BAB 9

Romance Completed 306

AIDEN ILHAMY KAZAWA tersengih. Violetta ketawa melihat mulut Ian yang
comot. Pantas sahaja dia menghulurkan tisu. Ruang KFC terasa sempit
dengan orang ramai. Kebetulan hari ini hujung minggu, memang ramai orang
yang akan datang berkunjung. Semuanya sebab Aiden yang mendesak Ian
membelanja dia makan KFC. Kebetulan Ian off dan Violetta juga memang cuti.
Hanya doktor sahaja yang akan bekerja di hujung minggu.

“Cuba tengok baby tu comel!” Tunjuk Violetta segera tetapi akan
berselindung supaya tidak dilihat oleh bapa kanak-kanak tersebut yang
mungkin berusia setahun lebih. Kanak-kanak perempuan yang bermata sepet
dengan tudung litup saiz kanak-kanak. Pipi tembam kanak-kanak itu
seperti tersembul keluar dari tudung kecilnya.

“Comel.” Sepatah sahaja Aiden mengulas sebelum menyambung kunyahannya.

“Macam aku kan comel?” Cepat sahaja Ian menyambung.

“Wek!”

Ian ketawa.

“Aku tak perasan, tapi aku tahu… kau geram tengok muka dia tembam. Mata
dia sepet kan, macam aku?”

“Tak!” Geleng Violetta , laju.

“Jangan nak nafikanlah,” terus Ian ketawa. Perasaan sungguh. Bila Ian
ketawa, matanya sukar kelihatan. Sepet sungguh mata Ian , sama seperti
Aiden.

“Aku rasa nak terjun KLCC dengar kau kata,” nafi Violetta lagi.

“Aku tahu. Aku comel,” balas Ian segera. Dia menggaru-garu hidungnya
yang mancung dan menyeka rambut lurusnya dari menutupi dahi.

Violetta geleng kepala. Ian bukannya comel, tetapi kacak!

“Sudahlah abang, kakak. Macam budak-budak. Abang ni perasan sungguh!
Kalau abang tu comel, Aiden dua kali ganda lebih kacak dari abang,”
sampuk Aiden dengan sengihan.

“Dia lagi perasan!” Violetta tarik hidung mancung Aiden.

“Ish!” Pantas Ian menampar tangan Violetta .

“Dah kenapa kau ni? Sakitlah!” Violetta menyapu tangannya yang terasa panas
dek tamparan Ian tadi.

“Entah abang ni… kasar sangat,” bela Ian . Dia turut tolong menyapu
tangan Violetta yang sudah memerah.

“Kau tu dah 17, bukannya budak kecil. Kau dan Dora Chan ni tetap bukan
mahram.” Ian menampar tangan Aiden pula.

“Lah, aku fahamlah. Tapi Ian Kun… aku juga yang pernah tukar pampers
dia kecil-kecil dulu. Dia ni dah macam adik aku dah.” Violetta geram dengan
sikap luar biasa Ian itu. Jarang lelaki yang dikenalinya sejak berusia
empat tahun itu berkasar dengannya.

“Kak, janganlah cakap kuat-kuat pampers tu. Malu Aiden!” Merah pCorrie
wajah Aiden.

Violetta ketawa.

“Kakak ni juga yang selalu kena mandikan kau,” tambah Violetta .

“Kak!” Bulat mata Aiden.

Pecah tawa Violetta . Suka betul apabila dapat menyakat Aiden kerana selama
ini, dia yang selalu disakat Ian .

“Dora. Kalau kau kahwin. Anak kau mesti besar tu dah. Kau tu dah tua.
Cepat-cepatlah kahwin,” ucap Ian dengan wajah serius. Entah kenapa, dia
tidak merasakan gurauan Violetta itu kelakar.

“Kalau aku tua. Kau pun tua. Aku dah 29. Kau pun sama. By the way… kau
lagi tua dari aku. Aku lahir bulan 11. Kau lahir bulan 1. Beza nak dekat
10 bulan. Kiranya setahun juga.” Panjang lebar Violetta berkata.

Ian geleng kepala.

“Aku lelaki. Kalau 29 tahun… masih lagi hot. Kau tak, sepatutnya kau dah
ada dua orang anak.” Sengaja Ian mahu menyakat Violetta .

Violetta tarik muncung. Ian dan Aiden bergabung tawa melihat Violetta . Nama
sahaja jurutera. Nampak tegas bila di pejabat, tetapi mengalahkan
budak-budak bila mereka bersama.

“Aku tahu… kau mesti susah nak tengok betul-betul kan Ian Kun?”

“Apa susah? Kalau aku rabun… aku tak boleh jadi doktor tau.”

“Aku tahu… tapi mata kau kecil. Nasib baik mata aku besar, boleh aku
tolong tengokkan bahagian mana yang kau susah nak tengok sebab mata
kecil. Sebab tu aku ni penting dalam hidup kau,” balas Violetta masih tidak
mahu beralah.

“Betul ke kau nak tolong aku tengokkan bahagian yang aku tak boleh
tengok tu?” soal Ian nampak serius. Dia sedar matanya sangat sepet
sehinggakan bila dia ketawa, langsung tidak kelihatan matanya. Berbeza
dengan Violetta yang bermata bulat dan besar. Warna mata Violetta juga coklat.
Suka dia memandangnya.

Violetta angguk kepala.

“Kau bila nak kahwin?” Wajah Ian kembali serius.

“Woi, soalan apa ni Ian Kun?”

Ian dan Aiden tarik sengih. Tidak pernah lagi Ian bertanya soalan
terus terang ini.

“Bila?” soal Ian sekali lagi.

“Kau?” soal Violetta pula.

Ian geleng kepala. Cintanya hanya sampai sekerat jalan. Sehingga kini
dia masih tidak mencari pengganti. Violetta juga begitu. Violetta lebih
mengutamakan kerjanya.

“Aku tanya kau.”

Violetta garu dagu sebelum tersenyum.

“Aku tunggu lelaki yang boleh bertahan paling lama dengan aku dan
sanggup panjat pokok untuk dapatkan ‘buah epal’ yang paling tinggi.
Lelaki tu aku cari,” jawab Violetta tersenyum.

Ian terdiam. Aiden terpinga.

“Kakak… kesian lelaki tu. Malaysia tak ada pokok epal. Kalau cari kat
supermarket tak boleh ke?” soal Aiden.

Violetta tarik sengih sebelum matanya tertancap seorang wanita bertudung
labuh yang menghampiri tempat duduk kanak-kanak perempuan tadi. Pasti
ibunya kerana wajah mereka berdua hampir serupa. Dahi Violetta berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience