KES 5

Drama Completed 5036

"Riz boleh aku tanya kau satu benda tak?" Aku memandang Rizkal di sebelah yang sedang memandu. Hari ini kami diarahkan Puan Sri Zara untuk mencari cincin pertunangan.

"Banyak pun boleh sayang." Katanya manja. Gatal.

"Kau tak malu ke? Aku dah la gemuk. Miskin pula tu. Puan Sri Zara pun tak kesah kau pilih aku. Kau jampi Puan Sri ke?" Soalan yang bermain di minda diutarakan.

"Kon'nichiwa, cik Jannah Amani. Cinta tak kenal rupa, darjat dan harta. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Mama sebenarnya dah lama nak kau jadi menantu dia sebab kau pandai ambil hati mama. Dah lah jangan panggil Puan Sri, nanti marah mama." Aku hanya mengangguk.

Eh! Macam yang mak cakaplah. Mungkin memang dah jodoh aku dengan dia. Indahnya.
*****

"Hachimitsu (sayang), nak pilih design yang mana satu?" Rizkal menilik setiap corak cincin.

"Janganlah depan orang, malulah." Kata aku sambil mencubit lengab Rizkal.

"Aduhhh, sakitlah. Dorang bukan faham pun." Aku lihat gadis di depan kami sudah tersenyum. Biarlah lantak kaulah.

"Nak design yang ni. Tapi nak buat yang boleh adjust punya." Rizkal memandang aku dengan dahi berkerut.

"Kenapa nak yang adjust punya? Kenapa tak pilih yang ada je?" Soalnya inginkan kepastian.

"Kata boleh pilih apa aja yang orang nak." Aku merajuk memeluk tubuh dan memuncungkan bibir.

"Okaylah. Kami pilih design ni dan nak adjust ya?" Rizkal mengalah, aku tersenyum gembira.

Bayangkan aku yang dulunya kasar, sekarang dah lembut setelah bercintan-cintun dengan Rizkal Hanafi kawan baik aku sendiri.

"Dah jom pergi makan. Cincin dua minggu baru siap." Setelah berpuas hati aku menurut permintaan Rizkal pula.

"Nak makan dekat mana?" Aku memandang deretan kedai makan segera. Rizkal nak makan apa ni?

"Nasi kandar nak?" Soalnya semula.

"Okay je. Apa-apa pun makan." Aku segera melangkah menuju ke kedai makan yang ingin dituju.

Selesai makan kami meneruskan aktiviti berlegar-legar di shopping mall.

Sedang asyik berjalan, Rizkal disapa seseorang.

"Weh Riz lama tak jumpa kau. Korang dah jadi tunang ke? Asal tak ajak aku?" Bertubi soalan keluar dari mulut Amri.

"Aku sihat je. Belum tunang lagilah. Ni hachimitsu aku ni minta bertunang hujung bulan ni." Aku hanya memandang mereka berbual.

"Hachimitsu? Amboi belum kahwin dah bersayang bagai." Tergamam aku. Amri pun faham bahasa Jepun?

"Kau datanglah kenduri pertunangan kami hujung bulan ni. Tunang tak payah pakai kad." Aku menjemput Amri ke majlis kami.

"InsyaAllah aku akan datang. Mestilah kena datang sepupu dengan pekerja aku nak tunang." Kata Amri.

"Baru tunang bro. Nanti dah kahwin kau mesti kena datang. Kalau tak kita putus hubungan." Ugutan Rizkal berikan kepada Amri.

Air dicencang tak akan putus.

"Okaylah aku gerak dulu. Kesian umi dah lama tunggu aku." Amri meminta diri.

"Kau datang dengan umi? Kirimkan salam aku dekat umi." Amri mengangguk. Kami meneruskan langkah semula.

Pukul empat barulah Rizkal hantar aku balik rumah. Banyak juga barang yang aku beli. Eh silap bukan aku tapi Rizkal yang belikan. Sikit pun duit aku tak keluar. Tiap kali aku keluarkan duit dia akan tahan.
*****

"Am. Nanti pukul sepuluh masuk bilik saya." Tegas sungguh arahan dari Amri. Aku hanya mengangguk.

"Weh kenapa tu?" Soal Meyling.

"Tak tahu lah." Aku menjongket bahu lalu menyambung kerja.

Tepat jam pukul sepuluh aku masuk ke bilik Amri. Pintu bilik diketuk, apabila mendapat arahan dari dalam baru aku masuk.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Aku memandang Amri yang membelakangi aku.

Amri masih menghadap kesibukan ibu kota di sebalik cermin.

"Duduk dulu." Aku mengambil tempat di kerusi berhadapan meja kerjanya.

"Boleh awak tolong saya satu benda tak?" Soalnya, masih tidak berganjak.

"Kalau mampu saya tolong, kalau tak mampu tak dapat saya tunaikan." Apa aku nak buat ni? Macam serius je.

"Kalau macam tu jom ikut saya sekarang." Amri cuba untuk memegang tangan aku, tapi cepat aku mengelak.

"Haram." Laju saja perkataan itu keluar dari mulut aku. Keadaan sepi buat seketika.

"Encik nak bawa saya pergi mana?" Soal aku tak puas hati.

"Ada satu tempat yang saya nak bawa awak untuk tolong saya." Aku memandang redup matanya.

"Tapi encik, saya ni tunangan orang, mana boleh bawa kehulu kehilir." Tegas aku mengingatkan Amri.

"Baru bertunang belum kahwin. Aku pun masih boleh masuk line." Bisiknya.

"Apa?" Aku memandang muka Amri. Nampak macam terkejut je.

"Saya dah bagi tahu Riz. Dia juga akan datang sekali. Saya cuma tinggal bawa awak saja ke sana. Tolonglah." Rayuan Amri masih membuatkan aku was-was.

Setelah beberapa lama, aku setuju dan cepat-cepat Amri keluar dari bilik pejabatnya. Aku hanya mengikut dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience