Bab 6

Romance Series 10310

Selepas seharian suntuk mengemas pakaian, mereka turun ke bawah untuk memasak.

" Erm..Hana ? " Afiqah memanggil Farhana yang lincah mengacau lauk yang dimasaknya.

" Ye ? Kau nak apa ? " soal Farhana semula.

" Erm..kau dah ada kerja ke nak bagi dekat aku ? Kalau kau tak dapat lagi takpe " Ujar Afiqah sambil senyum kekok apabila bertanyakan soalan itu.

" Oh, pasal tu kau jangan risaulah. Aku dah carikan kau kerja tapi dekat tempat yang aku tengah bekerja sekarang. Kau akan bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk dekat cafe.Kau nak ke ? " tanya Farhana sambil tangannya menutup gas.

" Oklah tu daripada takde kerja langsung " Afiqah yang melihat Farhana sibuk menyediakan makan malam membuka mulut kembali. " Kau nak aku tolong apa-apa tak ? ".

" Tak payah, semua dah beres tunggu nak menjamahnya saja. Lagipun nak mintak kau tolong aku ? Haha..lambat lagilah jawabnya " Perli Farhana.

Afiqah yang mendengar memandang tajam Farhana. Mahu ditelan kawannya seorang itu.

" Takpelah kalau macam tu aku nak masuk bilik. Nanti kalau kau dah nak makan, kau panggil aku. Kita makan sekali. Faham ?! " Farhana hanya mengangguk sahaja apabila mendengar pesanan Afiqah.

Afiqah yang melihat reaksi Farhana terus beredar masuk bilik. Duduk lama-lama dengan Farhana boleh naik menyampah dibuatnya.

Malam itu, selesai makan malam mereka berdua terus membuat kerja masing-masing.

***************************************
Hari ini merupakan hari pertama Afiqah mula bekerja. Di berasa sungguh teruja. Pagi-pagi lagi dia dah buat hal. Ada ke pergi kejutkan si Hana tu pukul 3 pagi semata-mata mengosok pakaian. Gila ke ?

Farhana yang melihat sahabatnya dari tadi membelek diri terus menegur.

" Sudah-sudahlah tu kau duk belek diri kau tu. Kau tu dah cukup cantik dah. Lagipun kita ni bukannya kerja dekat office pun. Kerja dekat cafe je kut ! " .

" Alah kau ni.. biasalah dah baru hari pertama kot aku start kerja of course lah aku happy sebab dapat tolong ayah dan abang aku " Ujar Afiqah tersenyum manis sambil sambung membelek diri.

Farhana yang melihat kelakuan kawannya itu menggeleng kepala. Malas nak layan. Sebelum beredar dia sempat berpesan kepada Afiqah.

" Cepat sikit kau ni ! Nanti lambat !! " Sekarang baru pukul 7 pagi. Sebelum pukul 7.45 mereka dah kena ada di cafe itu.

Setelah beberapa minit, Afiqah yang sudah bersiap terus keluar dari rumah mencari kelibat sahabatnya.

" Weh Hana ! Jomlah tadi nak cepat ! "

" Ye..dah jom naik kereta aku " Kata Farhana sambil memasuki kereta miliknya. Afiqah yang melihat sahabatnya itu segera mengikuti.

Dalam beberapa saat kereta pacuan empat roda itu selamat beredar dari kawasan tersebut.

***************************************
Maaf ye saya dah lama tak update..saya sibuk skit dan idea ni kejap ada kejap takde.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience