1

Romance Completed 6892

seakan aliran darahnya saat ini berkumpul di kepala otaknua. Beerdesing telinganya kala mendengar perkhabaran yang dikira duka baginya, seakan berpinar pandangannya untuk seketika. Namun digagahkan juga diri. Tak boleh! Dia punya pendirian dan masih banyak yang ingin dilakukannya.
Permintaan ibunya seakan ‘sign mati’ baginya.

“Mama, ayah, tak boleh buat macam ni, Zarra tak nak kahwin lagi, Zarra muda lagi lah mama. Kalau Zarra kahwin macam mana dengan pelajaran Zarra”. Ada nada tidak puas hati di situ.

Aku baru sahaja selesai menghabiskan pra-U, degree pun tak ambil lagi, tapi sudah dipaksa berkahwin. Memang tak masuk akal. Kalau kahwin tu untuk sehari dua mungkin aku tak kisah, tapi kahwin ni untuk sepanjang hidup aku.
“Zarra cuba dengar cakap mama dulu, kita tunang dulu, nanti dah habis belajar kita akad nikah. Perkara tu tak menghalang Zarra nak sambung belajar. In shaa Allah itu jalan yang terbaik. Pihak lelaki pun dah setuju.”

“Tapi tak kan nak tunang lama-lama, tak elok lah ma.”

“Zarra, boleh tak sekali ni je Zarra dengar cakap mama dan ayah, Bakal tunang Zarra pun bukan orang lain, anak kawan ayah jugak, Zarra dengan dia pun ayah ampak sepadan je. Lagipun kamu kan memang dah rapat. Apa lagi yang dirisaukan.”

Aku masih tidak mampu untuk membantah, gusar dianggap anak derhaka jika membantah. Redha atau pasrah? Ya aku belum mampu untuk meredhai apa yang berlaku, Ampunkan aku Ya Allah, aku belum punya kudrat untuk menerima semua ini. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Di usia remajaku, telah diikat dengan seseorang. Walaupun aku cukup mengenali dirinya, tapi itu tak bermaksud aku perlu mempercepatkan pertunangan kami. Memang aku akui dia bakal suami yang baik, menepati cirri-ciri suami idaman semua muslimah, tapi aku masih tidak mampu untuk menerima kenyataan tersebut.

Jujur aku masih tidak mampu menerima kenyataan, aku sudah bergelar tunang Irsyad Rayyan, bakal pelajar perubatan luar negara. Mungkin itu antara sebab mengapa dia mahu pertunangan kami diawalkan. Tapi bukankah aku yang menderita sekarang. Entah apa yang difikirkan dalam lubuk hati dia aku sendiri tidak tahu. Mungkin pemergiannya ke luar negara sebulan lagi mampu memberi ketenangan pada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience