5

Romance Completed 6892

Perbincangan itu berakhir setelah dia menceritakan perihal seoarang perempuan yang dimaksudkan pada awal perbincangan kami. Jujur aku kecewa, kecewa kerana dia tidak pernah berusaha menjaga dirinya seperti mana aku berusaha menjaga hati daripada usikan mana-mana kaum Adam di kampus. Usia pertunangan aku sudah mencapai 4 tahun. Lagi setahun aku akan menghabiskan master dan dia bakal menamatkan pelajarannya di luar negara, dan kami juga akan menamatkan zaman pertunangan ini dengan ijab kabul yang sah namun bukan perpisahan yanag aku pinta. Aku redha andai perpisahan itu yang terbaik buat kami. Kepercayaan yang pernah aku sandarkan pada Irsyad semakin hari semakin luntur. Mungkin status dirinya sebagai pelajar perubatan memikat ramai wanita di kampusnya. Dan kini aku mengambil keputusan untuk terus berdiam diri, mungkin perhubungan itu bakal berakhir atau bertemu penyelesaian yang lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience