BAB 11

Romance Completed 306

VIOLETTA memuncung. Geram dengan kedegilan Ian yang masih tidak mahu
menukar siaran televisyen. Aiden juga geram dengan kedegilan abangnya.
Encik Ismail dan Encik Corrie hanya tersenyum sebelum menyambung
perbualannya. Sudah menjadi kebiasaan setiap hujung minggu apabila Encik
Ismail tidak ‘terbang’, mereka sekeluarga akan bertukar-tukar rumah untuk
makan malam bersama. Jika beberapa minggu lepas Encik Ismail sekeluarga
telah makan malam bersama di rumah Encik Corrie .

“Aku nak tengok Ian Kun. Tukarlah,” suruh Violetta sekali lagi.

Ian geleng kepala.

“Cepatlah. Cerita aku nak habis dah,” pujuk Violetta lagi. Kali ini lebih
serius.

Ian geleng kepala. Remote sudah disimpan di dalam poket seluar.

“Ini rumah aku… TV aku,” ucap Violetta separuh geram.

“Rumah kau, rumah aku juga. TV kau, TV aku juga. Tapi sekarang aku rasa
ni rumah abah. Abah kan?” Terus mengenyit mata pada Encik Ismail yang
tersengih panjang.

“Budak-budak ni. Dah nak kahwin pun,” Perlahan suara Encik Ismail . Sejak
dulu lagi suka sungguh mereka berebut televisyen. Ian dengan
kedegilannya mahu menonton Doraemon manakala dulu Violetta dengan kartun
Sailormoon. Nasib baik kedua-dua rancangan tersebut tidak pada masa yang
sama.

“Abang ni… agaknya sampai tua nanti bergaduh dengan cucu pula,” ucap
Aiden pula.

“Malas aku layan kau. Abah kenapa tiba-tiba cancel nak terbang?” soal
Violetta merapati abahnya yang masih rancak berbual. Entah apa yang
dibualnya, Violetta tidak dengar kerana tadi dia sibuk menolong Puan Sarah
dan Puan Mariam di dapur. ‘

“Bila abah selalu terbang Violetta bising. Abah cancel pun Violetta bising,”
balas Encik Ismail tersenyum panjang pada Encik Corrie yang turut membalas
senyuman.

Ian dan Aiden sudah sama-sama berpaling pada kedua-dua mereka. Walaupun
Ian nampak tenang, tetapi Violetta perasan Ian sebenarnya gelisah.
Pipinya memerah. Dahinya berpeluh.

“Kau panas ke Ian Kun? Nak aku kuatkan air-cond?”

Ian geleng kepala. Encik Ismail dan Encik Corrie sudah tergelak.

“Apa abang ni. Gentleman sikit,” ucap Aiden perlahan tetapi masih
dapat didengar oleh Violetta .

“Untunglah dari kau kecil sampai besar, aku yang teman kau tengok
Doraemon ni. Tapi Ian . Sepuluh kali dah ulang tayang cerita ni.
Tukarlah cerita lain sekejap. Lain kali aku teman kau tengok Doraemon.
Aku nak tengok cerita lain jap,” pujuk Violetta . Walaupun mereka berada di
rumahnya, tetapi Ian dan Aiden sudah membuat rumahnya seperti rumah
mereka sendiri. Rumah ini tempat mereka membesar bersama.

“Sanggup ke kau teman aku tengok Doraemon sampai bila- bila?” Terus Ian
menyoal.

Pantas Violetta mengangguk.

“Betul?”

“La… sejak bila aku mungkin janji.” Cepat Violetta membalas. Rancangan
kegemarannya hampir sahaja tamat.

“Betul ke kakak?” sampuk Aiden pula.

Violetta mengangguk laju. Dia pelik dengan soalan Aiden pula. Dia melepas
pandang pada Encik Ismail dan Encik Corrie yang sudah terkebil-kebil.
Pandangan mereka sukar diertikan Violetta .

“Mama… umi,” jerit Aiden tiba-tiba.

“Ish, Aiden! Macamlah jauh sangat dapur.” Menjerit pula Violetta yang
terkejut. Dia jadi tidak keruan tiba-tiba melihat Ian yang berubah
serius. Televisyen juga sudah dimatikan.

“La.. kau tak mahu tengok Doraemon ke? Biarlah aku tengok cerita aku,”
ucap Violetta sedikit kalut apabila Puan Sarah dan Puan Mariam sudah
berjalan keluar dari dapur.

“Kau nak pergi mana?” soal Ian .

“Masuk bilik aku. Nanti nak makan, panggil aku. Aku nak tengok TV,”
beritahunya. Dia rasa panas tiba-tiba.

“Duduk sekejap,” suruh Ian nampak serius.

“Kau ni kenapa? Pandang aku macam nak makan… Janganlah kerut dahi. Aku
takut,” ucap Violetta perlahan.

Ian tersenyum pula. Dia lupa Violetta tidak suka dia berkerut dahi.

Puan Sarah dan Puan Mariam sudah mengambil tempat di sisi suami
masing-masing. Aiden pula bangun dan merapati papanya. Dia tersenyum
panjang.

“Kenapa semua ni?” Cuak Violetta .

“Duduklah. Aku nak beritahu sesuatu,” ucap Ian . Dia nampak lebih tenang.

Perlahan Violetta duduk di atas sofa. Betul-betul di sebelah Ian .

“Kau nak cakap apa kat aku?” soal Violetta .

“Aku bukan nak cakap ke kau, tapi semua orang,” balas Ian .

Violetta mengangguk.

“Apa? Cakaplah,” suruh Violetta segera bila Ian langsung tidak membuka
mulut. Dia nak sangat melihat cerita kegemarannya itu.

“Kau tahu tarikh hari ini?”

“18 Mei?”

“Aku nak kau ingat tau sampai bila-bila,” suruh Ian .

Violetta mengangguk pelik.

“Kenapa? Cepatlah cakap! Kau nak kahwin ke?” Serkap jarang Violetta menyoal
tetapi menjerit lantang apabila Ian mengangguk.

“Kau nak kahwin? Siapa?”

“Sabar Violetta . Biar Ian Kun habis cakap.” Perlahan suara umi.

Violetta cuba tersenyum walaupun hatinya sudah dibuai sesuatu. Dia tidak
tahu kenapa matanya terasa berpasir. Sepatutnya dia gembira apabila
mengetahui sahabat baiknya bakal mendirikan rumah tangga.

“Ian Kun dah minta izin papa dan mama. Walaupun abah dan umi dah tahu,
sekali lagi Ian nak beritahu depan Violetta . Saya, Ian Inchiro Kazawa bin
Corrie Chien, bersaksikan papa, abah, mama, umi dan Aiden dengan ini mahu
meminta izin abah dan umi untuk menjadikan NourVioletta Mohd Ismail Taqif
sebagai isteri saya.” Walaupun bergetar suara Ian tetapi Ian tenang
sahaja mengucapkan kata- katanya.

Violetta terlopong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience