BAB 9

Romance Completed 13565

“Awak tahu apa kesalahan awak?” soal Syakir sambil meletakkan fail di atas meja. Fail itu merupakan surat perjanjian di antara Datuk Mahmud dan juga Datuk Syuib untuk mengadakan satu mesyuarat penting di Selangor, esok pagi.

Aimani menggeleng perlahan. Sungguh! Apa salah dia? Dia bersungguh-sungguh menyiapkan segala kerja yang diberikan oleh Syakir dan Nur kepadanya. Lebih menggembirakan hati, Tan Sri Yasri, rakan perniagaan Datuk Syuib ada memuji dia dan Nur kerana konsisten dalam melakukan kerja. Dokumen yang diberi oleh Syakir juga sentiasa dihantar tepat pada masanya, tiada satu pun yang incomplete. Perfect!

“Well?” tanya Syakir lagi apabila Aimani hanya membisu.

“No, boss…”

“Good,” balas lelaki itu dan bangun. Kot di badan disangkutkan di kerusi dan dia menongkat dagu memandang wajah gadis itu.

Aimani mengerutkan dahinya. Good? Apa yang bagusnya kalau boss sendiri dah panggil dia dengan nada yang memang menggerunkan itu? Boss ni silap makan ubat ke apa? “Err… boss, apa yang bagusnya tu?”

Syakir tergelak, begitu juga dengan Freya di sisi. Gadis itu makin bingung, setahu dia mana pernah dia buat lawak tadi? Aduh… entah-entah ini petanda kena buang kerja! Uwaa.. kejam betullah cara diorang gunakan ni!!!

“Boss… saya ada buat kesalahan dalam syarikat ke? Apa salah saya, boss??” rayunya. Walaupun dia hidup dalam keadaan yang serba sederhana, namun dia tetap memerlukan duit untuk membantu sepupunya, Aila. Aila merupakan sepupunya yang sungguh baik dan ceria, namun dia mempunyai masalah jantung dan memerlukan duit untuk menjalankan pembedahan.

Mak Ika dan Ustaz Latif turut membantu membiayai kos rawatan Aila, namun masih tidak mencukupi. RM 55, 000 merupakan satu jumlah yang agak banyak dan Aimani berusaha untuk membantu sepupunya yang baru berusia lima belas tahun itu. Aila seorang anak yang menghormati orang tuanya, dan dia semakin bersimpati kerana ibu dan ayah Aila sudah lama pulang ke pangkuan-Nya beberapa tahun yang dahulu.

Air mata mengalir tanpa dia sedar. Dia pantas mengesat pipi dengan lengan baju kurungnya itu. Freya menepuk bahu Syakir sebelum berbisik mengenai sesuatu. Tidak! Aimani bukannya mahu meminta simpati mereka berdua, namun dia sedih kerana tidak mampu membantu Aila. Dia benar-benar sayangkan Aila, kerana Aila satu-satunya sepupu dia dan Anas.

“Kalau boss dan Cik Freya bercadang dan pecat dan buang saya, saya terima. Saya tahu mungkin prestasi kerja saya tidak memuaskan hati boss dan mungkin kerana sikap saya yang sentiasa mengundang kemarahan boss, kan? Saya faham. Saya mengaku, tiada insan yang sempurna cuma saya akan cuba berusaha untuk menjadi lebih baik…” ujarnya lemah.

Tangan kanannya dipegang oleh Freya ketika dia hendak membuka langkah.

“Aimani, awak dah salah faham ni…”

“Salah faham? Apa tujuan boss tanya pasal kesalahan saya? Mesti ada sesuatu perkara yang saya dah buat sampai boss panggil saya, kan?” marah Aimani. Tadi cakap lain, ini cakap lain. Pening pula kepala dia!

Freya tersenyum lebar sebelum mendakap tubuh gadis itu. Aimani membulatkan matanya sebelum cepat-cepat berundur ke pintu. Niatnya, dia mahu mengemaskan semua barangannya yang ada di mejanya. Buat apa hendak duduk lama-lama di situ kalau orang sudah tak mahu tengok muka dia lagi?

Alhamdulillah, dia bersyukur kerana berpeluang mengenali Nur dan Syiema yang merupakan wartawan tanpa gaji itu. Sungguh, apabila bekerja di sini dia dapat menilai erti persahabatan. Nur banyak membantunya walaupun mereka bukanlah saudara-mara dan Syiema sentiasa mendengar masalah dan ceritanya. Dia gembira kerana dapat berkenalan dengan mereka berdua.

“Aimani…” Syakir berdiri di hadapan pintu. Jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Aimani langsung tidak dihiraukan.

“Tepilah, saya nak kemas barang-barang saya!” tempiknya.

“Barang-barang? For what?” Syakir merapatkan diri dengan pintu itu. Soalannya tidak dijawab. Aimani mengetap bibir kerana dia tidak dapat memulas tombol pintu. “Boss, saya nak keluar ni!”

“Kenapa awak nak kemas barang-barang awak? Awak nak lari daripada saya, awak tak nak jumpa dengan saya, macam tu??” tanya lelaki itu lagi. Gadis di hadapannya mendengus kecil, masih diam membisu. “Awak tahu tak apa yang awak buat ni salah?!”

“Why?!” tanya Aimani kembali.

“Sebab awak akan buat saya rindukan awak!!”

Rahang Aimani hampir tercabut dan kakinya sudah mahu sahaja menggigil-gigil di situ. Aaa… apa? “Boss jangan nak merepek yang bukan-bukan, boleh tak? Saya malaslah nak layan trick boss ni!” Hatinya memberontak ingin mendengar kata-kata Syakir semula. Betulkah lelaki itu merindui aku selama ni? Ah, semua tu tipu!!!

Syakir mengangguk laju. “Why? Tak percaya? Do you think that I’m lying? I’m serious, Aimani… I’ll miss you!!” jeritnya. Freya mengangguk-angguk laju, mengiakan kata-kata bossnya.

Ya Allah, helah apa lagi yang hendak dia gunakan ini? Aku sudah tidak sanggup, kerana aku takut aku tidak dapat melepaskan dia! “Boss, tak baik boss lukakan hati Freya. She’s your girlfriend and maybe, your fiancee… saya tak nak digelar sebagai wedding breaker pulak,” katanya acuh tak acuh. Mengapa tingkah laku Syakir semakin pelik di matanya?

“Buat apa saya nak rindukan dia..?” soal Freya dengan pandangan yang amat bermakna.

Eh eh, minah ni. Ni sengaja tanya ke apa ni? Syakir tu kan pakwe dia, takkan itu pun tak tahu kut? Aimani mencebik apabila lelaki itu masih berdiri di hadapannya. “Boss!” jeritnya geram. Berkali-kali dia meminta mahu keluar namun Syakir boleh buat selamba aje. Hatinya sudahlah tengah panas dan darah pula seperti sedang mendidih melihat tindakan bossnya. Eeiii… geramnya!!!

“No, saya tak akan benarkan awak kemas apa-apa dari meja awak. Saya tak akan pecat awak!!”

“Apa yang boss cakap ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience