BAB 6

Romance Completed 13576

Lega juga dia melihat Freya sudah berbaik-baik dengan Syakir. Aimani sengaja mengelak dari berjumpa dengan mereka walaupun dia tahu itu sesuatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Hatinya terhiris kerana baru sekarang dia mengaku… dia menyukai Muhd Syakir, anak kenapa Muhd Syuib.

Ah,masin pula mulut Along tu! Aimani mulai tersenyum apabila mak dan abah berjanji untuk tidak menerima anak kepada kawan mereka yang mahu menyatukannya dengan Aimani. Sungguh! Aimani langsung tidak mengenali lelaki itu, tak mungkin dia akan menerimanya dalam kehidupannya nanti!

Aimani tahu, dia bersalah kerana telah menaruh hati kepada Syakir. Mengikut apa yang dikatakan oleh Nur beberapa hari yang lepas, lelaki itu bakal bertunang. Ah, hati mana yang tidak sakit mendengar berita itu? Freya memang bertuah kerana dapat disatukan dengan Syakir. Sudahlah kacak, tinggi, berkarisma dan baik hati pula! Memang cukup pakej untuk dijadikan suami, kan?

“Aimani!” panggil Syakir.

“Yes, boss!” dia mendongak. Aikk, kenapa muka boss macam nak telan aku aje ni? Uwaa… boss, saya bukannya steak ataupun burger. Takut juga jika lelaki itu mahu membahamnya. Iyalah, hari tu dah seminggu dia bercuti di rumah, mungkin baru sekarang boss mahu menengkingnya habis-habisan.

Bersedia sahajalah, Alya Aimani… Memang silap kau pun sebab cuti sesuka hati kau aje. Ingat ni ofis kau ke?

Wajah tegang milik lelaki itu ditatap sekilas. “Boss?”

“Since when awak nak tahu pasal Freya ni?” sinis Syakir bertanya. Walaupun dia sedang membelek-belek fail kerjanya, namun dia masih menatap wajah Aimani yang jelas sedang dilanda keresahan.

Speechless! “Saya… saya…”

“Jawablah!”

Berdebar-debar jantung Aimani dibuatnya. Dia masih menunduk, takut untuk membalas pandangan lelaki yang sememangnya sedang memarahinya itu. Inilah kali pertama dia dimarahi, dan kerana mulut dia yang ‘prihatin’ bertanya mengenai Freyalah, dia yang menjadi mangsa! Mulut… mulut, sebab kaulah aku binasa, tahu tak?

“Alya Aimani, awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa awak nak tahu pasal Freya? Kenapa awak tanya pasal dia masa dinner hari tu?”

“Minta maaf, boss… Saya tak tahu pula yang boss tak suka saya cakap pasal dia…” luah Aimani, jujur. Namun, pernyataannya dibalas dengan tawa sinis Syakir yang benar-benar meruntun jiwanya. Dia ingat aku tengah main-mainkan dia ke? Ini serius!

Syakir berdiri di hadapan dirinya yang agak kecil itu. “Jadi, please jangan bangkitkan hal Freya masa saya duduk dengan awak. Get that?”

Saat Syakir mulai menutup daun pintu, Aimani jatuh terjelopok. Permata berharganya mengalir deras dan dia tidak menyangka akan diugut sebegitu rupa. Kenapa… kenapa dia terlalu lemah apabila berhadapan dengan lelaki ini? Bukankah dia dahulu seorang gadis yang kuat dan tidak akan menangis hanya kerana orang itu tidak menghargainya?

Tetapi, mengapa harus dia menangis tatkala mendengar kata-kata Syakir? Jikalau inilah namanya cinta, dia lebih rela mencintai keluarganya sendiri berbanding dengan orang lain. Rasa di dalam hatinya terlalu perit dan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Cinta… cinta memang perlukan pengorbanan!

“Aimani, saya nak kerja dan kalau boleh aaa…”

Ayat Syakir terhenti saat melihat air mata yang mengalir di pipi putih milik Aimani. Aimani tersentak, terlupa yang dia sedang menangis di dalam bilik lelaki itu. Cepat-cepat dia meluru keluar dan secara tidak sengaja melanggar tubuh bossnya.

“Ouch!”

“Sorry,” Dia melangkah keluar menuju ke meja kerjanya.

Nur menatap wajah sugul kawannya. “Aimani, kenapa tadi dia…”

“Jangan tanya apa-apa. Please…”

Hari demi hari, dia tahu dia tidak dapat menipu perasaannya. Mungkin Syakir sudah mampu berlembut dengannya namun kedatangan Freya pada hari Isnin yang lepas memang mematikan semangat untuk meneruskan kerja. Kadang-kala, dia terdengar bunyi ilai tawa mereka di pejabat, dan perasaannya..? Huhu, cemburu bagai nak raklah!

Anas pula setiap hari akan mengusiknya dengan berkata, ‘Adik jangan ingat yang Along ni tak tahu apa-apa. Mesti adik syiok habis dekat dia, kan???’

“Aimani, help me!” teriak Syakir dari dalam bilik, lantas mematikan lamunan Aimani pada waktu itu.

Tergesa-gesa Aimani meninggalkan Nur. Mereka sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama, namun apabila dia ‘diseru’ oleh boss, pasti Nur akan lunch bersendirian! Daun pintu dikuak sedikit dan dia terjengket-jengket mendekati Syakir yang masih terduduk di atas sofa. Haih, tak nak makan tengah hari ke dia ni?

“Yes, boss?”

“Awak… tolong angkatkan fail-fail saya. Letak dalam kereta, sekejap lagi saya datang,” katanya namun tangan masih setia memicit-micit dahinya. Aimani mengangguk-angguk, dan meminta kunci kereta daripada lelaki itu. “Boss, tak nak lunch ke? Kalau boss nak diet, baik tak payah. Boss tu dah kurus kerempeng dah tahu?”

Syakir sedaya-upaya mengukir senyuman hambar buat gadis itu. Dia perlahan-lahan menangkat sebuah kotak yang berisi maklumat-maklumat sulit berkenaan dengan pejabat. Aimani menjadi risau apabila lelaki itu terhuyung-hayang menangkat kotak yang berona coklat tua itu.

“Eh, boss ni OK ke KO ni?”

“Saya okeylah,” jawabnya tenang.

Aimani mencebik, degil juga mamat ni. “Boss tak sihat ke? Muka boss tu dah pucat, apa kata saya bawa boss ke klinik?” cadangnya dengan harapan Syakir tidak akan menolak. Cengkung mata lelaki itu, mungkin kerana tidak cukup tidur. Hmm… ni mesti sebab layan twitter ataupun fac lama-lama kut?

“Awak ni, kan saya dah cakap yang saya okey? Jangan risaulah…” Syakir memejamkan matanya. Ya Allah, kenapa tiba-tiba rasa pening ni?

Aimani menghempaskan kotak yang diangkatnya lalu merampas kunci kereta lelaki itu. Syakir tersentak lalu menghadiahkan satu jelingan tajam untuknya. Lengannya ditarik oleh Aimani dan sesekali dia hampir terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya.

“Aimani, apa awak buat ni?!”

“Boss, kalau boss nak marah saya tunggu sampai saya bawa boss ke klinik. Lepas ni kalau boss nak karate saya pun, saya tak kisah. Kesihatan boss tu perlu diutamakan, tahu tak?” Haa, kan Alya Aimani dah berceramah bagai dah!

Syakir mendengus kecil, “Macamlah saya tak boleh nak pandu kereta saya sendiri…”

“Memanglah boss tu pandai memandu kereta, tapi tak pasal-pasal boss pandu masuk dalam gaung. Tu, mata boss tu dah cengkung tau! Saya tak nak muka boss terpampang depan surat khabar kalau boss accident. Nanti saya…” Aimani kehilangan kata-kata. Oh, no no no! Jangan cakap ayat ‘nanti saya risaukan boss’! Nasib baik tak terlepas cakap.

Kening lelaki itu bertaut untuk seketika. “Nanti awak apa?”

Aimani mendiamkan diri. Ah, apa nak jawab ni?

“Nanti awak apa, Aimani?” Syakir merenung wajah gadis itu, membuatkan Aimani terus menghidupkan enjin kereta. Tidak, dia tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan di antara bossnya dengan Freya. Cukuplah kalau dia dah menimbulkan masalah suatu ketika dahulu, dan dia tidak mahu perselisihan faham berlaku lagi.

Melihat Aimani masih diam, Syakir makin ingin tahu tentang ayat gadis itu yang tergantung begitu sahaja. “Nanti awak… risaukan saya? Awak risaukan saya ke…?”

Pipinya mungkin sudah merah padam. Aimani sengaja tidak mahu membalas soalan lelaki itu dan meneruskan pemanduannya. Mereka bernasib baik kerana tiada kesesakan lalu lintas berlaku pada waktu itu. Fuhh, kalau tak mesti dah berbakul-bakul soalan akan keluar dari mulut Syakir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience