BAB 4

Romance Completed 306

Encik Ismail ketawa. Memang dia suka melihat bila Violetta dan Ian mula
bermain kahwin-kahwin. Ian pasti akan memakai kain pelekat manakala
Violetta yang selalu memakai skirt akan menukar memakai kain batik serta
bertudung. Sengaja dia membina pondok kecil di laman rumahnya yang kini
penuh dengan mainan kedua-dua mereka. Set dapur Violetta juga memenuhi
sudut pondok.

“Lepas makan, Violetta sambung masak balik,” pujuk Encik Ismail . Minggu ini
dia cuti. Baru minggu lepas dia terbang ke Rom dan Beijing. Papa dan
mama Ian pula masih lagi bekerja. Bila papa dan mama Ian bekerja, Ian
akan dihantar untuk dijaga oleh Puan Sarah yang tidak bekerja.

“Jom makan. Aku lapar,” ajak Ian yang sudah mencabut kain pelekat.
Seluar pendek tersarung di dalam tadi.

Violetta memuncung.

“Cepat, abah masuk dulu. Umi dah tunggu lama tu,” pesan Encik Ismail
sebelum melangkah masuk.

“Cepatlah!” gesa Ian bila Violetta sengaja melambatkan pergerakannya. Kain
batik dan tudung dicabut dan dicampak sahaja di atas lantai. Dia
membetulkan skirt yang dirasakan sudah berkedut seribu.

“Bila kita main kahwin-kahwin… mesti sekejap je. Abah tu dengki,” adu
Violetta . Dia mencabut lampin yang dipakai patung Doraemon dan Sailormoon.
Patung Doraemon milik Ian manakala patung Sailormoon pula adalah miliknya.

“Nanti kita besar. Kita kahwin betul-betul macam abah, umi nak?” ajak Ais.

Bersinar mata Violetta .

“Tapi nanti mesti abah dengki lagi. Sekejap je.” Matanya kembali redup.

“Alah... aku tengok bila orang kahwin mana sekejap. Atuk dan opah kahwin
sampai tua kan? Kita kahwin sampai tua lah. Sekarang kita kecil lagi.
Mestilah abah, umi selalu kacau.” Terbayang atuk dan opah Violetta . Dia
tidak mempunyai atuk mahupun nenek kerana mereka sudah meninggal dunia
sebelum Ian lahir lagi. Selalu juga Encik Ismail dan Puan Sarah membawa
Ian pulang ke kampung. Sejak dijaga oleh keluarga Violetta , Ian sudah
terbiasa memanggil ibu bapa Violetta dengan panggilan ‘abah’ dan ‘umi’ sama
seperti Violetta . Violetta juga memanggil Encik Corrie dan Puan Mariam dengan
panggilan ‘papa’ dan ‘mama’.

“Kau janji?”

Ian mengangguk laju.

“Aku janji!” Jari telunjuk dihulur. Segera Violetta menyambungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience