BAB 2

Romance Completed 13576

“Hai, saya Nur!” tegur seorang gadis lalu berjabat tangan dengannya. Aimani tersenyum sebelum menganggukkan kepala, “Saya Alya Aimani, tapi boleh panggil saya Aimani je…” katanya sopan. Hehe, first day bekerja kenalah bersopan-santun sikit, kan? Kan? Kan?

Syakir yang segak berkot hitam mendekati meja Nur. “Nur, from now on awak kena tolong tengok-tengokkan Aimani. Dia masih baru, jadi kalau ada apa-apa yang dia tak faham awak boleh tolong terangkan,” arahnya. Cermin mata dibetulkan sedikit dan senyuman masih setia di bibir merahnya.

“Okay, boss!” Nur membuat tabik hormat. Aimani mengerutkan dahi, “Nur, boss kita tu memang perangai dia macam tu ke?”

Nur menoleh. “Maksud awak?”

“Ceria semacam, lepas tu suka senyum sorang-sorang, macam orang tak betul…” Gadis itu mencebik lalu mengusap kembali kepalanya yang diketuk oleh Syakir semalam. Cis, selamba je nak ketuk kepala aku! Ingat aku ni tong dram??

Nur yang sedang mencatat sesuatu di dalam failnya tertawa. Aimani terkebil-kebil memandang wajah seniornya. “Aimani, tak baik tau awak ejek boss kita macam tu! Haa, kalau pekerja-pekerja lain dengar pasal benda ni habis patah tulang belakang awak tu!”

Ugutannya langsung tidak menggentarkan Aimani sebaliknya dia semakin berminat untuk mengetahui mengenai Muhd Syakir itu. “Kenapa?”

“Boss tu dah ada pilihan sendiri, okey? Tak mainlah sekadar bergayut dengan orang-orang macam kita ni, dan yang saya tahu girlfriend dia tu dah berkurun duduk dekat luar negara! Masa tu makwe dia datang, macam mat saleh tau. Serious!!” Nur membuat ikrar, berjanji yang dia tidak menipu.

Mata Aimani membulat. “Berkurun? Kenapa tak bertapa je dekat luar negara, tak payahlah susah-susah nak balik Malaysia pun,” perlinya. Nur tergelak lantas mencubit lengan kawannya. “Aimani, awak jangan main-mainkan girlfriend boss! Kalau pasal kerja memang Encik Syakir boleh berlembut, tapi kalau awak sentuh isu dia dengan teman wanita dia, habislah awak kena marah…”

“Sensitif betul hati tu, mengalahkan perempuan je..” dia mengejek lagi.

Nur tidak henti-henti tergelak. Budak baharu ini memang sengaja mencari nahas dengan boss! Perbualan mereka terhenti apabila seorang perempuan ayu yang mengenakan gaun labuh berona merah duduk di atas sofa berdekatan. Aimani yang mahu menyapanya terhenti apabila lengannya ditarik Nur. “Syy… itulah makwe boss!!”

“Huh?”

Belum sempat mereka beredar, Syakir menyambut gadis yang sedang menunggunya itu. “Freya, good morning!” sapanya ceria. Freya tersenyum manis lalu mengangguk perlahan. “Hi, Syakir. Oh… good afternoon to you too!”

Syakir tersengih, tahu yang dia sudah tersalah sebut. Macam mana boleh sebut ‘good morning’ sedangkan matahari sudah berada tegak di atas kepala? “I’m so sorry about that. Anyway, let’s go. I’m hungry…” perutnya diusap-usap sambil membuat mimik muka tidak makan selama berpuluh-puluh tahun kepada gadis itu. Padahal, baru sahaja dibedalnya empat keping biskut di dalam bilik tadi. Siap ada air Milo ais gitu!!

“Awak selalu je lapar, kan?” Freya menoleh lalu tergelak kecil. Syakir mengangguk-angguk sebelum menjemput gadis pujaan hatinya ke dalam kereta.

Aimani dan Nur saling berpandangan. Nur terus meletakkan segala dokumen di atas meja dan dia memandang ke arah siling. “Ah, sweetnya Encik Syakir tu. Kalaulah saya ada teman lelaki macam tu, kan baik? Caring, baik hati, sweet…”

Dia mengeluh bosan. Tinggi betul angan-angan Si Nur ni eh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience