bab 8

Romance Completed 13576

“And when I see you, baby. Oh, you’re the one I need!” Nur tergeleng-geleng mendengar suara ‘lunak’ kawannya itu. Aimani memegang fail yang telah digulung-gulung menjadi kuih gulung dan menjadikannya sebagai mikrofon untuk menyanyi di situ. Kaki diletakkan di kerusi manakala dia duduk di atas meja kerjanya.

“Awak ni nak hilangkan stres ke nak buang tebiat?” tanya Nur.

“Kedua-duanya sekali…” balas Aimani sambil tersenyum seorang diri. Angaunya aku ni dekat Si Syakir tu sampai sibuk menyanyi lagi Bahasa Inggeris. Kalaulah cikgu yang mengajarnya di sekolah menengah mendengar cara dia menyanyi tadi, rasa-rasanya sudah lama dia mendapat markah kosong. Fail!

Syiema aka Mrs Paparazzi di dalam pejabat itu menghampiri Aimani. Bahu gadis itu ditampar kasar sebelum dia menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi itu. Hmm… sesuai dah nak jadi model dalam iklan ubat gigi. “Amboi, kau ni memang sengaja cari gaduh, kan Alya?”

Di dalam pejabat itu, hanya Syiema sahaja yang berani memanggil Aimani dengan nama ‘Alya’. Walaupun sudah ditegah beberapa kali namun Syiema masih tetap dengan pendiriannya.

“Apa maksud kau ni?”

“Eleh, buat-buat dono pulak dowh! Eh, kau ingat aku ni tak tahu ke gosip hangat yang tengah meletopp punya ni?” Syiema tersengih nakal. Pen di tangan dilambung-lambung ke udara lantas dia menangkap pen itu kembali sambil menunggu reaksi temannya.

“Huh?” Nur juga turut mengerutkan dahi.

“Kau dengan boss tu ada apa-apa ke?” soal Syiema akhirnya. Letih dia mahu menunggu jawapan daripada mulut Aimani sendiri. Siapa tak kenal dengan Muhd Syakir anak kepada Datuk Syuib, kan? Sudahlah lelaki itu tampan, macho, berkarisma, berkebolehan dalam mengendalikan sesebuah projek, pandai berlawak namun sayangnya… sudah ada yang berpunya. Haih, nasib badan….

Aimani menggeleng laju. “Ada apa-apa? Maksud kau?”

“Dia tu boss ke boyfriend kau?”

Aimani terkedu. “Boss akulah! Malas aku nak buat boyfriend, huh!” dalihnya sebelum Syiema cepat-cepat menyoal soalan lain yang semestinya akan memerangkap dirinya. Kelibat Freya yang dengan muka masamnya membuatkan mereka terdiam. Ini mesti bergaduh dengan Encik Syakir kut?

Mata Nur dan Syiema sudah merenung tajam ke arah Aimani. Aimani cepat-cepat menggeleng dan tangannya diangkat tinggi. Okey, kali ni bukan dia yang buat boss dan Freya tu bergaduh. Sejak kebelakangan ni pun dia banyak menghabiskan masa bersama-sama Nur dan Kak Siti, senior mereka yang bekerja di bahagian penyimpanan fail di tingkat lima belas. Dia berazam untuk tidak mengganggu hubungan bossnya lagi kerana dia sendiri sedar statusnya sebagai seorang pekerja di pejabat itu.

Pasrahkah dia? Dia sendiri tidak mengerti, namun apa yang dia tahu dia masih menaruh hati buat Syakir. Biarlah dia memendamkan perasaannya itu dan menganggap ini sebagai cinta monyet. Jika kita meletakkan Allah di hati sebagai cinta kita yang pertama, pasti Dia akan memberikan kita seseorang yang lebih baik untuk hamba-Nya, bukan?

Aimani menggerakkan tetikus untuk menyiapkan dokumen yang diperlukan oleh Nur. Sesekali dia menenyeh-nenyeh matanya yang sudah kabur kerana terlalu asyik menatap skrin komputer. Dia mencatat kiraan projek yang diperlukan di dalam buku nota kecil yang ada di atas meja. Selepas itu, dia akan menyimpan dokumen yang telah dibuat dan memberitahu Nur mengenai perkara itu.

“You Aimani kan?”

Aimani mendongak apabila tiba-tiba sahaja ditegur oleh seseorang. Erkk….! Freya? “Ye, saya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke, Cik Freya?”

“Masuk dalam bilik boss you, sekarang.”

Kertas-kertas putih yang berselerak di atas meja disusun ala kadar dan fail merah jambu yang diberikan Azizi, rakan setugasnya dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Pen diletakkan ke dalam bekas berona hijau tua dan dia membetulkan kedudukan baju kurung moden yang tersarung di badan. Kedudukan tudung Pashmina yang sudah senget juga ditarik sedikit.

“Hei, cepatlah!” gesa Freya sambil mendengus.

“Baik, cik…” jawab gadis itu. Geram juga mengenangkan sikap Freya itu. Dia perlahan-lahan mengatur langkah dan duduk bertentangan dengan Syakir yang tatkala itu sedang menyelesaikan kerja-kerjanya di atas meja. Cermin mata dibetulkan sedikit, dan membuatkan dada Aimani bergetar hebat. Ya Allah, buangkanlah perasaan ini. Sesungguhnya, dia sudah berpunya dan aku tidak mahu merosakkan hubungan orang lain…

Pintu dikunci dari dalam. Aimani menoleh sekilas sambil membuntangkan matanya. Apa pula yang cuba dirancang oleh Freya? Kenapa pintu itu perlu dikunci???

“Aimani…” panggil lelaki itu dan dia menoleh semula.

“Yes, boss?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience