BAB 3

Romance Completed 306

“Ya?” Encik Ismail dan Puan Sarah terkejut. Sekali pandang, Violetta nampak
lebih tua kerana Violetta tinggi dan berisi.

“Jom kita main nak?” ajak Violetta tiba-tiba. Dia sudah bosan menjadi
pendengar. Tangan Ian digenggam erat.

Puan Sarah dan Puan Mariam berpandangan. Terkejut dengan tindakan Violetta .

“Jom kita main bola nak?” ajak Violetta sekali lagi bila melihat Ian
nampak terpinga.

Ian mengangguk laju sebelum tersenyum. Dia suka budak perempuan di
hadapannya ini. Macam Doraemon. Comel.

IAN ICHIRO KAZAWA membetulkan lampin yang baru sahaja dibalut tadi.
Dia tersenyum. Pandai juga dia memakai lampin walaupun berpeluh dahinya.
Violetta pula masih sibuk memasak. Entah apa yang dimasaknya sejak tadi.
Pelbagai jenis bahan digaul dan diletakkan di dalam kuali.

“Lepas tu nak buat apa ni Dora Chan?”

“Letak je atas tilam.”

“Nanti menangis.” Ian tidak puas hati kerana Violetta langsung tidak
memujinya kerana berjaya memakai lampin untuk anak mereka yang gebu dan
bulat itu. Sesekali loceng pada lehernya sengaja dibunyikan.

“Ala dia tak nangis. Kau pakaikan lampin sorang lagi tu. Lepas tu kau
nyanyikan lagu,” suruh Violetta terus menolak seorang lagi anak mereka yang
sejak tadi di atas ribanya.

“Dora Chan. Bila kita boleh makan ni? Aku lapar,” adu Ian . Sejak dulu
lagi dia sudah terbiasa memanggil Violetta dengan panggilan Dora walaupun
dahulu nama itu langsung tidak disukai Violetta . Semuanya kerana betul
fizikalnya yang gemuk. Jadi Ian memanggilnya Dora.

“Kejap. Kau ingat senang ke nak memasak? Kalau mama dan umi memasak kan
lama,” beritahu Violetta . Dia menyeka peluh.

Ian hanya mengangguk. Lampin dipakai pula untuk anak mereka yang kedua.
Mereka kembar kerana sama umur.

“Wei… siapa nama anak-anak kita ni?”

“Mana aku tahu. Kau tak bagi nama lagi ke?”

Ian menggeleng.

“Kau nak bagi nama apa?”

Ian garu dagunya cuba berfikir.

“Kita letak nama Nobita Chan dan Sizuka Chan,” cadang Ian .

“Kau nih… asyik nama tu je.”

“Dah kau nak letak nama apa?”

“Usagi Chan. Seorang lagi Doraemon.”

“Kau nih! Aku tahulah seorang ni memang Sailormoon. Letaklah nama lain.
Seorang ni pun. Mana boleh nama anak dengan nama mama dia sama,”
bangkang Ian . Langsung tak kreatif.

“Nama aku Violetta bukan Dora. Jadi mana sama.”

“Aku tak peduli. Nama lain. Kalau tak aku tak nak main,” ugut Ian .

“Kalau kau tak nak main. Aku tak nak main badminton dengan kau,” ugut
Violetta pula. Dia tersengih panjang bila melihat Ian sudah terkulat-kulat
mahu menjawab.

“Sudah, sudah! Umur dah sepuluh tahun. Main kahwin-kahwin lagi. Jom
makan!” Muncul Encik Ismail tiba-tiba.

“Ala abah… Violetta nak main lagi. Violetta tengah masak ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience