BAB 12

Romance Completed 306

“Abah dan umi dah berbincang. Kami setuju. Tetapi sepatutnya Ian tanya
Violetta sendiri,” ujar Encik Ismail tersenyum.

“Violetta ?” ucap Ian sepatah. Lama dia merenung wajah putih bersih Violetta
yang kian merah.

“Kakak menangis.” Sampuk Aiden agak terkejut.

“Eh, nak pergi mana?” Terkejut pula Ian .

“Naik bilik. Aku nak tengok cerita aku.”

“Soalan Ian tadi?” soal Encik Ismail bagi pihak Ian yang nampak tidak
keruan apabila Violetta langsung tidak memberi jawapan dengan soalannya tadi.

“Kakak tak bersetuju.” Putus Aiden pula yang nampak begitu kecewa.

“Kakak tak cakap tak setuju. Cuma kakak geli bila Ian Kun panggil
‘Violetta ’ tadi,” Jawapannya sebelum berlari menaiki tangga.

Ian terpinga. Aiden pula yang menjerit. Seisi rumah sudah tergelak.
Bersyukur. Segala-galanya berjalan seperti yang dirancang. Ian pula
masih nampak blur dengan kata-kata Violetta .

“Maksudnya apa tu pa?”

Meletus tawa Encik Corrie sekali lagi. Belajar sudah sampai ke Rusia,
tetapi sukar memahami maksud kata-kata Violetta .

“Jadi bila ni?” Cepat pula Encik Ismail menyoal.

Encik Corrie pandang anak sulungnya.

“Dora Chan setuju pa?”

“Astagfirullahalazim budak ni….”

“Abang ni! Orang dah sampai ke bulan. Abang duduk lagi termenung kat
sini,” sampuk Aiden pula.

Bersinar mata Ian . Dia tersenyum.

“Dora Chan! Kau janji nak teman tengok cerita Doraemon sampai bila-bila
kan dengan aku,” ujar Ian sebelum ketawa panjang. Lega hatinya. Syukur
kepada ALLAH. Dia tidak sedar sejak bila dia menaruh hati pada Violetta .
Tetapi kata-kata Violetta mahu mencari lelaki yang bertahan paling lama
dengannya dan akan memetik ‘buah epal’ yang paling tinggi kedudukannya
pada pokok epal, membuka matanya. Dia tidak mencari kesempurnaan,
cukuplah dirinya terasa sempurna apabila bersama dengannya. Rashidah
adalah masa silamnya. Dia tidak menyesal bila mengikut sahaja kata-kata
Rashidah dulu kerana dia percaya setiap yang berlaku ke atas dirinya
adalah dalam aturan ALLAH. Everything happens for a reason.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience