17

Romance Completed 6892

Sudah hampir 2 bulan aku bertunang, bermakna hanya tinggal lagi sebulan aku bakal menjadi isteri orang. Dalam tempoh itu juga tidak pernah sekalipun aku bersua muka dengan tunangku, hanya sekadar mengetahui namanya sahaja dan pernah juga aku keluar membeli barang persiapan bersama ibunya. Setahu aku dia sedang berada di luar negara atas urusan kerja. Aku juga tidak terlalu beriya-iaya ingin mengetahui bakal suamiku, tunggulah sehingga hari diijab kabulkan nanti. Mujurlah pihak lelaki tidak banyak ragam apabila aku meletakkan syarat agar tiada majlis persandingan diadakan, dan sekadar majlis kesyukuran dan menjemput saudara mara dan sahabat terdekat sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience