BAB 7

Romance Completed 13565

“Alaa, malaslah!” Aimani mencampakkan kotak yang cantik berbalut dengan reben berwarna ungu itu ke atas katil. Gila! Tak mahu dia menuruti perintah bossnya yang satu itu!

Syakir tersenyum nakal. “Aimani, sampainya hati awak campak hadiah yang saya beri tu! Tak mahu kawan…” dia memuncung, walaupun gadis itu tidak dapat melihat tindakannya yang agak kebudak-budakan itu. Aimani yang berada di hujung talian sudah membulatkan matanya. “Boss ni kan…”

“Penat tau saya berdiri depan pintu rumah awak ni!” potong lelaki itu lagi.

“What?!!” Sah, lelaki ini memang mencari pasal. Dia mengintai dari jendela rumahnya dan ya, Syakir sedang melambaikan tangan ke arahnya. Telefon bimbit yang berada di tangan digenggam erat. “Boss jangan nak main-main dekat sini ek? Apa boss buat dekat depan rumah saya ni?!”

Aimani… Aimani. Kau ni dikira beruntung sebab ‘diberi kelonggaran’ untuk menaikkan suara dekat boss kau sendiri, tahu? Kalau tengok pekerja-pekerja lain, haram nak lawan apa yang boss suruh mereka buat! Suara itu seakan-akan memerli dirinya.

“Turunlah, Aimani…” pujuknya.

“Tak nak! Buwekk!!”

“Kenapa? Sebab… awak tak mandi lagi ek? Hehehe…” Syakir tergelak nakal. Suka benar menyakat pekerja baharunya yang seorang itu.

Kurang asam keping bin asam jawa. Betul pula tu! Aimani menjeling sekilas ke arah pijama yang sedang tersarung di badannya. Iyalah, hari Ahad sebegini semestinya dia akan berlanding di atas katil tanpa berbuat apa-apa. Mandi pagi? Huhuhu, jangan haraplah.

“Eh, assalamualaikum auntie, uncle!”

Terbeliak mata Aimani dibuatnya. Auntie dan… uncle? Entah-entah itu mak dengan abah?! Uwaa… kenapa mak dengan abah layan boss Aimani tu…?

Aimani mencuri-curi dengar perbualan mereka memandangkan Syakir masih tidak mematikan talian. Tidak perlulah dia menjadi spy ala-ala James Bond dan menyorok di tangga sambil memasang telinga luas-luas.

“Kamu ni kawan Anas ke?” suara Mak Ika memecahkan keheningan sepi.

“Taklah, saya ni boss kepada Aimani..”

Gulp! Kenapalah boss ni jujur sangat? Marah Aimani sambil mencapai tualanya.

“Kenapa? Aimani ada buat apa-apa masalah ke dekat tempat kerja dia?”

“Bukan macam tu, auntie. Sebenarnya saya datang pagi ni nak ajak Aimani keluar. Boleh tak uncle, auntie?”

‘Keluar? Biar betul dia ni?!’ Aimani mengaduh apabila kepalanya terhantuk di dinding. Adoi… lebam dahi aku pagi-pagi ni…

Pintu biliknya diketuk. Aimani cepat-cepat menarik Anas yang sudah tersengih, tidak ubah seperti kerang busuk. “Ooo… itulah teman istimewa adik? Cepat mandi, dia nak ajak adik keluar tu!”

“Adik malaslah, Along. Adik tak berjanji pun nak keluar dengan BOSS adik sendiri…”

Anas tergeleng-geleng sebelum mengusap kepala gadis itu. “Walaupun dia tu boss adik, adik tetap sukakan dia kan?”

Aimani menelan air liur. “Ma… macam mana Along tahu?”

“You see the leg lah!” Anas berdiri bangga. Aimani yang sudah geram dengan perangai abangnya menolak tubuh Anas untuk jatuh ke atas katil. Dia mengunci pintu bilik air sebelum tersandar di dinding. Kenapa Si Syakir ni semakin hari semakin pelik???

Blaus lengan panjang berwarna ungu disarungkan ke badan. Aimani menatap kain hitam dan tudung Pashmina kuning yang ada di dalam kotak itu. Pandai pula boss ni belikan aku baju, kan? Setelah mencalit sedikit gincu, dia mencapai tas tangan untuk turun ke bawah.

“Aimani…”

Aimani berhenti melangkah. Mahu sahaja jantungnya gugur saat mendengar suara Syakir yang seakan-akan berada di sisinya. Dia menoleh dan pandangan mereka bertaut. Darah panas menyirap naik ke muka setelah melihat kemeja ungu yang dipakai oleh lelaki itu. Memang sengaja je nak bagi sedondon dengan baju aku, kan?

“Bo… boss,” balasnya gagap. “Err… good morning to you, good morning to you, good morning to Encik Syakir… good morning to you!” dia menyanyi-nyanyi kecil di situ untuk menutup rasa gemuruh yang bertandang di dalam jiwanya.

Syakir masih diam. Aimani perasan yang mata lelaki itu masih lagi merenungnya dan dia mengalihkan pandangan ke arah Ustaz Latif yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Anas yang segak berkemeja putih dan memakai topi cap ayamnya menegur Syakir. “Kir, dah ready dah?”

Senyap lagi. “Boss!” panggil Aimani.

Dia tersentak sebelum meraupkan wajahnya. “Ermm, yup! Okey, jomlah kita bertolak!”

Anas mengukir senyuman penuh maknanya manakala Aimani sudah menjelirkan lidah kepada abangnya itu. Ustaz Latif tidak membenarkan dia keluar dengan Syakir berdua-duaan jadi Anas yang akan menemani mereka. Aimani tersenyum seorang diri memikirkan tentang memorinya di mana dia makan malam bersama-sama bossnya beberapa bulan yang lalu. Huhu, kalau abah dapat tahu mesti dia dah kena sembelih, masak sate!!

“Aimani, awak…”

Lamunannya terhenti. Aimani menoleh memandang Syakir yang sedang memandu. “Hmm? Apa dia?”

“Err… it’s nothing…”

“Oh, okay,” dia membuang pandangan ke arah lebuh raya. Sejak hari itu, mesti Syakir hendak berkata sesuatu tetapi selalunya akan dibalas dengan jawapan ‘it’s nothing’ aje. Apa sebenarnya yang lelaki ini cuba nak beritahu ya? Aimani bermonolog di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience