BAB 10

Romance Completed 13576

“For your information…. I’m waiting for you. I’m waiting for you, Alya Aimani! Only you!!” dia mengaku walaupun muka sudah tebal menahan malu. Ah, ketepikan perasaan itu!

Pada mulanya hati Aimani sudah berbunga-bunga riang tetapi cepat-cepat dia menghilangkan perasaan gembiranya itu. Kata-kata Syakir bagaikan belati yang dapat menusuk ke lubuk hati. Dia tidak mempercayai bait-bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu kerana dia takut. Dia takut untuk menyimpan perasaan buat Syakir! Cukuplah sekadar menganggap hubungan mereka sebagai majikan dengan pekerja, tidak lebih daripada itu.

Freya menarik tangan gadis itu untuk melabuhkan punggung di atas sofa. Aimani akur tanpa suara.

Syakir mula mengambil tempat di hadapan mereka. Aimani yang cuba bangun terduduk semula apabila Freya menarik lengannya. Air mata dikesat laju dan dia tidak berani bertentang mata dengan Syakir lagi. Tambahan pula, dadanya semakin berdegup kencang. Tenang Aimani, tenang…

“Aimani, boleh tolong dengar penjelasan saya?”

“Penjelasan apa lagi?” tanyanya lemah. Penat juga dia kerana sedari tadi tidak habis-habis hendak meninggikan suara. Nasib baik jugalah bilik itu kedap bunyi, jadi hanya mereka bertiga sahaja yang dapat mendengar ‘kenyaringan’ suaranya itu. Hmm… silap-silap kalah vokalist terbaik dalam cerita Mentor tu. Lepas tu, Ella dengan Ramlah Ram nak ambil dia jadi protege pulak. Hehehe…

Isyh, apa benda yang kau merepek ni Aimani oii? Fokus, fokus! Dia memarahi dirinya itu.

Syakir tersenyum hambar. “Sebenarnya, saya tipu awak. Saya tipu semua orang dalam pejabat ni, Aimani…”

Tipu? Tipu?? Apa makna lelaki ini sebenarnya? Aimani terkebil-kebil memandang wajah bossnya dan wajah Freya yang sudah tersengih memanjang. Aduhai… boleh pecah kepala dia memikirkan mengenai perangai mereka berdua ini. Sekejap-sejekap berang, sekejap-sekejap duk tersenyum-senyum aje.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. “Err… tak fahamlah, boss.”

“Saya tipu pasal perkara yang saya nak bertunang tu. I’m still single and available…”

Aimani tersentak. Single and available katanya? Oit, Si Freya ni Syakir nak campak ke mana? Lautan Pasifik?? “Boss ni pelupa betullah, mengalahkan seorang datuk aje! Ni… Freya kan tunang boss? Boss sendiri yang cakap dekat kitorang kan, jadi kenapa boss cakap boss tu single dan… apa-apa jelah tu?” dia mengajukan soalan dengan lagak yang tidak puas hati.

“Jealous?” Freya tersenyum nipis.

Gadis itu mula mengembungkan pipinya. Sudah tahu mahu ditanya… kata hatinya. Huhu, berani ke dia hendak berkata sebegitu di hadapan mereka berdua? Oh, tidak akan!

“Then? Apa kena mengena yang boss still single and available tu dengan diri saya?” Aimani bertanya lagi. Kalau betul Syakir dan Freya tidak mempunyai apa-apa hubungan, buat apa perlu memberitahunya? Bukankah lebih baik mereka merahsiakan perkara ini daripada dia dan para pekerja yang lain? Habis cerita. The end.

Syakir menyarungkan kaca matanya semula apabila buku nota sudah habis ditatap. Wajah mulus gadis itu menjadi tumpuannya kini. Freya menampar lembut bahu lelaki itu dan membuatkan mulut Aimani terlopong.

“Abang, abang ni mengada-ngada betul bila buat macam tu, tahu?”

Telinga Aimani tidak dapat mendengar apa-apa lagi. “Aaa… abang?!” Jadi, mereka sudah sah menjadi… suami dan isteri?!!

Luluh hatinya untuk berada lama-lama di dalam bilik itu. Hatinya ibarat disiat sekejam-kejamnya apabila melihat adegan itu tadi. Oh, patutlah Si Syakir berkata yang dia tiada tunang, kerana lelaki itu sudah berkahwin rupanya! Semuanya sudah jelas sekarang, dan Aimani tahu khidmatnya sebagai pendengar setia sudah tidak lagi diperlukan. Lebih baik dia dengar lagu dalam handphone dia, lagi bagus! Dapat juga melayan perasaan…

Bahu yang dipegang Syakir membuatkan matanya menjeling tajam ke arah bossnya itu. Ah, peduli apa dia jika lelaki itu mahu memarahinya! Hati sudah sakit, dan dia tidak mahu merobek luka di dalam hatinya itu lagi. Cukuplah dengan apa yang baru dia dengar, dan dia tidak mahu ambil tahu mengenai mereka lagi. Full stop, finish!!

“Aimani, kenapa awak menangis ni?” cemas Syakir bertanya.

Tangannya menepis kasar tangan Syakir. Aimani berhenti melangkah apabila lelaki itu tersenyum nakal ke arahnya. Dia ni memang nak kena. Aku tengah moody macam gunung berapi yang nak meletus ni pun dia sempat nak tergelak-gelak lagi ke? Hish, stres aku dibuatnya!

Freya turut tersenyum, memahami air muka Aimani yang sudah berubah menjadi keruh itu. “Aimani, Aimani. Awak memang tak tahu apa-apa ke…?”

“Apa?” soal Aimani kembali.

“Nama saya Nurul Freya binti Muhd Syuib, dan saya ialah adik kepada boss awak aka Muhd Syakir bin Muhd Syuib…” terangnya.

Mata Aimani terbeliak memandang gadis itu. Darah panas menyirap naik ke muka dan dia tertunduk malu. Mengenangkan yang dia merasakan bahawa Freya dan Syakir sudah berkahwin, semakin tebal mukanya menahan malu! Tapi… patutkah dia mempercayai kata-kata Freya? Was-was juga dia dibuatnya.

“Apa buktinya? Saya tak percaya akan kata-kata awak tu…”

“I love you,” potong Syakir setelah lama membisu.

Terpinga-pinga dia memandang bossnya. Yang mamat ni tetiba cakap macam tu kenapa? Entah mengapa, jantungnya bekerja lebih laju daripada biasa. Ah… penyakit dup dap dup dap sudah satang baliklah pula! “Aaa… apa boss merepek ni?”

“Macam yang saya cakap, saya cintakan awak…”

Aimani terkedu. Betulkah… betulkah apa yang dia dengari ini? Hmm… jangan membuat andaian secara melulu, Alya Aimani. Jika dia benar-benar sayangkan kau, kenapa selama ini dia layan kau acuh tak acuh sahaja? Kenapa dia sering cari kesalahan kau walaupun sebenar habuk ataupun lebih dikenali sebagai mikroorganisma? Suara itu seakan-akan sedang menghasut dirinya agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu Syakir.

“But I don’t,” tenang dia menjawab walaupun itu bukanlah jawapan sebenar dia. Berubah terus air muka Syakir tatkala itu dan dia tertunduk. Aimani masih dengan sikap egonya yang enggan memujuk rajuk bossnya yang seorang itu.

Memang dia sudah terkasar bahasa, namun dia juga punyai perasaan. Dia juga manusia biasa. Selama ini, Syakir selalu menengkingnya di hadapan client. Itu tak betul, ini tak betul. Semuanya salah! Nasib baik dia tidak mudah menangis, kalau tidak sudah berbotol-botol air mata diproseskan olehnya.

Freya cepat-cepat menenangkan keadaan, “Aimani, tak baik awak buat abang saya macam tu. Selama ni, dia cuba cari seseorang yang dapat membuatkan dia happy, awak tahu tak?”

“Jadi?”

“Saya berlakon sebagai kekasih abang saya. Saya nak abang saya mencintai seseorang yang boleh menjaga hati dan perasaannya. Saya cukup risau apabila kawan saya pernah memberitahu yang partner dia berlaku curang terhadapnya. Sungguh! Saya tak mahu abang saya melalui perkara yang sama seperti itu. Saya sayangkan abang saya kerana dialah satu-satunya abang yang saya ada,” panjang Freya bersuara.

Dia menyambung lagi, “Berbulan-bulan, Aimani! Berbulan-bulan saya menyamar, tetapi tak ada satu pun yang betul-betul sayangkan Syakir. Abang saya merupakan seorang anak Datuk, jadi gadis-gadis di luar sana hanya memandang duit dia aje. Mereka tak pandang pun hati budi abang saya, mereka tak pandang pun personaliti abang saya. Duit, duit, duit! Mereka memang mata duitan, tiada satu pun yang boleh membuatkan abang saya jatuh cinta, sehinggalah…”

Kata-katanya terhenti. Aimani memandang wajah Freya setelah agak lama melirikkan pandangan ke arah meja kerja milik lelaki itu. “Sehinggalah?”

“Sehinggalah saya jumpa dengan awak, Aimani…” sambung Syakir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience