11

Romance Completed 6892

DR_IR : Assalamua’laikum Zarra, busy ke sekarang, kalau tak tolong reply mesej ni. Kita harus berbincang.

ZARRA: Waa’laikumusalam, ada perkara penting ke?

DR_IR: Saya tak tahu nak mulakan dari mana. Awak sendiri tahu, hubungan kita dah semakin menjauh. Saya akui salah saya jugak sebab terlalu lama menyepi. Cuma apa yang saya inginkan katakan ni harap awak dapat terima dengan hati terbuka. Apa sebenarnya yang awak harapkan dengan pertunangan kita ni?

ZARRA: Mengharapkan pengakhirannya baik-baik sentiasa.

DR_IR: Hidup ni sangat indah kan. Ada warna-warni tersendiri. Kadang-kadang apa yang kita inginkan kita akan dapat, adakala Allah sekat sebentar, dan adakalanya kita tak dapat langsung, tapi Dia gantikan yang lebih baik.
Mungkin kita akan rasa perkara ini tak adil tapi itulah hakikat kehidupan. Allah Pencipta kita, dan kita ni hanyalah hamba sahaja, dan siapa kita untuk pertikaikan apa yang berlaku.

ZARRA: Panjangnya dia berceramah, sejak bila tauliah jadi ustaz ni? Cuba straight to the point apa awak cuba sampaikn

DR_IR: Kalau kita putuskan pertunangan ni, boleh? Saya tak nak menyeksa awak untuk menerima saya dalam hidup awak sedangkan hati saya tak mampu nak terima awak. Dan saya yakin awak layak untuk dapat yang lebih baik.
Dunia kelam sebentar. Tidak pernah menyangka pengakhiran kami hanya disini. Tanpa disedari jatuh manik-manik mutiara di kaca matanya. Zarra awak kena kuat! Redha.

DR_IR: Zarra, awak masih ada kat sana kan. Tolong respons.

ZARRA: In shaa Allah, kalau itu yang terbaik untuk kita. Saya terima.

DR_IR : Raya ni saya balik, kita bincang dengan family kita. Awak jangan risau tentang mereka nanti saya akan jelaskan pada mereka. Assalamua’laikum.
Malas untuk mengulas panjang. Aku akui aku tidak pernah menyuarakan penerimaan dirinya dalam hidup aku, tapi itu bukan bermakna aku tidak menerima dirinya. Mungkin dia sudah berjumpa yang lebih baik, kerna itulah permintaan aku kepadanya 4 tahun lepas. Aku redha. Kejamkah aku katakan, setelah dia mencuri hatiku, dan sewenang-wenangnya dia membiarkan aku begini. Mungkin ini ketentuan takdir. Redhakah aku atau hanya mampu untuk pasrah? Benarlah kata orang bila dua jiwa dah mula sebati bukan mudah untuk dileraikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience