BAB 8

Romance Completed 306

VIOLETTA menyeka air matanya lagi. Dia tidak mengantuk sebenarnya. Tetapi
dia sudah tidak sanggup untuk terus berhubung dengan Ian . Ian adalah
sahabat yang terbaik. Walaupun bukan dapat bagi bahu untuk dia menangis,
tetapi sepanjang mereka berkenalan, memang Ian adalah teman yang
sentiasa ada pada waktu dia gembira mahupun sedih. Dia tidak mahu
membebankan Ian dengan masalahnya. Ian sendiri sudah terlalu sibuk
dengan pengajiannya. Berat rasanya dugaan yang datang padanya. Dia cuba
untuk menjadi epal yang sukar untuk dipetik. Hampir setahun dia dan
Yusran berkenalan. Selama itu jugalah Yusran cuba memikatnya. Akhirnya
dia bersetuju. Setahun pula mereka bercinta, tetapi dia dikejutkan
dengan telefon dari seorang gadis misteri yang memperkenalkan dirinya
sebagai kekasih Yusran di Malaysia! Dugaan datang bertimpa… mulai hari
ini, dia bertekad. Dia akan menjadi epal yang bukan sahaja sukar malah
amat sukar dipetik dari tangkainya.

“NourVioletta Mohd Ismail Taqif…. kau mesti kuat!” Dia bersuara tekad.
Laptop yang masih dipasang dipandang lama sebelum dahinya berkerut bila
melihat email dari Ian .

From: Ian .I
To: NurVioletta @gmail.com
Subjek: _Sekadar perkongsian._

Dora Chan, aku tahu kau tak tidur lagi. Kau kesat air mata kau. Aku tak
suka kau menangis. Aku benci tengok kau menangis. Tolong jangan
menangis. Tolong jangan bersedih….

Kau baca sampai habis. Aku copy and paste dari internet.

Renungan untuk kau dan aku juga. Aku sayang kau. Kau memang sahabat
terbaik yang aku ada selama ni.

Kenapa kita dipertemukan dengan orang yang salah.

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh
insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,
itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan
datang.

1. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita
pada ketentuannya.
2. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan
pertolongan Allah.
4. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.
5. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang kerana
mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk
mengalaminya.
7. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita jadi manusia yang hebat jiwanya.
8. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik, hanya ada bersama Allah.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya
kita lebih mengenali kehidupan yang tidak kekal selamanya.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok
pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Capailah
keredaan Allah dengan melaksanakan suruhannya, dan meninggalkan
larangannya.. Percayalah sesungguhnya Allah malu untuk menolak
permintaan hambanya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
hanya kepada-Nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience