Bab 4

Romance Series 10310

Afiqah termenung jauh memikirkan keputusan abangnya itu. Dirinya risau jika abangnya tidak mengizinkan dia untuk berkerja.

" Agak-agak abang izin tak ? Hmm.. harap-harap bagi lah " gumamnya seorang diri.

Seseorang yang memerhatikan Afiqah sedang termenung hanya mengeluh berat. Dia meraup wajahnya kasar.

" Haih..dia termenung pasal keputusan aku ke ?
Nak bagi ke tak dia pergi ? Lagipun aku risaukan keselamatan dia " ujar Adam perlahan.

Adam mengambil langkah menuju ke arah adiknya yang sedang syok termenung itu. Timbul idea jahat untuk mengenakan adiknya.

BAA !!

" Argghh!! Ish abang ni ! Jangan lah buat macam tu, terkejut tahu tak ?! " Afiqah yang sudah sedia ada jatuh tergolek itu memarahi abangnya.

Adam yang sedang mengekek ketawa tidak mempedulikan amarah Afiqah. Baginya seronok dapat mengejutkan adiknya.

" Dah fiqah tu dah kenapa termenung jauh sangat tu ? Dah sampai kat mana kau termenungkan dik oi..Adoi !! " Adam yang baru berhenti ketawa memegang perutnya kerana sakit dicubit adiknya.

" Hah padan muka ! Kacau orang lagi " Afiqah tersenyum puas dapat membalas balik .

Adam yang melihat muka adiknya tersenyum puas itu terus melabuhkan punggung di kerusi.

" Fiqah dah kenapa ? Tersengih-sengih macam kerang busuk ?! Seronok sangat ke dapat cubit abang ? " Adam menahan ketawa apabila melihat muka cemberut adiknya.

" Abang ni ! Erm..abang fiqah nak tanya ni ? " ujar Afiqah sebelum mengikut melabuhkan punggung dihadapan abangnya.

" Tanya apa ? Jangan cakap yang fiqah nak tanya keputusan abang ?! Kalau pasal tu..maaf abang tak dapat bagitau lagi " ujar Adam bersahaja.

Afiqah menghela nafas sebelum bersuara.

" Abang.. fiqah bukan apa, fiqah nak tolong ayah. Lagipun abang tak kesian ke dekat ayah ? Ayah selalu penat lepastu tu batuk-batuk. Fiqah tak sampai hatilah bang " kata fiqah menundukkan kepala.

" Hmm..bagi abang fikir dulu. Malam nanti abang bagitahu keputusan abang " ujar Adam.

" Baiklah bang " ujar Afiqah sebelum berlalu pergi.

Adam hanya menghantar Afiqah melalui ekor mata sahaja. Dia pening memikirkan adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience