9

Romance Completed 6892

Selesai iftar, kami semua mengerjakan solat maghrib di masjid berdekatan. Sementara menunggu isya’ sempat aku dan Rina berusrah sebentar bersama Kak Chik. Aku rindukan suasana sebegini. Mengikut tentatif program usai solat isya’ dan Solat Tarawikh, moreh akan disediakan. Namun selesai Tarawikh aku tidak bersama mereka untuk meneruskan moreh memandangkan masih banyak tugasan yang harus dihantar esok hari. Alhamdulillah bahagia yang teramat bila bersua dengan mereka.

Aku terus bergegas ke perhentian teksi memandangkan keadaan agak sunyi. Terasa menyesal pula menolak pelawaan Rina untuk menghantar balik ke rumah kerana malam ini Rina terpaksa bermalam di kolej atas tugasan amalinya dan aku tidak mahu menyusahkan dia. Keadaan sekeliling agak sunyi. Hampir 30 minit menunggu satu teksi pun gagal untuk aku dapatkan. Hanya doa mampu dititipkan agar aku selamat pulang ke rumah.

“ Hai cik adik manis, tunggu siapa? Tak takut ke duduk seorang”

Ya Allah, lindungilah aku dari segala jenis bencana. Ayatul Kursi sentiasa basah dibibir. Aku sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan. Menjerit mungkin bukan cara terbaik, berdiam diri itu jalan penyelesaian selagi manusia yang entah dari mana ni tidak mengapa-apakan aku.

“Tak nak abang teman ke?” . Lelaki itu semakin menghampiri. Belum sempat dia meraba tangan aku.

“ Hei, siapa suruh kau sentuh-sentuh isteri aku!” laungan seorang lelaki keluar bergegas dari kereta dan menghampiri kami.

Ketakutan yang terlampau menyebabkan aku tidak perasan bila pemilik suara itu sampai. Pemilik suara yang cukup aku kenali. Memang tidak syak lagi, ‘senior garang’. Aku sendiri kaget, trauma dengan kejadian sebentar tadi ditambah dengan kehadiran ‘senior garang’ ini dan sesedap mulut pulak panggil aku isteri dia.

“ Sorry bro, gua minta maaf sama lu, gua kalau tahu, adik manis isteri lu, gua tak berani kacau. Lain kali kalau gaduh dengan isteri jangan tinggal dia seorang diri kat sini. Lu jaga isteri lu baik-baik, kalau tak mau boleh pass sama gua”

Ibarat meyimbah petrol atas api, belum reda kemarahan aku terhadap senior garang ni, budak tak cukup umur ini pulak nak memanaskan api. Aku hanya mendiamkan diri, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Budak tak cukup umur itu meninggalkan kami.

“ Enti tak apa-apa. Lain kali jangan balik seorang diri, bahaya. Ana hantarkan enti balik”

Aku terkejut mana mungkin aku berdua-dua dengan lelaki bukan mahram waima aku kenal sekalipun, itu bukan prinsip hidup aku. Belum sempat aku memprotes dia lebih dulu membuka mulut.

“ Ana bukan seorang diri, ada muslimat juga di dalam kereta. Jangan risau ana tak makan orang”

Aku memandang kearah keretanya untuk mendapat kepastian. Memang benar seorang muslimat menguntum senyuman kearah ku apabila aku memandangnya. Mungkin isteri dia. Tanpa sebarang bantahan aku mengikut sahaja. Didalam kereta aku hanya dia seribu bahasa. Sepatah ditanya sepatah juga aku menjawab. Sampai sahaja dirumah aku pantas menutup pintu dan bergegas masuk kedalam. Kejadian tadi masih bermain-main di fikiran. Aku juga mendapat panggilan daripada Kak Chik dan Rina, entah bagaimana mereka boleh tahu, setahu aku hanya ‘senior garang’ ni sahaja yang tahu, mana mungkin dia khabarkan pada mereka. Selesai membaca Al Mulk, aku terus melelapkan mata. Terlalu penat untuk memikirkan apa yang berlaku hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience