16

Romance Completed 6892

Majlis dah lama mula, aku dan Rina antara tetamu yang paling lewat, mujurlah dah kenal lama dengan Kak Chik, kalau tak memang malu lah kami nak masuk. Aku terus memasuki ke ruang tamu rumah Kak Chik sementara Rina mencari Kak Chik dalam keramaian orang di halaman rumah itu. Malu untuk berada dalam komuniti ramai orang seperti itu. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka tidak aku kenali. Biarlah Rina mencari Kak Chik seorang diri, Rina memang agak ramah orangnya, sangat kontra dengan diriku.

Memasuki sahaja ruangan tamu rumah tersebut, aku mendengar rengekan bayi. Mungkin anak Kak Chik. Tanganku menepuk-nepuk paha si kecil agar untuk meredakan tangisan itu, mungkin tidurnya terganggu. Alahai comelnya si kecilnya, pipinya gebu. Memang saling tak tumpah persis wajah Kak Chik.

“Assalamua’laikum”

Allahuakabar. Kalau aku ada heart attack, memang dah pengsan lah jawabnya. Siapalah pula gerangan si pemberi salam ni. Kalau ya pun, janganlah bagi salam time aku tengah asyik dengan si kecil ni. Aku menoleh seraya menjawab salam. Terkejut bukan kepalang, apa lagi ‘senior garang’ ni buat kat sini. Setiap kali jumpa Kak Chik, dia ni mesti ada. Dia ni siapa sebenarnya pada Kak Chik.

“Maaf ana buat enti terkejut”

Aku hanya berdiam diri, entah respon apa yang harus aku berikan.

“Enti pergilah makan, ana boleh jagakan Syukran”

“Oh, tak apalah ana tak lapar lagi, ana boleh tolong jagakan”

Aku masih asyik membelai pipi gebu si kecil, ‘senior garang’ juga masih tidak berlalu pergi. Entah apa yang dia tunggukan, dia ni tak takut kena tangkap ke. Memanglah keadaan kami tidak mencurigakan tapi syaitan tu licik, fitnah tu tak mengenal siapa. Walaupun aku kepingin nak kahwin aku tak sanggup kahwin kerana ditangkap basah macam ni. Nauzubillah.

Dalam kecanggungan kami yang tidak bersuara, si kecil merengek. ‘senior garang’ mengangkat Syukran dari pembaringannya dan terus menyuakan susu botol ke mulut si keci itu. Hebat jugak dia ni dalam uruskan budak kecil, jarang jumpa lelaki seperti dia ni. Namun rengekan tidak berhenti malah menjadi semakin kuat.Dalam keadaan kekok, aku menghulurkan tangan memberi isyarat untuk aku cuba memujuk. Tidak sampai seminit, dalam dakapanku, si kecil itu terus berhenti menangis. Subhanallah, nikmatnya kalau ada anak sendiri.

“Enti bila lagi nak kahwin?”

Dia ni tak ada modal lain ke nak tanya. Kalau ya pun tak perlulah tanya tentang kahwin. Aku hanya membisu seribu bahasa. Kenangan bersama Irsyad tiba-tiba menerjah fikiran. Ya Allah dugaan apa lagi Engkau berikan. Aku cuba menahan air mata daripada tertumpah namun tidak berjaya.

“Maafkan ana, kalau ana tersalah bicara”

Dia kelihatan sedikit kalut, mungkin melihat aku tiba-tiba sebak, andai engkau tahu apa aku rasakan sekarang engkau akan faham. Tapi siapa engkau untuk mengetahui tentang diri ini.

“Zarra, Idham, apa kamu buat kat sini. Idham kenapa tak ajak Zarra pergi makan?”Kak Chik tiba-tiba datang. Aku lekas menyeka air mata agar tidak diketahui oleh mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience