BAB 4

Romance Completed 13565

Usai menunaikan solat subuh di surau, cepat-cepat Aimani duduk di tempatnya. Dia sengaja datang awal ke pejabat dan dia akan berpura-pura untuk menyibukkan diri dengan kerja. Dia tidak mahu mengingatkan otaknya mengenai kejadian semalam. Ya, soalan yang tidak patut diajukan kepada lelaki itu tetap diajukannya!

“Aimani!” sergah Nur.

Dia mengucap beberapa kali sebelum menjeling tajam. “Hish, awak ni boleh tak tolong jangan bagi jantung saya ni berdegup kencang? Darah dalam badan saya ni dah mengalir dengan elok, tapi awak tu macam nak bagi saya ‘jalan’ je!”

Haduyai, Nur ni… Orang tengah stres dan risau, boleh pula dia tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Eh, boss cari awak kan?”

“Huh? Bila? Ada ek?” Aimani menggaru-garukan kepalanya, bila pulalah Syakir mencarinya? Bukankah selama ini lelaki itu sendiri akan datang ke mejanya? U-oh, ini mesti pasal kes semalam!!

Bahu diangkat, dan Nur meletakkan bekal yang dibawa di atas meja. “Manalah saya tahu, tapi saya yakin sangat yang dia tengah cari awak. Ada hal penting untuk dibincangkan, katanya…”

“Hal penting?” Jangan-jangan aku kena pecat tak? Oh, tidak! Aku hendak mengirimkan duit untuk mak dan abah dengan apa nanti? Pasti mereka akan bersedih kerana tidak sampai seminggu aku akan dibuang kerja! Ya Allah, kekalkanlah pekerjaanku kerana aku masih mahu bekerja di sini… Mohonnya sekadar di dalam hati.

Kedatangan Freya dengan wajah yang masam memang mengejutkannya. Aimani meneguk air liur apabila bahunya dilanggar oleh gadis itu. “Mana Kir? Saya nak jumpa dengan dia!” tengkingnya. Mahunya boleh pecah semua cermin dan tingkap pejabat itu mendengar jeritan dia. Nyaring mengalahkan ngauman singa!

“Err… Encik Syakir ada dalam bilik dia,” balas Aimani.

“Inform dekat personal assistant dia yang I want to see him now!” Freya memeluk tubuh lantas melabuhkan punggung di atas sofa. Dadanya berombak-ombak menahan amarah dan wajah bengis itu memang membuatkan Aimani terkedu. “How could you this to me, Kir? You’re such a great liar…” gumam Freya. Tangannya mengesat air mata yang mengalir di pipi.

Menggunung perasaan bersalah di dalam hatinya. Aimani takut jika pergaduhan yang bakal tercetus nanti disebabkan oleh dirinya sendiri. Ah, menyesal pula kerana pulang lewat semalam!

Nur berlari mendapatkan Freya dan Aimani. “Yes, may I help you Miss Freya?” soalnya mesra walaupun masih termengah-mengah di situ. Fuhh, first time dia lari dekat pejabat macam ni.

“Where is Muhd Syakir bin Muhd Syuib?”

Amboi, guna nama penuh pula minah ni. Nur sempat merungut di dalam hati namun senyuman manisnya masih kekal di bibir. “Encik Syakir ada di dalam bilik dia. Ermm… Cik Freya ada buat apa-apa appoinment ke untuk hari ni?”

Schedule bossnya dikeluarkan namun Freya terlebih dahulu menghalang. “Nope, I don’t need an appointment to meet him. Boleh saya masuk?”

“Err… tapi Cik Freya, boss….”

Belum sempat Nur menyambung ucapannya, Freya terlebih dahulu merempuh masuk ke dalam bilik Syakir. Membulat mata para pekerja yang baru tiba di meja masing-masing. Aimani cepat-cepat ke tandas namun tangannya terlebih dahulu dipegang oleh kawannya.

“Apa yang dah jadi ni? Kenapa Si Freya tu tiba-tiba je naik angin?” tanya Nur.

Aimani masih tidak menjawab. Dia bimbang sekiranya hari itu ialah hari terakhir baginya berkhidmat di pejabat itu. Sudah banyak tempat dia pergi, namun Syakirlah yang menjadi Superman dia minggu lepas. Jika lelaki itu tidak mengambilnya untuk bekerja, tentu dia masih lagi menjawat jawatan sebagai seorang pengganggur. Dan sekarang, dia tidak mahu memegang gelaran itu kembali!

Mungkin ini silapnya. Jika dia tidak bekerja di sini, mungkin ini semua tidak akan berlaku. Jika dia tidak bekerja di sini, mungkin hubungan Encik Syakir dan Freya akan menjadi lebih erat. Ini salah dia! Ini semua salah dia!!

“Saya… saya yang bersalah, Nur..”

Nur makin cuak melihat kawannya menggugurkan air mata. Perlahan-lahan dia menarik gadis itu untuk duduk di sisinya. Pekerja-pekerja yang lain ada yang memerhati dan ada juga yang menyambung tugas mereka semula.

“Apa maksud awak ni? Aimani, cuba awak terangkan kepada saya apa sebenarnya yang terjadi.”

“Saya… saya yang buat mereka bergaduh. Saya… saya tahu ini salah saya!”

Mulalah muka Nur menjadi blur teramat. Satu patah perkataan yang dimaksudkan oleh kawannya itu langsung tidak difahami. “Hah?”

Belum sempat dia menerangkan segalanya, Syakir keluar dan menarik lengannya kasar. Terkejut Nur dibuatnya, begitu juga dengan Aimani. Setahu dia, lelaki ini ialah seorang lelaki yang baik. Namun, tiba-tiba Syakir berubah 360 darjah!!

“Duduk.”

Aimani masih lagi tercegat di situ. Wajah Freya dan bossnya ditatap sekilas.

“Duduk!” nada Syakir sudah mula meninggi.

Cepat-cepat gadis itu duduk di hadapan mereka. Alya Aimani, tak akanlah kau tak dengar apa yang dia suruh kau buat tadi? Memang masalah betullah…

“Look! Can’t you see what I’m talking about? How could you do this to me, Kir? I trusted you!!” Freya menjeling tajam ke arah Aimani yang sudah tertunduk. Aimani terasa yang dirinya tersangat kerdil di situ, dan seakan-akan dia ialah seorang pesalah yang akan dijatuhkan hukuman oleh para hakim.

Syakir meraupkan wajahnya. “Dear, please. Dia cuma kawan Kir, tak akan Kir tak boleh ajak dia keluar makan?”

Tersentap hati gadis itu. Aimani menahan air mata yang mungkin akan gugur lagi. Ya, topik hangat yang sedang dibicarakan di hadapannya memang ada kena mengena dengan dirinya!

“Apa yang saya buat untuk awak selama ni memang tak cukup ke? I love you very much, but because of this girl, you ditched me away!” marah Freya dengan mata yang mulai bengkak.

“I can explain it, Freya…”

Freya tersenyum sinis. “What? Explain? For what?! Saya tak perlukan sebarang explanation daripada awak, Muhd Syakir! Hati saya dah cukup terluka dengan apa yang awak buat ni! Selama ini saya ingat awak seorang lelaki yang setia, tapi rupa-rupanya saya salah!”

Lelaki itu cuba meraih tangannya namun gadis itu terlebih dahulu menepis. Syakir meraupkan wajahnya sebelum mengejar Freya yang sudah pun meluru keluar dari bilik itu. “Freya! Freya!”

Aimani pantas mengambil beg sandang lusuhnya sehingga membuatkan Nur tersentak. Hairan juga kerana sejak tadi rakannya itu tidak mahu berbicara dengannya. “Aimani, saya tak…”

“Nur, cakap dengan boss yang saya ambil emergency leave. Maybe for a week..”

Kelibat Aimani mulai hilang dari pandangan mata. Nur terpinga-pinga memandang skrin komputer yang masih menyala. ‘Seminggu?! Biar betul Aimani ni! Boss tak marah ke nanti?’ getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience