BAB 5

Romance Completed 306

NOURVIOLETTA mendengar penerangan demi penerangan dari Ian dengan dahi
berkerut-kerut. Sesekali dia menguap. Mengantuk. Mencuka wajah Ian
apabila melihat mata Violetta sudah berair.

“Kau nih… aku ajar ni. Kau dengar tak?” Tidak puas hati kerana langsung
tiada respons dari Violetta . Bukan Violetta seorang sahaja mengantuk, dia juga
mengantuk. Ditambah lagi dengan cuaca redup. Bertambah mengantuk lagi
matanya.

“Aku dengar. Bosanlah Ian Kun. Kita stop sekejap boleh? Aku lemah betul
bila kena belajar add math ni. Kita makan-makan dulu nak? Aku ada simpan
lagi roti umi buat. Kau nak?”

“Kau ni!” Laju tangannya mengetuk kepala Violetta .

“Kau apahal main kepala? Sakit tau!”

“Dah! Kau tak payah nak bohong. Kau tu pakai tudung. Mana ada rasa aku
ketuk tadi,” Tersengih Ian bila muncung Violetta sudah kelihatan.

“Okey. Okey, intan payung. Kita makan dulu. Mana roti? Elok lagi ke?”

“Mestilah elok. Umi sapu mentega je pun,” balas Violetta terus mengeluarkan
bekasnya.

“Pukul berapa papa nak datang ambil ni? Mengantuk aku,” soal Violetta terus
menyuap kepingan roti yang ada di dalam bekas. Ian mengambil kepingan
yang lain.

“Papa lewat. Papa nak bawa Aiden jumpa doktor gigi dulu. Pukul empat
lebih kot baru papa ambil. Kita study dulu sikit. Lagipun tahun ni ambil
SPM. Kau tu… berangan nak jadi pilot macam abah. Tapi add math pun kau
dah bising bila belajar.” Panjang lebar Ian berkata. Aiden, adik bongsu
Ian lahir semasa mereka berusia 12 tahun. Violetta sudah menganggap Aiden
seperti adiknya juga. Sehingga sekarang Aiden dijaga oleh Puan Sarah
apabila mama dan papa Ian bekerja.

“Dating!”

“Bodoh kau, terkejut aku!” Violetta menjerit.

Shukran ketawa bila melihat wajah kedua-dua mereka. Hampir tercekik!

“Kau ni… memang tak tahu nak berbahasa langsung,” ucap Violetta geram.
Segera meneguk air yang masih berbaki dalam botolnya.

“Korang ni… asyik dating je. Dengki tau aku. Tak pernah ajak aku.” Terus
memandang wajah putih bersih Violetta dengan mata berwarna coklat. Sesiapa
yang melihat, pasti akan tertarik dengan kecantikan gadis itu.

“Dating kepala hotak kau! Tak nampak kami tengah study ni?”

“Relax lah… korang ni pelajar harapan sekolah. Tak payah nak study
sangat. SPM lambat lagi,” ucap Shukran. Dia mengambil tempat di sebelah
Violetta . Pernah sekali dia mengajak Violetta untuk menjadi teman wanitanya,
tetapi ditolak. Mereka masih bersekolah. Walaupun kecewa tetapi dia
turut sedar akan alasan yang diberikan Violetta . Tetapi terbit juga rasa
cemburu bila melihat Ian dan Violetta yang terlalu rapat. Walaupun tahu
mereka hanya bersahabat baik dan berjiran, tetapi perasaan cemburu itu
sukar dibuang.

“Kau ni datang sini nak buat kacau ke?”

Shukran tarik sengih. Aku baru habis bertugas. Nak balik dah. Aku nampak
korang kat sini. Aku singgah jap. Aku balik dulu.”

Violetta mengangguk. Dia meneruskan kunyahannya tanpa menghiraukan Shukran
yang berlalu pergi. Ian melepas pandang padanya. Dia tersenyum.

“Dora Chan, kau rimas ke dengan Shuk tu?”

Violetta angguk kepala.

“Rimas aku dengan dia tu. Kalau kat rumah, sibuk nak call. Kadang-kadang
aku suruh abah kelentong. Kata aku dah tidur.”

“Abah tahu?”

“Mestilah. Aku mana pernah berahsia dengan abah dan umi aku… dengan kau
pun aku tak berahsia kan?”

Ian angguk kepala. Dia juga tiada rahsia yang disimpan dari pengetahuan
Violetta .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience