Bab 5

Romance Series 10310

Afiqah mengemas barang-barangnya dengan rasa gembira. Baru semalam abangnya memberi keizinan untuk berkerja.

" Akhirnya.. " kata Afiqah didalam hati. Dia berasa sangat gembira apabila abangnya mengizinkan dia bekerja di KL.

Hari ini dia dah mahu bergerak ke KL. Dirinya tidak mahu terlalu lambat untuk sampai ke sana. Lagipun jarak kampung ni nak ke KL mengambil masa beberapa jam.

Tanpa membuang masa, dia membawa bagasi keluar dari bilik.

" Abang oo abang " Dia memanggil abangnya, Adam.

" Ye abang ada kat sini " Jawab seseorang tidak lain tidak bukan Adamlah orangnya.

" Abang..cepatlah! Nanti lambat pulak sampai " Kata Afiqah sambil tersenyum teruja melihat abangnya.

Adam hanya tersenyum kelat. Dia terpaksa memberi kebenaran kepada adiknya untuk ke KL.

" Err..jomlah. Bawak semua beg Fiqah tu masuk kereta " ujar Adam sebelum keluar ke arah kereta milik ayahnya. Walaupun kereta itu milik encik Ridzuan tapi encik Ridzuan memberi kebenaran kepadanya untuk menggunakannya bila-bila masa saja.

Afiqah yang mendengar terus menuju ke arah kereta milik ayahnya.

Setelah siap memasukkan semua begnya, Afiqah pulak yang memboloskan diri kedalam badan kereta itu. Tanpa menunggu lama, kereta itu menyusul pergi.
***********************************************

Setelah beberapa jam perjalanan, mereka sampai ke satu rumah teres. Rumah itu milik kawan Afiqah.

" Assalamualaikum Farhana ! Farhana oo Farhana. Aku dah sampai ni !! " Afiqah yang tidak sabar itu terus memanggil satu-satunya sahabatnya.

" Eh Fiqah ! Janganlah buat macam tu, sabarlah sikit ! " Adam yang naik geram dengan sikap adiknya itu menegur.

" Hehe.. janganlah marah bang " Afiqah Hanay tersenyum sumbing.

" Waalaikumussalam, eh Fiqah ! " Tanpa ada halangan Farhana terus memeluk sahabatnya sejak bangku sekolah lagi.

" Bila kau sampai ? Ni siapa pulak hantar kau ni?" Kata Farhana sambil menuding jari kepada Adam.

" Hehe..aku baru je sampai dan sebelah aku ni abang aku, Adam " terang Afiqah.

Farhana yang mendengar hanya mengangguk sahaja. Pantas dia mula bersuara.

" Eh masuklah ! Buat apa berdiri dekat situ " Ujar Farhana sambil menolong mengangkat bagasi milik Afiqah. Pemalas betullah Afiqah ni.

Adam yang sedari tadi hanya berdehem.

" Err..takpelah lagipun saya datang ni nak hantar adik saya je. Saya ada banyak lagi kerja dekat kampung. Kalau takde masalah saya pergi dulu ye " kata Adam segan.

Sebelum pergi Adam sempat memberi pesanan kepada adiknya.

" Fiqah.. sebelum abang pergi ni abang nak pesan sikit. Fiqah duduk dekat KL ni jaga diri. KL ni luas..kalau hilang susah. Jangan menyusahkan kawan Fiqah ni atau siapa saja. Satu lagi jangan lupa selalu mesej atau call abang " ujar Adam sebelum memberi sedikit pesanan kepada sahabat adiknya.

" Err..cik Farhana tolong jaga adik saya ye. Saya tahu adik saya ni nakal sikit tapi dia dengar kata " ujar Adam.

Farhana hanya mengangguk.

" Saya pergi dulu ye. Abang pergi dulu ye adik " ujar Adam sebelum memasukkan diri kedalam kereta.

Selepas kelibat kereta ayahnya itu hilang dari pandangan. Mereka masuk ke dalam rumah milik Farhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience