18

Romance Completed 6892

“Aku terima nikahnya Zarra Mysha binti Razlan dengan mas kahwin RM 200.00 tunai”

Petang tadi aku Hanya sekali lafaz aku selamat dijabkabulkan dengan Idham Ismail atau “senior garang”. Alhamdulillah.

“Apa yang sayang termenungkan tu?”

Aku sedikit kekok apabila tubuhnya mula menghampiriku.

“Teringat zaman kampus dulu, macam mimpi pulak rasanya, kalau dulu awaklah orang yang paling saya benci tapi hari ni dah jadi suami saya pulak”

“Sayang nak tahu kenapa? Sebab sayanglah jodoh abang. Jatuh cinta tu perkara biasa, dan semestinya orang yang kita jatuh cinta tu sangat istimewa dalam hati kita. Tapi saying kena ingat kita berkahwin dengan jodoh kita bukan orang yang kita cinta. Boleh jadi orang yang paling kita benci ialah jodoh kita. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.”

“Awak tak kisah ke awak kahwin dengan bekas tunang orang”

“Abang tak kisah, tak ada beza sayang bekas tunang orang tau tak, sebab sekarang sayang dah seratus peratus milik abang, tapi kalau boleh gelaran “awak” tu tukarlah jadi abang.”

“Tapi kenapa awak,, eh silap abang pilih saya, sedangkan ramai lagi wanita yang lebih baik kat luar sana”

Aku semakin selesa berbicara dengannya. Bersaksikan gemerlapan bintang dan bulan menjadi saksi bait-bait percintaan kasih sayang antara kami mula berputik.

“Sebab sayang jodoh abang. Nak tahu cerita tak, sayang masih ingat lagi waktu zaman sekolah menengah dulu, masa program kecemerlangan akademik peringkat kebangsaan, masa tu lah abang jumpa sayang, entah first time abang terserempak dengan sayang, abang teringat satu doa yang abang bacakan malam sebelum abang nak hadir ke program tu sebab abang rasa berat nak hadir ke program memandangkan time tu tengah final exam dan abang yakin pasti ada hikmah kenapa abang dipilih untuk pergi ke program tersebut. Itulah first time abang jumpa sayang. “

“Lamanya, bukan dah hampir 10 tahun berlalu, abang masih ingat jugak, hebat jugak panahan cinta abang ni”

“ Dan mungkin jodoh kita masih panjang, abang jumpa sayang dekat kampus, tapi waktu kat kampus sayang garang sangat, abang tak berani nak tegur, Kak Chik je yang jadi orang tengah abang”

“ Rupanya Kak Chik tahu lah apa yang berlaku ni”

“Dan lagi-lagi bila sayang tolak pinangan abang waktu kat kampus dulu, waktu tu Kak Chik jadi orang tengah abang, dan abang dapat tahu sebenarnya sayang dah bertunang. Allah sahaja yang tahu perasaan abang time tu, dan mujurlah abang dapat tawaran sambung belajar kat luar negara. Demi nak mengubat hati ni abang pun pergilah.”

“Lepas tu apa jadi?”

Aku semakin kusyuk mendengar dia bercerita, andai dia tahu aku pernah menyimpan perasaan padanya pasti dia terkejut. Namun waktu itu aku masih bergelar tunangan orang dan menyebabkan aku tahu batas-batas yang perlu dijaga.

“Sayang ingat lagi time dekat perhentian teksi malam tu, lepas iftar, abang sengaja ikut sayang balik sebab abang tengok sayang balik seorang diri, mujurlah adik abang time tu faham dan teman abang balik sekali. Dan selepas kejadian dekat rumah Kak Chik malam tu, abang baru dapat tahu sayang dah putus tunang. Abang bahagia sangat sebab abang masih ada harapan nak memiliki sayang. Sepanjang pertunangan kita abang sengaja sembunyikan diri di luar negara sebab abang takut sayang berubah fikiran tolak abang semula. Abang tak sanggup nak kecewa untuk kali kedua.”

“Abang dah tak perlu risau, cuba tengok bintang yang dekat langit tu, bintang yang paling terang tu adalah saya, dan abang pilih abang nak bintang yang mana?”

“Abang mestilah pilih bintang yang paling terang lagi satu tu”

“Abang tak perlu pun jadi bintang yang paling terang tapi jauh dari saya, cukuplah jadi bintang yang sentiasa berada disisi saya, yang sentiasa mendampingi dan membimbing saya. Dah lewat ni, esok kali pertama kita “dating” berjemaah dengan Allah, nanti kalau tak terbangun rugilah”

“Sebelum tu abang ada satu benda nak bagi kat sayang, ambil tasbih ni, sayang simpan betul-betu tau tasbih ni”

Aku sedikit pelik dengan pemberianya.

“Tapi kenapa tasbih ni?”

“Tasbih ni abang nak sayang simbolikkan dengan cinta abang pada sayang. Selagi untaian tasbih ni utuh dalam kalungannya, macam tulah cinta abang pada sayang. Dalam butiran tasbih ni,begitulah berseminya cinta abang pada sayang selari dengan setiap zikir cinta abang lafazkan dalam mengingatinya”

Ubun-ubunku dikucup bahagia beserta bisikan doa kedengaran halus di cuping telingaku. Tanpa kusedari butir-butir mutiara menitis bahagia. Kepada Dia aku panjatkan kesyukuran, semoga cinta yang bersemi akan kekal utuh seperti untaian tasbih.

Ya Allah, apa lagi yang aku mahu dari kau? Untuk saat ini aku sudah bersyukur dengan rahmatmu ini. Benarlah perancanganMU adalah yang terbaik, seperti janjimu di setiap kesukaran pasti ada kesenangan. Betapa beruntungnya aku.

Andai saja dia tidak datang dalam hidupku, mungkin kini aku masih sendiri, mengutip sisa hati yang terluka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience