BAB 12

Romance Completed 13565

Sekuntum senyuman terukir di bibirnya. “Awak risaukan pasal hal tu aje? Hmmm?”

“Risau…”

“Aimani, saya tahu awak ragu-ragu dengan rasa cinta saya ni. Tapi percayalah, setiap malam saya berdoa agar dikurniakan seorang perempuan yang dapat menghargai saya. Bukan pasal wajah saya, bukan pasal duit saya. Tapi, saya nak orang tu sanggup layan kerenah dan sikap saya. Alhamdulillah, saya gembira kerana dipertemukan dengan awak…”

“…. and Aimani, guess what? I’m falling in love with you! I love you!!!”

Air mata Aimani gugur. Air mata kegembiraan? Ya, dia sungguh terharu. Kini, persoalan sudah terjawab. Syakir sendiri mengaku yang dia takut untuk menaruh hati buat dirinya, jadi sebab itulah lelaki itu mencari pasal dengannya. “Saya suka awak jugak!”

Syakir memuncung secara mengejut. “Suka aje??”

Mengada-ngada betul mamat ni. Boss aku ke ni ek? Ha ha ha, nasib kaulah dapat boss tak cukup seringgit macam mamat ni… dia memerli dirinya sendiri.

“Boss!” panggilnya.

Syakir menoleh seraya tersenyum nakal. “Boss… ke boyfriend ni? Ehehe…” Huh, tu dah mulalah tu nak ketawa jahat dia! Aimani memijak kasut Syakir yang berkilat itu sebelum memicit lari bersembunyi di belakang Freya. Gadis itu hanya mampu tergeleng-geleng.

“Ouch!!” Lelaki itu mengusap kaki yang dipijak oleh Aimani. Rasa macam dinosaur je yang pijak kaki dia, nasiblah tak penyek! Haish, Aimani ni memang nak kena ni. “Sampai hati awak pijak kaki saya, kan? Potong gaji awak!”

“Whatever!” Aimani menjelirkan lidahnya.

Syakir menghampiri Aimani yang semakin lama semakin berundur ke belakang. Aimani tersandar di dinding dengan dada yang bergetar hebat. Jantung seakan-akan mahu sahaja meloncat keluar dari kedudukan asalnya. Syakir mendekatkan bibirnya dengan telinga kanan gadis itu sebelum berbisik, “Awak, awak sayang saya tak?”

Erk…! “Err… entah, tengoklah dulu…”

“Bila tu?” tanya Syakir lagi. Kening sengaja diangkat. Suka benar dia melihat wajah cuak Aimani tatkala itu.

“Hari ni saya tak sayangkan awak. Minggu depan, mungkin saya baru boleh sayangkan awak kut?” selamba dia menjawab. Ah… mana mungkin dia mahu mengaku mengenai perasaannya kepada lelaki itu! No no, malu woo!

Syakir tergelak lagi. Kepala Aimani diketuk lagi dan senyuman masih tidak lekang dari bibir merahnya. Aimani mengembungkan pipi sebelum memegang kepalanya agar tidak lagi diketuk oleh bossnya sesuka hati. Tudung mesti sudah senget ni… getus hati kecil Aimani.

“Well, saya bertuah sebab dapat kenal awak. You’re so adorable and cute, Alya Aimani!”

Pipi Aimani merona merah. Dia tertunduk malu memandang kasut tumit tingginya. Berbunga riang taman di dalam hatinya mendengar pujian lelaki itu. Sungguh, terasa rasa indah itu menerpa masuk ke dalam hatinya. Dia mencintai Syakir, dan yang paling menggembirakan lagi lelaki itu turut mencintai dia.

“Really?” usiknya.

“Yupp!! Hmm… jadi, sudikah kiranya awak nak jadi girlfriend saya tak?” soal Syakir, penuh mengharap. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya dan dia menyisir rambutnya dengan tangan. Perghh! Kau kalau tak buat hati aku ni cair, tak sah ke? Perlu ke kau nak pikat hati aku berkali-kali?

Aimani tersengih sambil pandangannya ditundukkan ke bawah tanda malu. Tak lama kemudian dia menghentak-hentakkan kaki lagak seorang askar wataniah berkawad, membuat satu pusingan kawad lalu memberikan tanda hormat kepada lelaki yang telah meembuatnya gila bayang dan dia hanya menurut perintah.

‘’Menurut perintah! Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.’’

Telatah lucu dan peliknya itu disambut dengan gelak tawa sang lelaki yang perlahan-lahan berjalan ke arah si gadis dan mencubit pipi gebunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience