Bab 13

Romance Series 10310

" Kau jangan ingat aku akan layan kau macam seorang isteri " sungguh sinis ayatnya.

Aku hanya menundukkan pandanganku ke lantai.
Lebih baik tengok lantai dari tengok singa kat depan ni.

Macam mana aku boleh kahwin dengan mamat ni ? jom putar masa

***********************************************
Flashback

2 bulan lepas selepas aku bertemu dengan bosku iaitu datin Zalia Noraieen, aku bertambah rapat dengannya kerana insiden aku tertumpahkan air kopi ke dressnya yang mahal tu. Cuak jugak aku time tu mana tahu kena pecat ke kan tapi nasib baik dia tak marah aku.

Lepas insiden tu dia selalu ajak aku keluar teman dia pergi shopping sehinggalah satu hari ni dia telefon aku .

Kring Kring

Telefon aku berdering minta diangkat. "Assalamualaikum datin " ujarku memberi salam.

" Waalaikumussalam. Afiqah pergi siap cepat. Kita nak keluar ni " aku mempamerkan wajah keliru.

" Keluar pergi mana datin ? ".

" Hish kamu ni, keluar shopping lah. Cepat pergi siap nanti saya datang ambik kat rumah kamu tu" tanpa sempat aku bertanya lagi ,datin sudah meletak telefon.

" Erm..kena bagitau Hana dulu ni. Baik aku mesej dia cakap aku nak keluar " kataku sambil menaip mesej di telefon bimbitku.

Aku bangun dari tempat ku menuju ke almari pakaian." Aku nak pakai baju apa ni ? " getus hatiku.

Selepas beberapa minit, aku memilih untuk memakai baju kurung moden warna biru laut milik arwah ibuku. Masih cantik.

Tanpa berlengah aku terus menyiapkan diriku.

Pin! Pin !

Bunyi hon kereta di depan rumahku. Tentu datin dah sampai ni.

Aku terus melangkah keluar lalu mengunci pintu utama.

" Maaf lambat datin " ujarku memohon maaf.

" Takpe mari masuk " ujarnya seraya memberi laluan kepadaku.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa kereta yang empuk tu sambil mengucap terima kasih

" Erm kita nak pergi mana datin ? " tanyaku sedari tempat yang mahu dituju tidak tiba.

Datin Zalia Noraieen hanya tersenyum memandangku.

Beberapa minit selepas itu, kami telah sampai di destinasi. Di taman.

" Afiqah kita duduk kat sini dulu ye " ujar datin. Aku hanya menganggukkan kepala.

" Sebenarnya saya bawak kamu kat sini sebab saya nak minta tolong " Datin Zalia memulakan perbualan.

" Mintak tolong apa datin ? " tanyaku keliru.

Aku yang melihat mukanya yang serba salah terus menggenggam erat tangannya.

" Takpe datin cakap je. Mana tahu saya boleh tolong " aku tersenyum manis berharap datin menceritakan tentang bantuan yang diperlukan itu.

" Er er seb sebenarnya saya nak jadikan fiqah menantu saya " aku terkejut tapi cepat-cepat aku mengawal riak wajahku.

" Tapi kenapa datin ? ".

" Haih macam ni sebenarnya " datin terus menceritakan semuanya dari A sampai Z.

Aku hanya menghela nafas apabila habis bercerita.

" Macam tu ke datin ? Erm biar saya fikir dulu " ujarku seraya mengalihkan tanganku daripada menggenggam tangannya.

" Fiqah saya tak paksa kamu terima " aku memandang wajahnya. Jelas sekali riak wajahnya yang sedih dan sangat berharap agar aku menerima.

" Datin..saya terima lamarannya " ujarku sambil cuba tersenyum manis. Aku tidak sanggup untuk melukakan hati tuanya itu.

Datin Zalia terus mengalihkan pandangannya terhadapku. Sungguh jelas senyuman lebarnya.

" Betul ke ni fiqah ? " datin terus memeluk erat badanku apabila mendapat anggukan daripada ku.

" Kau kenapa mengelamun " aku tersentak apabila suara si jejaka itu menyapa gegendang telingaku.

" M-mana ada saya mengelamun " ujarku sambil menguntumkan senyuman manis.

" Kau ingat erh apa aku cakap tadi. Cakap kat abang KESAYANGAN kau tu suruh dia balik " ujarnya sambil menekan perkataan kesayangan tu. Oh lupa nak cakap sebelum aku diijabkabul dengan mamat ni aku dah bincang perkara ni dengan keluarga aku termasuk Hana.

Diaorang macam tak setuju tapi ayah aku yang macam tak kesah.

" Baik awak " ujarku sambil cuba menahan air mata daripada gugur. Haih bilalah aku nak merasai kasih sayang seorang ayah ye ?

" Erm..aku keluar dulu " ujarnya seraya menutup pintu bilik.

Apalah nasib aku dahlah dibenci ayah. Dibenci suami aku pulak.

Fariz Iskandar nama yang baru tadi diijabkabulkan dengan diriku.

Tanpa aku sedar, air mata aku sudah mengalir laju.

***********************************************

Heyyo miss me ? Sorry sebab lama menyepi. Author sibuk sikit harap maafkan yer sebelum tu author nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience