Bab 14

Romance Series 10310

Harini merupakan hari pertama aku menjalankan tugasku sebagai seorang isteri. Aku dibenarkan bercuti selama seminggu kerana bosku itu ialah ibu mertuaku.

Aku memeriksa breakfast yang aku sediakan kalau-kalau ada yang tak cukup.

Aku memandang kelibat suamiku yang turun dari tangga.

" Awak, mari makan " Panggil ku.

Dia hanya menuju ke arahku dengan muka yang bengis. Aku hanya menundukkan pandangan.

" Kau masak apa ? Kalau setakat makanan kampung, sorry aku tak layan " Ujarnya sinis.

" S-saya masak n-nasi lemak je " Kataku gagap.

" Nasi lemak ? sempat pulak minah ni buat erh " getus hati Fariz.

Dia memandang ke arah nasi lemak yang dikatakan itu. " Nampak sedap " getus hatinya.

" Kau makan lah, aku dah lambat ni " Ujar Fariz. Padahal terliur tengok nasi lemak tu. Jual mahal.

" Lambat nak pergi mana ? Bukan awak kerja pun kan ? " Ujarku berani.

" Eh, lantak aku lah nak pergi mana pun ! Dan kau takpayah sibuk nak tahu hidup aku. Dahlah aku nak pergi " Kata Fariz sambil memandang jengkel kepadaku.

" Oh by the way.." Aku memandangnya kembali.

" Aku balik lambat malam ni ataupun tak balik langsung jadi jangan tunggu aku !! " Fariz meninggalkan aku sendiri menahan rasa.

" Ya Allah kau lembutkan lah hatinya supaya menerimaku Ya Allah " Doaku didalam hati.

**********************************************"
Sorry bab ni author buat pendek je dan mintak maaf jugak sebab dah lama tak update. Idea makin kering sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience