6

Romance Completed 6892

“Assalamua’laikum, ikhwah dan akhowat, sila berada dalam kumpulan masing-masing. Ana bagi masa 5 minit sahaja, siapa lambat denda menunggu.” Laungan fasilitator kem memecah hening pagi. Aku kenal benar suara yang cukup menggerunkan itu. Siapa tidak kenal Idham Ismail, cukup terkenal dengan sikap ketegasannya, namun ramah bila diajak berbual. Itu kata senior-senior lain bukan seperti aku yang masih setahun jagung ini.

“Mohon wakil seorang muslimin dan muslimat kehadapan”

Masing-masing memandang antara satu sama lain.

“ Takkan, nak ke depan pun susah. Antum kena berani, serlahkan kepimpinan. Kem ini bertujuan untuk menyerlahkan potensi diri-diri masing. Kalau antum masih bersikap begini, lebih baik kemas barang balik sekarang.”

Allah, pedasnya kata-kata mamat ni, mujurlah dia ni senior, kalau tak dah lama kena bidas. Harap muka sahaja handsome, tapi garang macam singa. Entah-entah anak singa pun takut kalau dengar suara dia.

“Enti yang pakai tudung hijau sila kedepan!”

Alamak dia boleh baca fikiran aku.

“Yang duduk tercengang kat situ buat apa? Ada orang lain ke pakai tudung hijau, atau warna tudung sendiri pun dah tak kenal” malu yang tak tertahan.

“ Akhi Idham Ismail, dalam Islam tak pernah diajar untuk mengaibkan orang! Mind your mouth please!“

Kepuasan yang terserlah, mungkin dia belum kenal lagi siapa Zarra Irsya, pendebat terbaik peringkat kebangsaan. Pantang tercalar maruahnya pasti dibidasnya kembali. Mungkin agak keterlaluan bagi seorang junior seperti aku, tapi semenjak itu aku sentiasa menjadi buah mulut senior lain, ada yang memuji tak kurang juga yang tidak menyenangi. Namun aku berkata benar, sedangkan Rasulullah sendiri pun berdakwah secara berhikmah.

Kenangan di kem kepimpinan pada awal sidang semasa di universiti dahulu mengimbau kenangan lama. Semenjak peristiwa di kem tersebut, aku sendiri malu untuk bertentang mata dengan hamba Allah yang garang tu, bercakap apatah lagi. Allah, kenapa lah masa-masa begini muncul pulak wajah mamat seorang. Agak-agaknya apa lah yang dia buat sekarang, mesti dah kahwin kan. Kesian isteri dia dapat suami yang garang macam dia. Eh yang aku sibuk fikir tentang dia baik aku fikir masalah aku yang tak tahu penghujungnnya. Mengimbau kenangan dulu aku teringat Kak Chik. Lama aku tidak bersua dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience