BAB 1

Romance Completed 13565

Dup dap dup dap,

Laju jantungnya seperti mahu terloncat keluar. Aimani menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum membuat simbol yang segala-galanya akan menjadi OK, bukannya KO! “You can do it, Alya Aimani! Go, go and go!!” jeritnya, sekadar di dalam hati. Tak berani woo nak jerit terus, teballah mukanya menahan malu nanti.

Pintu pejabat dikuak sedikit dan dia memerhatikan keadaan sekeliling. Nama temu duga, tapi kenapa tak ada sesiapa pun yang ada dalam bilik ni?

Aimani mendekati meja kerja yang agak besar di hadapan matanya. Pandangannya tertancap pada rak-rak buku yang tersusun kemas di dinding dan sesekali dia membelek buku-buku rujukan yang ada. Wah, mesti boss yang mahu menemuduganya ialah seseorang yang ulat buku! Bukan macam dia, baru tengok cover buku certita sekolah rendah pun dan malas… Haish, apalah kau ni Alya Aimani.

Kerusi hitam yang agak empuk membuatkan dia duduk di situ. Beberapa kali dia meloncat-loncat di situ dan skrin komputer yang masih menyala menjadi tatapannya kini. Hehe, boss aku ni agak-agaklah nak buka fac pun. Dah lah tak log out, macam nak bagi orang lain tengok je gayanya.

“Hello?”

“Mak!!” Aimani terus berdiri dan matanya membulat memandang wajah lelaki yang kini sudah berada di hadapannya. Erkk… ni ke orangnya yang akan menemuduganya? Mati, mati! Dahlah tadi dia buat semua barang dalam bilik ni macam hak milik dia sendiri.

Lelaki itu mengangkatkan kening miliknya sebelum tergelak kecil. “Okay, mari ikut saya…”

Dalam diam, Aimani mencebik. Kenapa nak gelak-gelak pula dia ni? “Err… nak ke mana bo.. boss?”

Hish, nak cakap ‘boss’ pun boleh gagap ke? Aimani, Aimani…

Lelaki tersebut bercekak pinggang sebelum menghadiahkan satu senyuman nipis di bibir. “Kita nak pergi Hong Kong Disneyland!”

“Hah?” Bulat mata Aimani merenungnya. Hong Kong, biar betik?!

Terburai terus ketawa lelaki aka bossnya itu. Pipi Aimani merah padam, mungkin kerana sudah tahu yang lelaki itu sengaja menipunya. Dia pun satu, pergi percaya bulat-bulat kenapa? “Oh, err… nak temu duga kan boss?” tanyanya menutup malu.

“Taklah, nak merempit tepi jalan,” balasnya lagi.

“Eee… boss!” Aimani menekup mulut, sedar yang dia sudah pun melampau. ‘Aimani, kau dah gila? Yang kau sedap-sedap menjerit dekat boss kau tu kenapa? Mahunya kau kena reject terus, tahu tak?!’ kata hatinya. Gadis itu menunduk sambil merenung kasut yang dipakainya. Sudahlah dia ini jenis yang cakap pakai lepas saja, mahunya kena ‘sembur’ dengan lelaki ini nanti!

Ternyata, lelaki yang sedang menyusun fail-fail di atas mejanya masih tersenyum nipis. “Okay, okay, I’m sorry. Alya Aimani, boleh kita mulakannya sekarang?” soalnya lembut lalu menarik kerusi yang sepatutnya menjadi tempat duduk Aimani selepas ini.

Aimani tersentak sedikit. Aduh, boss ni kan memang sengaja nak kenakan aku ataupun dia memang tak marah? Selalu dalam novel-novel Melayu boss diorang akan suruh diorang bekerja, lepas tu selalu je kena buli kan? Mak, Aimani takutlah kalau kena buli!!

“Hey, kenapa muka tu pucat? Awak jangan risau, saya cuma akan tanya awak beberapa soalan dan saya nak awak jawab semua soalan saya. Itu aje. Don’t worry, okay?” katanya. Aimani mengangguk sebelum bersuara, “Err… boleh saya tahu nama boss siapa?”

“Kenapa?” Lelaki itu menyelukkan tangan ke dalam poketnya seraya bersandar ke dinding. Hek eleh, macam nak control macho je dia ni…

Kelu pula lidah Aimani untuk bersuara lagi. Namun, ini juga merupakan satu soalan. Kalau dia tidak jawab, mahunya lelaki itu memerlinya lagi! “Saje, sebab takkan boss ni makhluk asing dari angkasa lepas yang tak ada nama pulak?”

Dia tertawa lagi. “Awak cakap saya makhluk asing? Hmm… saya Muhd Syakir Muhd Syuib, gembira dapat berkenalan…” Aimani terangguk-angguk, nama boss aku ni not bad juga. Muka pun Melayu-tulen, hehe..

Ish, kenapalah aku ni fikirkan pasal dia ni pulak? Aimani mengetuk-ngetuk kepalanya namun setelah dia berhenti, Syakir pula mengetuk.

“Adoi!!” jeritnya lalu berlari ke pintu. Kepalanya dipegang dan mungkin tudungnya sudah pun senget. Tujuan asal untuk mengetuk kepalanya adalah mahu membuangkan fikirannya mengenai lelaki itu. Dia makin geram apabila Syakir kelihatan suka dengan perbuatannya sebentar tadi. “Tak mainlah ketuk-ketuk kepala orang, boss! Ketuklah kepala sendiri, huh!”

Syakir merenungnya sekilas. “Tak nak, sebab saya suka ketuk kepala orang…” jelasnya sambil tersengih.

Aimani ternganga. Syakir pula menggerak-gerakkan jari telunjuk di hadapan muka gadis itu. “Alya Aimani, jangan buka mulut awak tu besar sangat. Dalam bilik ni banyak lalat, tak pasal-pasal diorang ingat mulut awak tu rumah baru mereka yang diberi Kerajaan Malaysia!” nasihatnya lagi.

“Hish, boss ni teruklah!” dia terjerit. Syakir tersengih sebelum menyuruhnya duduk semula. “Jomlah start, kang sampai malam tak habis-habis..”

Aimani menjelirkan lidahnya. Apalah nasib dia dapat ketua macam lelaki ni? Muka tu dah boleh tahan, tapi perangai… Dia menarik nafas dalam-dalam, pelik juga kerana rasa gemuruh di dalam diri sudah pun beransur hilang.

Lelaki itu pula ketawa melihat reaksi bakal pekerja baharunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience