BAB 10

Romance Completed 306

“Patutlah budak tu comel sangat… mata pun sepet. Ikut mak dia rupanya.
Aku pun pelik, ayah dia taklah sepet sangat,” ucap Violetta perlahan. Dia
mengarahkan kedua-dua lelaki di hadapannya supaya melihatnya sama.

Aiden mengangguk. Setuju dengan kata-kata Violetta .

“Kau yang orang nampak hantu kenapa?” Pantas Violetta menyoal bila melihat
Ian sudah tidak keruan. Dia menoleh melihat wanita itu yang turut sama
nampak terperanjat.

“Itu Rashidah,” beritahu Ian perlahan.

“Rashidah?” Macam sudah lama nama itu tidak kedengaran. Dia berfikir
sejenak sebelum sekali lagi melihat wanita tersebut. Bekas teman wanita
Ian sewaktu belajar di Rusia dulu! Ian hampir separuh mati mencintai
wanita itu. Tetapi akhirnya mereka terputus bila pada akhir tahun
pengajian, Rashidah dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Bukan Rashidah
tidak mahu menolak pilihan keluarga tetapi takut dikatakan anak derhaka.
Akhirnya Ian ditinggalkan terkapai-kapai. Nasib baiklah ada Violetta yang
sewaktu itu sudah kembali ke Malaysia dan sentiasa menolong Ian bangkit
semula.

“Eh, dia doktor kat mana?” Terus Violetta menyoal. Aiden agak terpinga
kerana tidak memahami kekalutan abangnya.

“Kuantan. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,” beritahu Ian .

“Kau okay tak?” Gusar melihat wajah Ian yang semakin muram.

Ian tarik sengih sebelum mengangguk. Dia sudah jumpa pilihannya yang
lebih sempurna. Dia tahu dari raut wajah Rashidah, wanita itu bahagia
dengan pilihan keluarganya walaupun terpaksa berkahwin tanpa cinta.
Walaupun berat untuk Rashidah menerima, tetapi dia tidak mahu digelar
anak derhaka. Keluarganya sudah banyak berkorban dalam memastikan
kebahagiaannya sehingga dia berpeluang melanjutkan pelajaran ke Rusia
dalam bidang kedoktoran. Ian pula terpaksa menerima. Itulah orang
pernah cakap… dia sendiri pernah berpesan pada diri sendiri supaya
sayang ataupun benci seseorang biarlah berpada-pada takut nanti berlaku
sebaliknya. Dia tidak membenci Rashidah. Jika dia berada di tempat
Rashidah, dia juga mungkin akan membuat keputusan seperti Rashidah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience