Bab 8

Romance Series 10310

Pagi itu di sebuah rumah banglo kecoh dek jeritan puan Zalia Noraieen yang nyaring.

Api kemarahan puan Zalia meluap-luap keatas anak terunanya seorang. Siapa lagi kalau bukan Fariz Iskandar yang terkenal dengan gelaran Mr. Handsome tu.

" Kak Bong ! Sini sekejap ! " Puan Zalia memanggil pembantu rumah yang dianggap seperti kakaknya sendiri.

" Ye Puan, ada apa panggil Kak Bong ni ? " tanyanya.

" Fariz mana ? Dari semalam tak nampak batang hidung dia tu. Dia keluar ke malam tadi ? " tanya puan Zalia semula.

Kak Bong ragu-ragu untuk beritahu. Dia mengambil nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan majikannya.

" Fariz keluar malam tadi . Dia tak balik sejak dari semalam lagi puan " jelas Kak Bong.

Puan Zalia hanya menggelengkan kepalanya. Sungguh pening kepalanya apabila mengenangkan anak lelakinya yang seorang itu.

Tuan Rahimi yang mendengar kekecohan menjenguk ke ruang tamunya yang begitu luas itu.

" Ada apa ni lia ? Dari atas tadi dah abang dengar suara orang menjerit macam monyet tu, kenapa ? " Seloroh tuan Rahimi.

Sangkanya lawaknya itu akan meredakan kemarahan si isteri namun jangkaannya meleset apabila mendapat jelingan tajam si isteri.

Kak Bong yang sedari menyambung kerjanya mengendahkan laki bini itu.

" Anak awak tu lah. Tak reti-reti nak balik rumah. Saya rasa kita dah kena bertindak sebelum Fariz tu semakin teruk " Puan Zalia sempat mengeluh sebelum pergi ke arah dapur melihat pembantu-pembantu rumahnya itu.

Pembantunya ada dua orang iaitu Kak Bong dan Siti. Dua orang pembantunya itu sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

" Anak aku anak dia jugak, haih " Omel Tuan Rahimi sendirian. Gila nak cakap kuat-kuat, mahunya senduk melekat di kepalanya nanti.

" Abang cakap apa lagi itu ? Mehlah sini breakfast. Biarkan aja si Fariz tu berlapar biar padan muka dia ".

Tuan Rahimi hanya mengangguk perlahan sebelum turun menyertai si isteri.

***************************************
Di hujung bandar yang sibuk dengan kereta yang lalu lalang memperlihatkan sebuah kafe yang pelanggannya tidak henti-henti datang mengunjung.

Di kafe itu terlihatlah dua orang pekerja yang sibuk membawang.

" Woi fiqah, dengar cite kan dekat bandar ni kecoh dengan Mr. Handsome kan ? " Farhana memulakan sesi gosip itu.

" Haah, aku pun pelik apa bendalah diorang duk kecoh dengan mamat hensem mana tah yang kehulur kehilir dengan anak dara orang " balas Afiqah.

Diorang berdua rancak bergosip sampai tidak sedar seseorang berada di belakang diorang.

Bang !!

Dua orang gadis itu tersentak mendengar hentakan kuat pada meja yang diorang bersihkan ini.

" Korang ni nak berkerja ke nak bergosip ? Eh, kalau nak gosip balik rumahlah takyah kerja " Setiausaha bosnya itu yang dikenali sebagai Cik Haslina itu memarahi mereka.

Mereka berdua lantas meminta maaf sebelum pergi menyambung kerja di arah yang bertentangan.

***************************
Bang !!

Kedengaran bunyi seseorang yang menghempaskan pintu dengan kuat.

Jejaka yang bernama Fariz Iskandar itu balik dalam keadaan yang sangat serabut dengan rambut yang seperti tidak pernah potong itu.

" Lah, kamu Fariz ingatkan orang gila mana yang hempas pintu macam nak tercabut pintu tu " Puan Zalia memulakan sesi bicara.

Dia hanya mendiamkan diri sebelum menuju ke tangga.

" Fariz kamu pergi mana semalam ? Kenapa lambat balik ? Kamu tu kenapa selekeh sangat ? " bagaikan tembakan, berdas-das soalan yang ditanya oleh puan Zalia.

Fariz hanya terus berlari naik keatas.

" Fariz ! Jawab soalan mama ni ! Fariz ! " Fariz terus naik keatas tanpa mempedulikan mamanya.

Dada puan Zalia berombak-ombak menahan marah. Kalau difikirkan boleh naik darah tinggi apabila fikir pasal si Fariz.

Puan Zalia terus melangkah ke halaman rumah bagi meredakan kemarahannya.

***********************
Hai readers, saya nak mintak tolong boleh ? boleh tak kalau komen pada cerita saya. Boleh bagitau jugak macam mana cite ni ok ke ? Ada salah tak ?

Boleh ye, thanks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience