BAB 2

Romance Completed 306

Encik Corrie dan Puan Mariam serentak mengangguk.

“Maaflah Corrie . Abang ingatkan awak ni bukan Islam. Sebab itulah abang
tidak ucapkan salam tadi,” ujar Encik Ismail , serba salah. Sekali imbas,
dia sudah mengagak pasangan suami isteri di hadapannya itu jauh lebih
muda darinya.

“Takpe. Kami faham. Kami ni memang orang Cina tetapi beragama Islam.
Saya beragama Islam sejak lahir dan isteri saya mualaf.” Terang Encik
Corrie dengan senyuman.

“Malaysian?” soal Puan Sarah pula.

Encik Corrie dan Puan Mariam mengangguk serentak.

“Saya dulu belajar di Jepun. Habis belajar, terus ditawarkan bekerja di
sana. Jadi saya bawak Mariam yang saya dah kenal sejak sekolah ikut saya
selepas kami berkahwin. Kebetulan syarikat yang saya bekerja di Jepun
buka cawangan di Malaysia, jadi mereka hantar saya semula ke sini,”
beritahu Encik Corrie .

“Abang ni nama apa?” soal Encik Corrie .

“Terlupa nak kenalkan diri. Nama abang, Ismail Taqif. Ini isteri abang,
Sarah ,” ujar Encik Ismail ketawa sambil memperkenalkan isterinya juga.
Violetta yang elok bersandar pada kakinya.

“Auntie dan uncle ni takde anak ke?” soal Violetta akhirnya. Sejak tadi dia
mendiamkan diri dan menjadi pendengar perbualan abah dan uminya.

“Violetta . Tak baik cakap macam tu!” Mulut Violetta pantas ditutup Encik
Ismail . Gaya percakapan Violetta memang tidak nampak langsung baru berusia
empat tahun.

“Ada. Dia dalam kereta, tidak mahu keluar sebab panas,” ujar Encik Corrie
lalu melangkah ke bahagian pintu penumpang.

Encik Ismail , Puan Sarah dan Violetta segera menjenguk kereta yang masih
tidak dimatikan enjin. Langsung tidak nampak bayang sesiapa. Sekali
ketuk pada tingkap kereta, terjengul wajah seorang kanak-kanak lelaki
dengan wajah masam mencuka.

“Keluar kereta, Ian Kun. Salam dengan jiran,” arah Encik Corrie sambil
membuka pintu kereta. Kanak-kanak lelaki dengan rambut lurus menutup
keseluruhan dahi melangkah keluar dengan wajah berkerut-kerut.

“Papa, Mama… panaslah!”

“Ian Kun, salam uncle dan auntie,” suruh Encik Corrie segera. Pelat
sekali Encik Corrie bila bertutur. Mungkin jarang bertutur dalam bahasa
Melayu. Tetapi anaknya mudah sahaja memahami kata-kata papanya.

“Siapa nama?” soal Encik Ismail .

“Ian Kun.”

“Kun?” soal Violetta dengan wajah berkerut-kerut.

“Kalau di Jepun, kanak-kanak lelaki sebaya dengan Ian akan ditambah
‘Kun’ pada nama. Sama seperti Violetta kalau ke Jepun. Violetta juga akan
dipanggil Violetta Chan,” ujar Encik Ismail yang sangat arif dengan budaya
Jepun kerana kekerapan dia ke sana. Puan Sarah juga mengangguk kerana
dia sedia maklum dengan perkara itu.

Violetta hanya mengangguk walaupun langsung tidak memahami.

“Nama Violetta ya?” soal Puan Mariam . Pipi tembam Violetta yang gebu itu
dicuit geram.

Violetta mengangguk.

“Unik nama itu untuk orang Melayu,” tambah Encik Corrie .

“Mesti sebab mata Violetta ni warna Violet kan?” soal Puan Mariam lagi.

Encik Ismail hanya mengangguk dan tersenyum. Warna mata satu-satu anak
tunggalnya itu diwarisi dari arwah ibunya.

“Umur?” soal Encik Corrie . Wajah comel Violetta direnung.

“Empat tahun!” Violetta dengan bangga menunjukkan empat jarinya.

“Wah, sebaya dengan Ian Kun,” ucap Puan Mariam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience