Betul juga cakap kau. Tapi mana tahu kot-kotlah kan kau nak aku mati hidup-hidup." Aku hanya menggelengkan kepala sambil meletakkan mangkuk bubur itu di atas meja yang di sediakan.

"Tu makan lah. Kalau was-was sangat tak payah makan. Biar awak kebulur sampai esok. Mama datang esok." Walaupun sakit hati ni. Aku layankan juga sebab aku faham yang dia masih perlukan orang yang membimbing.

"Emmm. Sedap juga masakan kau. Tak sia-sia aku kahwin dengan kau. Boleh diharap. Tapi kenapa kau gemuk sangat? Memang taste aku gemuk ke?" Rasa nak luruh jantung bila Rizkal cakapkan hal sensitif.

"Ikut suka awaklah. Saya balik dulu, kalau duduk dekat sini lama-lama boleh gila saya." Aku mengemaskan beg lalu keluar dari bilik Rizkal.
*****

"Jannah. Hari ni kau free tak? Kalau free aku nak ajak lunch." Suara Amri di hujung talian membuatkan hati aku sedikit reda api kemarahannya.

"Hmmm. Saya baru je balik dari hospital. Nak jumpa dekat mana."

"Restoran mee rebus." Dapat saja lokasi aku terus tamatkan panggilan.

Pemanduan masih aku fokuskan. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, lambat lagi untuk keluar lunch dengan Amri.

Syarikat yang dulu diuruskan oleh Rizkal diganti dengan abang Hanafi. Mujur abang Hanafi pulang ke pangkuan keluarga.

"Apa la nasib aku, ingat nak teruskan kebahagiaan rumah tangga. Last-last lain pula yang jadi." Aku mengumam sendiri.

"Boleh pula dia kutuk-kutuk aku?" Jeda.

"Stressnya."

"Arghhh. Complicatednya hidup." Jerit aku seorang diri di dalam kereta.

Pemanduan di fokuskan semula sehingga sampai ke rumah mama. Penat dengan perangai Rizkal yang berubah 360 darjah.
*****

"Assalamualaikum. Sorry lambat. Awak dah lama tunggu?" Aku duduk di kerusi berhadapan Amri.

"Tak lama sangat. Baru lah juga." Amri menggamit tangannya memanggil pelayan restoran.

"Saya nak epal hijau dengan mee bandung." Pelayan tadi mengangguk lalu meninggalkan kami berdua.

"Jannah. Sorry aku dah lama tak dalam melawat Riz dekat hospital." Amri memulakan bicara.

"Tak apa lah saya faham. Sekarang kan awak ada projek besar nak diuruskan. Lagi pun Riz macam tu lah. Masih tak boleh terima saya sebagai isteri dia." Aku meluahkan segala yang berbuku dalam hati kepada Amri.

Amri aku dah anggap sebagai abang dan dia pun anggap aku sebagai kawan biasa saja. Banyak nasihat yang diberikan kepada aku selama Rizkal koma di hospital.

Dia juga pembakar semangat aku untuk terus hidup. Sungguh banyak pengorbanan Amri kepada aku. Dia juga banyak tolong aku hal syarikat.

"Tak apa lah. Kau kena banyak bersabar dengan Rizkal tu. Mungkin dia dah lupa yang dia sebenarnya cintakan kau. Tapi insyaAllah satu hari nanti mesti dia akan ingat balik siapa kau sebenarnya."

Aku hanya mengangguk, terima segala nasihat Amri.

"Kenapa awak nak jumpa saya sebenarnya?" Aku menyoal Amri tujuan sebenar dia memanggil aku.

"Aku nak bagi ni." Amri menghulurkan sekeping kartu kecil kepada aku.

"Apa ni?" Aku menyambut dengan jantung yang berdebar kencang.

"Bacalah nanti kau akan tahu." Amri berdolak-dalih.

Walaupun jantung berdetak kencang, tapi banyak tanda tanya yang muncul ingin tahu. Tanpa berlengah aku membaca setiap ayat yang tertulis di atas kartu itu.

'Jannah,

Aku nak minta maaf sebab selama ni aku pernah buat jahat terhadap kau. Aku banyak sangat dosa dengan kau. Disebabkan dosa aku itu, aku ditinggalkan oleh bakal suami aku masa hari pernikahan kami. Selepas lima bulan, aku sakit, doktor sah kan aku menghidap kanser payudara tahap empat.

Lepas dapat tahu yang aku hidap kanser tahap empat, aku terus hilang semangat untuk hidup.

Aku tahu yang kau baca surat ni selepas aku mati, sebab memang dalam mana-mana drama memang macam tu. Sorry aku gurau je. Tapi memang ini adalah permintaan aku.

Aku harap kau bahagia dengan Rizkal dan Amri dapat berjumpa dengan pilihan hati dia yang sebenar-benarnya.

Aku nak minta maaf dekat kau, tapi aku malu. Aku tuliskan surat ni untuk minta maaf dengan kau. Yang pasti aku dah tak ada dekat dunia ni. Selamat tinggal Jannah dan Rizkal.'

P/s: sori sekrng tengh busy so lambat lah update. ni pon curi2 masa menaip. sekrng saya tengh sambung beljr masih dlm sesi suai kenal. nnti ad msa saya akan taip chapter last. arigato.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience