Bab 10

Romance Series 10310

Pada pagi yang indah ditambah dengan kicauan burung-burung sungguh mendamaikan suasana.

Kelihatan beberapa orang pekerja sangat sibuk dengan hal masing-masing. Ianya kerana hari itu bos mereka akan datang melawat.

" Kamu pergi kemas dekat bahagian belakang. Pastikan setiap sudut sentiasa bersih dan kemas " Arah cik Haslina merangkap setiausaha bos mereka.

Gadis yang disuruhnya hanya mengangguk sebelum menuju ke bahagian belakang kafe.

" Fiqah oi fiqah ! " panggil seseorang.

Afiqah yang sedang mengemop lantai itu mencari identiti yang memanggil dirinya.

" Ye Hana kau nak apa ? Takyah lah kacau aku. Dah pergi buat kerja kau tu " Balas Afiqah sambil menyambung kerjanya.

" Fiqah oi sinilah kejap. Aku nak minta tolong ni " panggil Farhana kembali.

Afiqah yang geram terus berhenti mengemop sebelum menuju ke arah kawannya. " Kau nak apa hah ".

" Fiqah tolong aku angkat kotak-kotak ni pergi belakang boleh ? " ujar Farhana dengan harapan.

" Kau tak nampak ke aku tengah mop ni. Lagipun kau nak pergi mana ? " soalnya.

" Cik Haslina minta aku ikut dialah pergi jemput bos kita tu. Pembantu dia tak dapat nak ikut jadi aku yang kena ganti, bolehlah ye ? ujar Farhana seraya merayu.

" Ish yelah yelah " ujarnya pasrah.

Farhana yang mendengar balasan kawan baiknya terus memeluk Afiqah dengan erat.

" Aku pergi dulu ye. Jangan lupa kotak-kotak tu " kata Farhana selepas meleraikan pelukan.

Afiqah hanya mengangguk perlahan.

***************************************
" Baby, you takkan buat I macam ni kan ? " rintih seseorang terhadap seorang jejaka di hadapannya.

Si jejaka terus menarik kekasihnya kedalam dakapannya.

" No baby. I takkan buat you macam tu. I pun terpaksa je. Janganlah macam ni " pujuknya.

Gadis yang berada dalam dakapan jejaka itu bersuara lantang.

" Habis tu kenapa you ikut je cakap parents you !! You sebenarnya dah tak sayang I kan ? Sebab tu you buat I macam ni !! " pekiknya lantang.

" Tak Mel. I sayang sangat-sangat dekat you. I janji lepas je I kahwin dengan perempuan tu I akan tinggalkan dia . Lagipun you dah tahukan syarat yang I dah tetapkan " katanya sambil menarik kekasihnya duduk.

" Janji " ujar gadis yang bernama Emelda sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

" Ye babe I janji. Dah jom kita pergi shopping nak ? " ujar jejaka yang bernama Fariz itu sambil menatap manis wajah kekasih hatinya.

Mendengar perkataan shopping itu terus membuatkan gadis itu tersenyum manis sebelum mengangguk laju.


*************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience