BAB 7

Romance Completed 306

IAN menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening kepalanya menghadap
bertimbun-timbun buku yang baru dipinjam dari perpustakaan sebentar
tadi. Sudah lama rasanya dia tidak berbual dengan Violetta . Masing-masing
sibuk. Dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran dan
kini berada di Rusia. Sejuk sangat tempat ini sehinggakan dia sendiri
memikirkan sepuluh kali setiap kali melangkah keluar dari bilik. Violetta
pula tercampak di Jepun. Violetta menyambung dalam bidang kejuruteraan
kimia. Dia tidak dapat menjadi juruterbang seperti cita-citanya sejak
kecil kerana dihalang oleh abah. Abah tak mahu hidupnya tidak melekat di
rumah, tambahan pula dia perempuan.

“Eh!” Lebar senyuman Ian bila melihat nama yang online di Skype.

Ian Inchiro: Assalamualaikum.
Violetta nut : Waalaikummussalam, Dr. Ian . :D
Ian Inchiro : Doktor lah sangat. Lagi tiga tahun nak abis ni… aku rasa
ak boleh gile!
Violetta nut : Hahahaha :D
Ian Inchiro : Kau sihat?
Violetta nut : Alhamdulillah.
FarisInchiro : Lama kau tak online. Call aku pun jarang.
Violetta nut : Jimat. Lagipun aku tak mahu kacau kau yg sdg bhgia.
Ian Inchiro : Mcm aku sorang bhgia. Kau tu?
Violetta nut : …..
Ian garu kepala pula. Dia dapat menghidu sesuatu. Hampir sebulan dia
tidak menghubungi Violetta . Dia memang sibuk. Tapi selalunya Violetta akan
menghubunginya.

Ian Inchiro : Kau ok?
Violetta nut : Ok.
Ian Inchiro : Kau jangan main teka teki dgn aku. Bestfriend yg tiba-
tiba berahsia ni. Aku rasa nk terjun Eifel Tower.
Violetta nut : Hahahaha. Kau kat RUSIA. Bukan PARIS.
Ian Inchiro : Aku sanggup pergi Paris. Kau knp?
Violetta nut : Aku dah putus dgn dia.
Ian Inchiro : WHAT?
Violetta nut : Aku dan dia dah tak ada apa- apa.
Ian Inchiro : Knp? Bukan kali terakhir aku contact kau. Kau bahagia sangat.
Violetta nut : Dia ada perempuan lain. Aku mintak putus.
Ian Inchiro : Mcm tu je? Kau dan dia dah setahun kan?
Violetta nut : Yup.
Ian Inchiro : Bila tu?
Violetta nut : Tak lama lepas kau contact aku.
Ian Inchiro : Mana janji kau? Kau tak akan berahsia dgn aku?
Violetta nut : Sori. I need time. Alone.
Ian mengeluh pula. Lelaki tak guna! Kalaulah aku kenal kau… Faris tarik
nafas.

Ian Inchiro : Sekarang kau macam mana?
Violetta nut : Mungkin dah ok. Aku rasa… aku masih syg pd dia. Tapi aku dah
tak sanggup.
Ian Inchiro : Aku faham.
Violetta nut : Nasib baik aku tak buat keputusan nak terjun Eifel Tower. :P
FarisInchiro : Hahaha. Aku tahu kau gayat.
Violetta nut : :D
Ian Inchiro : Jadi kau mcm mana skrg?
Violetta nut : Aku fikir positif. Aku dan dia tak ada jodoh. Lagipun aku ada
dua tahun lagi nak habis. Aku tak mahu bazirkan air mata aku menangis
utk dia. Nanti Jepun yang kecil ni boleh banjir.
Ian Inchiro : Wei, kau jangan kutuk tempat aku lahir!
Violetta nut : Ops! Sori. Hahaha :)
Ian Inchiro : Be strong ye NourVioletta Mohd Ismail Taqif. Kau kuat!
Violetta nut : Yup! Aku sangat kuat. Kalau Tsunami datang. Aku tak akan
mudah mati lemas.
Ian Inchiro : Hahaha. Kau jangan cakap besar.
Violetta nut : Kidding.
Ian Inchiro : Kalau bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor.
Violetta nut : Betul!
Ian Inchiro : Risau aku.
Violetta nut : Jgn risau. Kau dan awek kau okey kan?
Ian Inchiro : Yup. Macam biasa. :D
Violetta nut : Baguslah. Aku doakan korang bhgia. Kau jgn gatal- gatal cari
perempuan lain. Aku tak akan maafkan kau klau kau curang. Putus sahabat!
Ian Inchiro : Hahaha…. Kau jgn risau. Dalam hidup aku.. selain dia, kau
perempuan lain yang ada tu :p
Violetta nut : Wei..! Aku tak mahu jadi org ketiga.
Ian Inchiro : Tak mungkin. Hahaha…
Violetta nut : Aku doakan korang cepat- cepat kahwin. Korang memang sama-
sama padan. Sama- sama sepet. Nanti dapat anak aku doakan mata bulat
macam aku. Hahahha…
Ian Inchiro : Kau!!
Violetta nut : Hehe. Aku out dulu. Nak tidur.
Ian Inchiro : Okay. Nanti lepas aku top up. Aku call kau. Kau cerita
sampai habis.
Violetta nut : Okey. Nite Dr. Ian :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience