12

Romance Completed 6892

Hari-hari berikutnya aku lalui dengan penuh hikmah. Allah lebih tahu apa yang Dia rencanakan. Perancangan manusia itu indah namun ketentuan Allah lebih hebat. Aku lalui hari-hari dengan dorongan semangat oleh Rina dan Kak Chik. Hanya mereka tempat aku meluahkan perasaan buat tika ini. Aku masih merahsiakan daripada Mama dan ayah kerana aku perlukan kekuatan itu berhadapan dengan mereka. Aku gusar andai mereka menyesal kerana memaksa aku untuk mengikat tali pertunangan tersebut.

Malam ini, aku dan Rina membantu Kak Chik menguruskan program iftar bersama anak-anak yatim. Aku kagum dengan kecekalan dan kesungguhan Kak Chik, walaupun sudah berumah tangga tapi beliau masih meluangkan waktu bersama masyarakat kerana merekalah mad’u para dai’e. Aku menawarkan diri untuk meyediakan pencuci mulut untuk hidangan moreh. Bilangan tetamu tidaklah mencecah 50 orang dan untuk menyediakaannya langsung tidak membebankan aku.

“Kak Chik, sedaplah triffle, ni siapa yang buat”

Suara yang cukup dikenali. Mana mungkin ‘senior garang’ berada disini. Kenapalah semenjak akhir-akhir ni aku asyik bertemu dengan dia.

“Siapa lagi kalau bukan Zarra, kalau bab-bab memasak, memang expert. Beruntung suami dia”

Kak Chik sengaja mencucuk aku. Aku menahan malu seorang diri. Entah setiap kali berjumpa dengan ‘senior garang’ mulut aku ibarat menyimpan sekati emas. Terlalu berat untuk bercakap, tapi bukankah aku yang paling berani menbidas kata-kata ‘senior garang’ ini suatu ketika dulu. Kalau boleh aku ingin cepat-cepat pulang, tapi tidak sampai hati untuk membiarkan Kak Chik macam tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience