BAB 5

Romance Completed 13565

“Mak, Aimani nak solat dulu…”

Mak Ika sudah mengangguk perlahan. Sedih pula hatinya melihat kondisi anak daranya yang satu itu. Ustaz Latif sudah pun tergeleng-geleng melihat wajah risau isterinya. “Apa yang nak dirisaukan, Ika oii? Anak awak tu kan elok-elok je? Tak payahlah nak bimbangkan sangat dia tu…”

“Ika pelik, bang. Kenapa dia hari ni balik awal? Selalunya pukul tujuh baru nampak batang hidung, ini sebelum pukul satu dah balik. Entah-entah, dia ada masalah denga kerja dia?” teka Mak Ika. Bingo! Betullah tu..

Ustaz Latif mengeluh lalu duduk di sisi wanita itu. Anas, abang Aimani yang baru sahaja pulang mengerutkan dahi. “Kenapa muka mak dengan abah tegang semacam ni? Macam wayar je Anas tengok,” selorohnya.

Tertawa suami isteri itu. Ada-ada aje anak sulung mereka ni… “Along, adik kamu tu ada masalah ke dekat pejabat dia? Masam je muka dia tu, risau mak!”

“Aimani? Ye ke, mak?” tanya Anas.

Ayahnya mengangguk. “Kamu cubalah bawa berbincang dengan dia. Bukannya kita tak tahu, sejak kita beria-ia nak kenenkan dia dengan kawan abah tu, asyik nak berahsia je kerjanya…”

Beberapa bulan yang lepas, Ustaz Latif memberitahu Aimani mengenai anak kawannya yang dirasakan amat sesuai buat gadis itu, namun anaknya menolak mentah-mentah. Sejak dari peristiwa itu, Aimani lebih suka berahsia dan berkurung di dalam bilik. Selagi Ustaz Latif tidak berjanji untuk tidak menyatukan dia dengan lelaki itu, selagi itu dia akan bersikap sebegitu.

Aimani termenung di balkoni rumahnya. Ah, kenapa dia terhegeh-hegeh bersetuju untuk bekerja dengan Syakir tu? Deringan telefon bimbit tidak dipedulikan, kerana dia tahu panggilan itu datang daripada Nur sendiri. Mana mungkin Freya mahupun Syakir sanggup menelefonnya, lagi-lagi apabila dia teringat akan kejadian pagi tadi . Uiihh, memang mustahil!

“Adik!” panggil Anas.

Gadis itu mengeluh kecil. “Along nak apa? Nak makan, pergilah dekat dapur tu. Adik bukan peti ais..” jawabnya spontan.

Anas duduk di birai katil. “Along tak suka tau tengok adik along murung macam ni. Mak dan abah pun risaukan adik, muka adik tu dah cengkung je! Tak cukup makan ke?”

“Ish, biarlah!” Aimani menepis lembut tangan abangnya yang cuba menyentuh pipinya. Dia memang tiada mood untuk berbual-bual dengan abangnya. Dia tahu abangnya itu amat mengambil berat akan keadaannya, cuma dia tidak merasakan yang Anas sepatutnya mengetahui mengenai pekerjaannya. Kenapa dia patut bersedih? Kenapa dia patut mengalirkan air mata?

Anas tersenyum hambar. “Akak Emily nak datang petang ni, dia bawakkan kek coklat untuk adik! Adik suka tak?”

‘Suka!’ jerit hatinya. Aimani tidak tahu mengapa dia masih seperti itu sedangkan dulu dialah orang pertama yang akan membedal kek coklat yang dibuat oleh Kak Emily. Entahlah, dia sendiri keliru dengan reaksinya.

“Adik, something berlaku ke dekat ofis adik?”

“Tak.”

“Then? Orang yang murung macam ni biasanya sebab putus cinta aje…”

Merona merah pipi Aimani. Dia? Putus cinta? Sejak bila dia ni mahir dalam bab bercinta ni? Oh, Along memang dah silap!

“Adik tak pernah bercinta, dan adik sendiri tak pernah ada pengalaman dalam bercinta. Mana mungkin adik boleh putus cinta, Along,” ujarnya. Namun, kenapa dia masih berasa resah? Ah, kusut otak dia!

Senyuman penuh makna terukir di bibir Anas. “Well, well… Along pun pernah bercinta dengan Kak Emily, dan Along dapat rasakan yang adik Along ni tengah ehem… ehem!!”

“Ehem ehem?”

“Bercintalah, apa lagi?”

Aimani ketawa sambil tersenyum sinis. “Mengarut, tak mungkin Along…” dia mencapai telefon bimbit yang sudah pun membisu. Kalau tak, selang satu minit mesti ada orang menelefonnya! Nama ‘Syakir’ terpampang di skrin dan serta-merta dia merasakan yang darah panas menyirap naik ke muka. Kenapa… kenapa dia tengah malu ni??

Anas menjeling sekilas, lalu tergelak kecil. “See? Along dah cakap, adik Along ni dah sukakan seseorang kan?”

“Mana adalah!”

“Hmm… suka hati kamulah, adik. Tapi, Along cuma nak cakap yang kamu tak semestinya kena sukakan seseorang yang menyukakan kamu. Kadang-kadang, kamu sukakan orang tu tapi dia sukakan orang lain. Kamu faham kan ada maksud Along ni?”

Dia menggeleng-geleng. Mana mungkin dia menaruh hati terhadap Syakir? Wajah lelaki itu tiba-tiba berlegar-legar di minda, dan Aimani terjerit kecil. Along, adik tak rasa adik sukakan dia! Dia tu boss adik!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience