7

Romance Completed 6892

“Assalammua’laikum, Zarra esok free tak, kita iftar sama-sama nak. Kak Chik dan sahabat-sahabat yang lain ada jugak. Iftar tu sempena reunion kita jugak” mesej yang dikirim oleh Rina.Rina ni duduk serumah pun nak hantar mesej, mungkin malas untuk bergerak dari biliknya.

Allahuakbar, baru tadi aku memikirkannya betapa aku rindu naqibah aku yang seorang ni. Dialah yang membantu saat aku hilang arah semasa di zaman universiti dulu, saat jahiliyyah menyapa, hidayah itu datang menyelamatkan. Allah datangkan aku dengan seorang kakak yang aku anggap sebagai kakak kandung sendiri. Dulu kami sama-sama menaiki motorsikal semata-mata untuk menghadiri majlis ilmu. Maklumlah bajet tak cukup nak beli kereta. Kali terakhir aku berjumpa pada hari graduasinyadan selama ini kami hanya berhubung melalui facebok sahaja. Dan pada hari itu juga aku masih ingat Kak Chik menjadi orang tengah untuk menyampai hajat seorang senior yang aku tidak kenali. Mana mungkin aku setuju, aku sudah menjadi tunangan orang. Sejak itu aku tidak tahu apa yang berlaku, mungkin dia berkecil hati kerana aku menolak hajat senior tersebut. Dengar kata dia mengikut suaminya berhijrah ke luar negara dan menyambung pelajaran di sana. Rindu tak tertahan ingin berjumpa mereka-mereka yang sama-sama melalui jalan dakwah dan tarbiyyah. Namun setelah masing-masing meninggalkan dunia kampus, aku tidak mengetahui berita tentang mereka. Semoga mereka thabat dalam perjuangan ini. Moga esok aku akan berjumpa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience