10

Romance Completed 6892

Ramadhan sudah menghampiri separuh bulan, namun masih banyak tugasan yang harus diselesaikan. Aku dikejutkan dengan kiriman E-mel daripada Irsyad. Semenjak peristiwa 2 minggu lepas dia langsung tidak menghubungi aku. Masih marahkah dia pada aku, aku sendiri kurang pasti. Seharusnya aku yang patut marah pada dirinya. Masalah lalu masih belum bertemu noktahnya lagi. Aku sendiri kuarang pasti siapa yang bersalah, mungkin kerna tempoh pertunangan yang terlalu lama, dan terlalu banyak yang harus kami lalui.
Moscow , Russia.

“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikaliti yang perlu kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikaliti itu ada hubungan yang amat rapat dengan isu yang Rayyan timbulkan. Ianya banyak bergantung kepada sejauh mana Rayyan beriltizam dengan dakwah dan tarbiah yang disertai. Bila Rayyan beriltizam dengan amal dakwah dan tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.Dengan kata lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja, berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek praktikaliti itu hadir. Aspek praktikaliti yang abang Fiq maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan tarbiah yang sama, perancangan keluarga in shaa Allah akan jadi kurang kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing. Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga. Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk kelangsungan dakwah. Kalau suami keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk berusrah dan berdakwah di medannya.”

“Salahkah kalau ana kahwin dengan wanita yang tak melalui medan dakwah dan tarbiyah ni” Rayyan cuba mencari kepastian. Wajah Zarra berlega-legar difikirannya. Setahu dia Zarra bukanlah dalam kalangan orang yang mengikuti medan dakwah ini. Lama dia tidak menghubungi tunangnya itu. Tanggunjawab dia dalam medan dakwah menghadkan waktu untuk dia mengetahui tentang Zarra yang jauh di mata.

“ Abang tak cakap salah, kalau Rayyan ingin menjadikan mereka yang tidak melalui medan dakwah ini sebagai isteri, tapi Rayyan kena faham mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam menyumbang kepada dakwah.”

“Bro, ana nampak enta dah lain lah sekarang. Enta ada masalah ke, tak nak share dengan ana.”

Ziyad, sahabat seperjuangan Rayyan di bumi Moscow, bersama mereka mengejar impian dan cita-cita, bergerak bersatu untuk meningkatkan syiar Islam. Ingin melihat Islam itu tertegak di bumi Moscow.

“Entahlah, ana pun dah bingung sekarang. Ana tak tahu nak buat apa dah sekarang?”

“Kenapa? Ni mesti tentang tunang enta kan. Dia buat masalah lagi ke?”

“Memang tentang dia, tapi dia tak adalah buat masalah lagi. Cuma ana sekarang tak faham dengan hubungan pertunangan kami. Ana rasa kami ni dah tak serasi. Lagi-lagi lepas dengar tazkirah Abang Fiq hari tu, perasaan ana pada dia semakin pudar”

“ Perkahwinan ni, enta kena faham. Sekali kita melafazkan akad nikah tu, bermakna, dia akan menjadi tanggungjawab enta. Cuma ana boleh bagi nasihat, seperti Abang Fiq bagitahu perkahwinan yang ‘sekufu’ tu lagi mudah. Enta tak perlu susah untuk bimbing kalau bakal zaujah enta dah ada fahaman agama tu”

“Jadi, enta nak ana buat apa? Putuskan pertunangan kami semata-mata kerna dia tak sekufu dengan ana?”

“Enta fikirlah yang terbaik, istikharah, mohon petunjuk Dia.”

Rayyan tak dapat bayangkan jika benar dia harus putuskan pertunangan dengan Zarra. Zarra wanita pertama yang bertakhta dalam hati dia. Wanita yang sangat dia sayangi selepas uminya. Tapi sangupkah dia melepaskan Zarra hanya kerana sebab mereka tidak sekufu. Zarra mungkin tidak melalui laluan tarbiyyah yang dia lalui kini, tapi bukan bermakna dia harus memutuskan pertunangan ni. Entah apa khabar dia disana. Semenjak kejadian 2 minggu lepas, dia terus tidak menghubugi Zarra.

Mungkin dia masih berkecil hati dengan sikap Zarra yang terlalu memandang remeh tentang hubungan mereka. Layanan Zarra juga sangat berbeza semenjak dia menyambung pelajaran di universiti tempatan, tidak seperti sebelumnya. Terlalu sukar ingin melihat dia bergurau ketika kami berbalas emel dan kesibukan menjadi alasannya. Semenjak itu hubungan mereka menjadi renggang dan menyebabkan Rayyan tidak ambil tahu tentang perkembangan Zarra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience