BAB 13

Romance Completed 306

“OPAH! Tengok atuk. Adika nak tengok cerita Action Rangers. Atuk nak
tengok Doraemon juga. Adika dah bosan tengok cerita ni,” ujar Adika
geram. Merah pCorrie wajah Adika dengan mata sepet yang diwarisi dari
atuknya, tetapi berwarna coklat kerana diwarisi dari opahnya.

Violetta geleng kepala. Bukan pertama kali cucu-cucunya mengeluh melihat
Ian yang pasti tidak akan beralah untuk menonton Doraemon walaupun
sudah berpuluh-puluh kali diulang tayang. Hampir tiga puluh lima tahun…
kartun Doraemon masih tetap diulang tayang. Dia sendiri kagum. Walaupun
Adika menyukai kartun, tetapi bila selalu melihat kartun yang sama,
bosan juga!

“Adika Kazawa dah dah tak sayang atuk ke?” Perlahan suara Ian bertanya.
Dia sengaja raih simpati dari cucunya.

Aqasha tersenyum sebelum menggeleng kepalanya. Dia sudah biasa dengan
kedegilan papanya. Dia dulu juga seperti anaknya. Adik-beradiknya yang
lain seramai lima orang semuanya sudah biasa. Sebagai anak sulung, dia
mengambil keputusan tinggal bersama papa dan mamanya. Dia tahu kemarahan
anak tunggalnya itu tidak lama. Adika begitu rapat dengan atuknya.

“Mestilah Adika sayang atuk. Adika nak tengok cerita Action Rangers,”
ucap Adika terus duduk di atas riba atuknya.

Violetta tersenyum. Kalau cucu-cucunya yang lain balik, selalunya mereka
semua pasti beralah. Akhirnya cerita Doraemon menjadi salah satu kartun
wajib ditonton.

Ian tersenyum. Dia melepas pandang pada Violetta yang sudah duduk di sisinya.

“Opah janji dengan atuk nak teman atuk tengok cerita Doraemon sampai
bila-bila tau,” beritahu Ian .

Violetta tersenyum sahaja. Siapa sangka lelaki yang bertahan paling lama
dengannya membesar bersama dengannya sejak mereka empat tahun lagi.

“Kesian opah. Adika pun dah bosan hari-hari tengok Doraemon,” balas
Adika tanpa perasaan.

“Sebab atuk berjaya pilih ‘buah epal’ yang paling baik sekali,” balas Violetta .

Ian tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience