BAB 6

Romance Completed 306

“Aku hampir-hampir nak termakan kata-kata dia tu. Tapi aku rasa dia tu…
nak aku sebab aku cantik je,” balas Violetta tersengih.

“Wei Dora Chan! Kau angkat bakul sendiri. Berapa puluh kilo beratnya tu.
Kuat juga kau,” Ian ketawa kuat walaupun kata-kata Violetta itu memang
betul. Bukan Syurkan lelaki pertama yang cuba memikat kawan baiknya itu.

Violetta tersengih.

“Ian Kun, kau panggil aku Violetta . Aku bukan Dora Chan dah. Aku dah kurus.”

Ian geleng kepala.

“Bagi aku… sampai bila-bila kau jadi Dora aku.” Ian sendiri lupa kenapa
nama itu digunakan untuk Violetta . Mungkin kerana pertama kali melihat
Violetta dulu, mengingatkan dia pada Doraemon, kartun kegemarannya hingga
sekarang.

“Dora Chan… kau pernah dengar cerita pasal pokok epal tak?”

Berkerut dahi Violetta sebelum menggeleng kepalanya.

“Kau pernah tengok pokok epal kan?”

“Mestilah pernah!” Beberapa kali dia dibawa oleh abah ke luar negara.
Itulah untungnya menjadi anak juruterbang. Kadang-kadang abah juga
membawa Ian dan Aiden bersama. Mereka memang jarang berenggang.

“Aku pernah terbaca pasal pokok epal ni. Kalau kau nak tahu… epal yang
paling atas sekali, paling manis dan sedap.”

“Mana kau tahu?”

“Aku bacalah.”

“Jadi? Apa kau nak cerita?” Pelik Violetta .

“Kalau kau makan buah epal dari pokok. Kau ambil yang mana?”

“Kau tanya aku. Aku dan kau sama je kan? Kita ambil yang paling senang
nak ambil, yang terjuntai kat bawah,” balas Violetta bertambah pelik.

“Sedap tak?”

Violetta mengangguk.

“Kalau kau tahu… bahagian atas paling sedap. Kau nak panjat ambil tak?”
soal Ian sekali lagi.

Violetta geleng kepala.

“Takut aku panjat tinggi-tinggi. Kalau jatuh, siapa susah?”

“Aku juga.” Terus Ian ketawa apabila Violetta sudah mengangguk mengiakan
walaupun pada hakikatnya dia hendak mengatakan abah dan uminya yang akan
susah nanti.

“Jadi? Apa motif kau cerita tentang kesedapan epal ni? Aku langsung tak
dapat tangkap point kau.”

Ian tersenyum.

“Pokok epal ni… boleh disamakan macam kau juga.”

“Aku?” Berkerut dahi Violetta .

“Bukan kau seorang… tapi perempuan. Pokok epal ni macam perempuan.
Bahagian paling atas pokok epal… ada epal paling sedap dan manis. Tetapi
tak ramai yang sanggup ambil risiko panjat dan petik sebab takut jatuh
dan sakit. Tapi ramai orang yang lebih senang ambil buah epal yang
terjuntai dekat bawah… lagi senang dan tetap juga sedap… walaupun epal
paling atas paling sedap. Kau jadilah epal yang paling atas tu… walaupun
susah nak petik, tapi kau tetap sedap dan manis. Nanti akan datang
seseorang yang sanggup bersusah payah dan sesuai petik kau.”

Violetta terdiam.

“Kau faham tak?”

Lambat-lambat Violetta hendak mengangguk kepala.

“Kau janganlah jadi macam buah epal yang dekat bawah tu… senang dan
mudah dipetik. Sebab tempat kau paling atas, paling berharga dan tidak
mudah dipetik.”

“Kau buat aku terharu!”

Ian tersenyum pula.

“Aku cakap ni…. sebab nak bandingkan situasi kau sekarang. Shukran sibuk
nak kacau kau. Tapi kau kena ingat, hidup kau panjang lagi. Sekarang kau
fikir belajar.” Terus dia mencapai pensel dan mengetuk kepala Violetta .

“Kau kenapa pulak ni?”

“Jom sambung study.”

Violetta menggaru kepalanya yang tak gatal. Kata-kata Ian membuka matanya.
Ya, dia pasti akan menjadi epal yang berada di kedudukan paling atas.
Itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience