BAB 11

Romance Completed 13565

Gadis itu mengetap bibir. Dia benar-benar keliru. Tidak, tak mungkin Syakir akan mencintai gadis biasa seperti dia. Tidak mungkin… Aimani tersenyum hambar.

“Abang saya sendiri cakap yang dia happy bila jumpa pekerja baru dia. Saya tak sangka ‘dia’ itu ialah awak. Katanya budak itu biasa-biasa aje, tapi abang cakap yang awak ni special. Awak bukan macam gadis-gadis yang lain. Kalau mereka berlakon baik untuk memancing abang saya, awak hanya bersikap selamba dengan dia. Trust me, he really likes you Aimani,” Freya mengakhiri ‘ceramahnya’.

“Kenapa selama ini boss marahkan saya? Boss ada fikir tak tentang hati dan perasaan saya dulu? Boss ada fikir?” Aimani tiba-tiba mengajukan soalan. Entah mengapa jiwanya terusik. Dia bertanya sebegitu kerana dia memang sedih apabila ditengking oleh Syakir beberapa minggu yang lepas padahal prestasi kerjanya tidaklah teruk pun. Dia tidak pernah pun ponteng atau mengelat ketika menyiapkan tugasannya!

Syakir mengeluh. “Awak, saya tahu saya silap. Maafkan saya, I was really stupid. Saya tak sepatutnya buat macam tu pada awak. Awak tak bersalah pun, Aimani. Percayalah.”

“Habis, kenapa?!” geram gadis itu menyoal.

“Saya takut, saya takut kalau awak tak cintakan saya. Saya terima cadangan gila Freya sebab saya nak tahu hati budi orang yang nak berkawan dengan saya. Mereka semua tu tergila-gilakan duit. For me, money is not everything. Tak guna kalau ada duit tapi lupa asal usul kita. Tak guna ada harta dan kekayaan yang melimpah-ruah tetapi tak digunakan ke arah kebaikan. Tak guna ada wang berjuta-juta tetapi akhlaknya runtuh.

Percaya atau tidak, saya selalu teringatkan tentang awak yang baru aje nak masuk kerja. Saya tergelak bila mengenangkan yang saya pernah ketuk kepala awak macam ketuk pintu. Saya teringatkan awak apabila kita keluar makan bersama-sama dulu. Saya bertegas dengan awak sebab saya tak mahu menyimpan perasaan buat awak. Saya tak mahu kecewa kelak, jadi sebab itulah saya terpaksa layan awak macam tu…”

Aimani mula diulit rasa terharu. Betulkah? Jadi… selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan? “Tapi, boss marah bila saya cakap pasal Freya. Boss perli saya, Freya pun sama!” adunya. Bukan punya main kecut perut dia apabila dimarahi dan diherdik oleh mereka berdua dahulu. Kalaulah dia jenis yang lemah semangat sikit, entah-entah dah pengsan.

“Itu cuma lakonan saya. Saya cuba baca perasaan awak terhadap saya, Aimani. Betulkah awak menyukai saya… ataupun hanya saya yang menyimpan perasaan buat awak? Bila saya tengok awak cuba nak jauhkan diri daripada saya, saya sedih. Sedih sangat-sangat! Sebabnya, saya mula ragu-ragu dengan perasaan saya sendiri. Benarkah saya betul-betul mencintai awak? Dan… benarkah hati ini telah dicuri oleh awak??”

Aimani kehilangan kata-kata. Freya memeluk bahunya erat sambil menguntum senyuman manis. Minah yang ala-ala mat saleh itu sememangnya sungguh ayu apabila tersenyum, getus hati kecil Aimani.

“Abang Kir sayangkan awak, Aimani…”

Diam lagi. Mulutnya tidak dapat menjawab pernyataan itu. Wajah Syakir yang agak serius di hadapan mata ditatap lama. “Macam mana kalau saya cakap saya tak nak percaya? Semua ni macam… unbelievable pulak!” Nak kata macam babak dalam drama tu, rasa-rasanya lakonan Freya dengan Syakir ni lagi upmh!

Freya terdiam. Biarlah abangnya yang menyelesaikan konflik itu dengan Aimani sendiri.

“Awak tak percaya ke yang saya betul-betul cintakan awak?” tanya lelaki itu.

Aimani menggeleng. Lagipun, mana mungkin Syakir menaruh perasaan buat dirinya yang serba kekurangan itu? Berbeza pula dengan diri Syakir yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang berada itu. Anak Datuk dan Datin. Baru usianya masuk dua puluh tujuh, sudah pandai handle syarikat ayahnya sendiri. Wowwow, gempak tuh!

Perbezaan itu bagaikan langit dengan bumi. Dia bukanlah seorang anak millionaire ataupun jutawan terkenal, namun dia biasa-biasa aje. Kalau diikutkan dengan taste lelaki seperti boss, mesti lelaki itu sudah memilih gadis-gadis yang sama taraf dengannya. Muka tu dah hensem, segak pula tu. Syakir pun kalau petik jari terus bersusun makwe nak minta couple kut!!

Wah, banyak betul dia memuji mamat tu, kan? Aimani mengetuk kepalanya. Tabiat itu sudah lahir sejak kecil lagi kerana dia selalu berbuat begitu dengan tujuan dapat melupakan sesuatu. Tabiat yang teramat pelik, bukan?

Syakir ketawa kecil sebelum join mengetuk kepala gadis itu. Comel sungguh Alya Aimani ini!! Aimani menjerit kecil sebelum memasamkan muka. Adoi… boss ni ketuk kepala orang dahlah tak beri salam, kuat pula tu dia ketuk!

“Boss!!!” marahnya.

“Ya!!!” balas Syakir dengan nada yang sama tinggi dengan suara gadis itu.

Aimani mencebik. Hampeh betul boss ni! “Kenapa boss ni suka ketuk kepala orang? Sakit, tau!!”

“Sebab awak tu terlalu comel,” Syakir bersuara lembut. Gadis itu menayangkan mukanya yang terpinga-pinga. Mata dikelip-kelipkan beberapa kali, cuba mengamati ayat yang disampaikan oleh Syakir. Comel ke dia? Hmm… biasa-biasa ajelah.

Freya turut sama menumpang bahagia. Gembira sungguh dia kerana pelannya berjaya. Hampir setahun dia berlakon dengan abangnya itu, nasib baik tak pernah kantoi. Aimani merupakan seorang gadis yang baik, itu memang tidak boleh disangkal-sangkal lagi. Syakir pula lebih banyak tersenyum dan tergelak berbanding dahulu.

Aimani mengeluh. Syakir di sisi sudah mengerutkan dahi. “Awak okey? Kenapa ni?”

“Saya rasa macam tak sepatutnya bersama-sama dengan awak…” jawabnya lemah namun cukup kuat untuk menghiris hati Syakir.

“Wha… What?”

“Awak tu kan boss, manalah saya yang hanya seorang pekerja biasa ni layak bergandingan dengan awak.” Syakir dan Freya yang mulanya terkejut sudah menghembuskan nafas lega. Ingatkan apalah yang difikirkan oleh Aimani ni. Buat suspen betullah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience