8

Romance Completed 6892

Allahuakbar ramainya orang. Selesai kuliah aku terus kesini. Tasik Putrajaya dipenuhi ramai orang. Sangkaanku iftar ni hanya untuk golongan muslimat sahaja rupanya muslimin juga dijemput. Mungkin suami-suami mereka. Dalam kesesakan itu, mata melilau mencari Rina yang katanya dia sudah lama sampai. Tapi kelibat susuk tubuhnya pun tidak kelihatan.

“Assalamua’laikum, adik ni Zarra kan?” aku disapa seseorang dari belakang.
“K ak Chik!, Zarra rindu akak, mana akak menghilang, akak merajuk dengan Zarra ke?” dalam linangan airmata kami berpelukan, terasa betapa manisnya ukhuwah yang bersemi berlandaskan akidah. Dalam dakapan itu aku terasa ketenangan yang aku pernah rasai dulu. Tidak mempedulikan manusia sekeliling, airmata ku tidak mempu berhenti. Terlepas kerinduan, aku menangis bahagia.

“Adik, sudah-sudah lah tu, tak nak nangis-nangis dah, hilang keayuan adik nanti”, sambil tangannya mengelap air mataku.

“Kita masuk dalam dulu. Waktu berbuka pun dah nak masuk.”

Kami beriringan masuk ke kafe yang telah ditempah khas untuk majlis tersebut. Aku sendiri tidak pasti siapakah penganjurnya. Mungkin dalam kalangan senior-senior yang aku tidak kenali. Kelihatan Rina melambai-lambai kearah kami. Belum sempat aku mengambil tempat duduk, laungan azan berkumandang menandakan Maghrib telah masuk. Seorang muslimin mengetuai bacaaan doa. Mendayu merdu pemilik suara tersebut mengingatkan aku pada “senior garang”.

Astargfirullah, kenapalah wajah dia yang muncul waktu macam ni tapai akau tidak berani untuk mengangkat kepala melihat sang pemilik suara tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience